Showing posts with label lembah sireh. Show all posts
Showing posts with label lembah sireh. Show all posts

Nik Aziz Tak Tahu Sanggup Nak Tetak Bapak Dan Nenek Kerana Wang

KOTA BHARU - Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan terhadap seorang lelaki kerana mengugut bapanya dengan menggunakan parang gara-gara tidak memberikannya wang, Ahad lalu.

Majistret Mohd Hafiz Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Razi Hussein, 47, selepas tertuduh mengaku bersalah mengugut bapanya yang berusia 74 tahun.

Tertuduh yang mempunyai rekod jenayah lampau didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kecederaan ke atas bapanya, Hussein Hassan dengan menggunakan sebilah parang di rumah mereka di Kampung Sireh Bawah Lembah, di sini pada 9 malam, Ahad lalu.

Mohd Razi yang bekerja sebagai pencanting batik didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu merayu agar hukumannya diringankan dan mendakwa tindakannya kerana berang bapanya tidak memberikannya wang.

"Saya yang menanggung kedua-dua orang tua saya. Kami hanya tinggal tiga beranak," kata tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam bagaimanapun meminta tertuduh dikenakan hukuman setimpal agar boleh memberikan pengajaran kepada dirinya dan masyarakat.

"Bapa tertuduh berusia 74 tahun, sepatutnya pada usia sebegini seorang anak perlu bertanggungjawab kepada ibu bapa dengan membalas segala jasa membesarkan kita.

Tapi sedihnya, dalam kes ini, anak mengugut bapa semata-mata bapa tidak memberi duit kepadanya," kata Nabilah.

Sementara itu di mahkamah yang sama Mohd Hafiz menjatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan terhadap seorang pemuda kerana mengugut neneknya dengan sebilah sabit di rumah mereka di Jalan Bayam, di sini pada Isnin lalu.

Wan Muhamad Fakhriain Wan Mohd Azhar, 21, yang mengaku bersalah didakwa melakukan ugutan jenayah untuk mengancam neneknya Zainab Yaakub, 76, dengan menggunakan sebilah sabit di rumah mereka di Jalan Bayam, di sini pada 11 pagi, Isnin lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad.

Islamnya Nik Aziz lebih pada umat Islam yang lain, akibatnya sebuah negeri terus mundur untuk manfaat rakyat dan berkembang baju bagi 'tauke-tauke cina' yang rapat dengan Exco serta pemimpin-pemimpin Pas.

Justeru marilah seluruh rakyat Kelantan berdoa supaya dibinasakan pemimpin-pemimpin Pas Kelantan sekiranya apa yang dilakukan tidak sebagaimana dengan apa yang diperkatakan sehingga sebahagian besar rakyat hidup dalam kesusahan. Anda Mampu Mengubahnya.

Ada tanah kat Lembah Sireh Kerajaan Pas bagi kat 'Tauke cina', akibatnya rakyat disitu hilang punca pendapatan, akhirnya bapak jugak yang nak ditetaknya.

Isu Lembah Sireh - Husam Sifatkan Ketua Audit Negara Sebagai 'Jahil' - Video

KOTA BHARU - Exco Kanan Kerajaan PAS Kelantan Datuk Husam Musa menyifatkan Ketua Audit Negara seolah-olah 'jahil' apabila menegur Kerajaan PAS Kelantan berhubung projek Lembah Sireh dalam keadaan Ketua Audit Negara  tidak mahir dengan selok belok bidang berkenaan.

Menurut Husam, tidak mungkin projek Lembah Sireh dapat dilaksanakan tanpa kerajaan memberi hakmilik tanah kepada syarikat terbabit, dan ia masih dikawal oleh kuasa-kuasa kerajaan, dimana kerajaan boleh mengambil semula tanah berkenaan sekiranya syarikat gagal mematuhi perjanjian yang ditetapkan.

"Jadi orang yang nak kritik mestilah sedikit sebanyak memahirkan diri dengan aspek-aspek pembangunan supaya tidak nampak janggal dan kurang mahir". Katanya dalam sidang media beberapa hari yang lalu.

Maknanya orang yang menegur isu berkenaan ialah Ketua Audit Negara, ini bermakna Ketua Audit Negara ni tidak mahir seterusnya tidak layak untuk menjadi Ketua Audit Negara, kerana jawatan berkenaan mesti disandang oleh orang-orang yang cerdik seperti Husam sahaja.

Setiap isu yang melibatkan PAS semuanya disalahkan kepada orang lain, apapun untuk makluman kerajaan PAS Kelantan, jika ada lagi tanah di Kelantan yang perlu dimajukan, jangan lupa war-warkan kepada seluruh rakyat Kelantan dan tidak sewenangnya memberikan kepada orang-orang tertentu sahaja.

Jika pemberian tanah itu sebagaimana mengikut perjanjian, yang digunakan dengan syarikat yang memajukan Lembah Sireh, dimana syarikat boleh mencagarkan tanah berkenaan untuk dijadikan modal, tak perlu 'Cina' luar, Cina Kelantan pun boleh, bahkan Melayu sendiri pun boleh, apa masalahnya ? Perjanjian sila rujuk DISINI.

Bagi tanah, kemudian cagar dan dapat duit, kita bagilah 'duit air' kat Exco sikit, kat PAS sikit, bukan rasuah tapi hadiah, tapi kalau kita gagal buat sebagaimana mengikut perjanjian dan perancangan, Exco dan PAS mestilah 'cover' kita, kalau tidak tiada guna kita bagi hadiah 'duit air' tu, ko guano ? Anda Mampu Mengubahnya.

Chua Soi Lek Hina Lagi! - Dasar Islam(MBI) Mundur, Kurang Cerdik Dan Kotor

KOTA BHARU - Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi disifatkan oleh PAS sebagai menghina Islam apabila beliau mengatakan Islam itu mundur dan kotor dengan memberi contoh negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS yang berslogan 'Membangun Bersama Islam' (MBI), serta bandaraya Kota Bharu yang dijolok dengan nama Kota Bharu Bandaraya Islam.

Soi Lek turut berkata, apabila sesebuah negeri itu 'Membangun Bersama Islam', negeri itu akan mundur, senang ditipu dan bodoh, keadaan itu beliau merujuk kepada perjanjian Kerajaan PAS Kelantan berhubung projek Lembah Sireh.

katanya, Macam mana tak bodoh, syarikat belum lagi buat projek, kerajaan sudah pindah milik tanah kepada syarikat, lepas tu syarikat cagar tanah tersebut sebanyak RM 75 Juta, kalau syarikat itu lari dan tak bayar  pinjaman, apa kerajaan mahu buat, bon jaminan pun tidak ada.

Begitu juga dengan bandaraya Islam, sampah sarap yang bertaburan dan keadaan kotor di Kota Bharu adalah mencerminkan bagaimana sebuah Bandaraya Islam yang difahami kekotoran itu yang dianjurkan oleh Islam.

Bagimanapun itu hanyalah kenyataan yang diandaikan akan dibuat oleh Chua Soi Lek atau oleh sesiapa sahaja yang tidak memahami Islam, sekiranya itu yang berlaku, siapa sebenarnya yang bersalah ?, bagi kita orang Islam yang memahami Islam kita tahu kerajaan PAS yang dikatakan 'Membangun Bersama Islam' itu bukanlah mengikut ajaran Islam yang sepenuhnya, bandaraya Islam pun hanyalah nama untuk gimik politik sahaja dan bukannya menggambarkan Bandaraya Islam yang sebenarnya.
Sebagaimana kita melihat gambar diatas, apa yang kita bayangkan, lelaki itu orang awam ataupun orang PAS ? Sudah pasti pada fikiran kita ianya orang PAS, namun adakah apa yang kita fikir itu salah ataupun orang yang membawa gambaran PAS itu yang harus disalahkan.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dalam sebuah akhbar mingguan hari ini kerana sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat Islam.

Pada masa sama Nik Aziz berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan ‘mana hukum hudud Umno’ dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan PAS.

Katanya, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan PAS adalah ajaran Islam

Apakah kenyataan Nik Aziz itu tidak akan menambahkan lagi kebingungan orang bukan Islam kepada Islam, apa yang diusahakan PAS adalah ajaran Islam, Masyaallah, kalau kata sebahagiannya saja ajaran Islam bolehlah tahan, dan yang baik itu adalah Islam yang buruk itu adalah PAS sendiri.

Bukankah lebih manis jika Nik Aziz berkata demikian, jangan nak kata PAS itu Islam dan Islam itu PAS, tidak ada perkara yang buruk kepada Islam, namun banyak perkara buruk didalam PAS, Pemimpin Islam sebenar tak berebut kerusi atau kuasa sesama Islam, tapi dalam PAS bagaimana ?

Wajarkah kita mencetus kebencian orang bukan Islam terhadap sikap kita sendiri yang ekstrem demi mencari keuntungan didalam politik, adakah kita ingin orang bukan Islam tunduk dengan kekerasan bukannya dengan hujah apabila timbulnya kekeliruan yang kita sendiri ciptakan, Islam dan politik tidak boleh dipisahkan, akan tetapi kita WAJIB pisahkan atau sukukan diantara PARTI dan juga ISLAM, parti suku Islam suku. Yang baik itu Islam yang cacarmarba itu PAS. Anda Mampu Megubahnya.

Jangan kata nak bela Chua Soi Lek ataupun orang bukan Islam, Selanjutnya rujuk disini

Video - Penduduk Lembah Sireh Bongkar Penganiayaan Kerajaan PAS Kelantan

1.) Apabila timbul isu rasuah PAS akan kata, 'Bukan Rasuah tapi hadiah' ,

2.) Kalau isu penyelewengan pula PAS kata ' Bukan penyelewengan tapi kecuaian',

3.) PAS kafirkan UMNO kerana kerjasama dengan MCA, bila tanya PAS tak kafir ke kerjasama dengan DAP, PAS jawab, 'Tak, sebab kerjasama untuk kebaikkan, tahalluf siyasi'.

4.) Tanya lagi, kebaikkan macam mana ? negeri-negeri yang diperintah PR pun masih ada lagi pusat hiburan, contohnya Kedah, Nik Aziz akan jawab, 'Kedah, kena tanya kerajaan Kedah, saya jaga Kelantan sahaja, itu dia punya pasal'.

5.) Kat Selangor pula bila tanya pasal kilang arak yang masih wujud, PAS kata, 'UMNO yang luluskan masa pentadbiran mereka, jadi PAS tak boleh buat apa, terpaksa sambung perjanjian yang diluluskan'.

Cukup hanya untuk lima isu dahulu yang perlu rakyat sedar bahawa dolak dalih PAS ni takkan kemana, kalau Malaysia ni diperintah oleh mereka sekalipun dolak dalih seperti diataslah yang akan diberikan.

Sementara itu berhubung isu Lembah Sireh, penduduk disitu merasa teraniaya dengan tindakan PAS kelantan yang merampas tanah mereka serta mengesyaki Exco kerajaan Negeri Kelantan telah berpakat dengan 'tauke cina' berhubung isu tersebut. Diatas pakatan itu juga semestinya pakatan yang mendapat habuan sehingga sanggup mengenepikan hak rakyat. Selami rakaman video rintihan penduduk Lembah Sireh dibawah, dan nilailah sendiri, Anda Mampu Mengubahnya.

SPRM - Pemindahan Milik Tanah Di Lembah Sireh, Penyelewengan Atau Kecuaian ?

Isu Lembah Sireh, Kerajaan PAS Kelantan diminta supaya tidak banyak cakap, sila jawab apa yang ditimbulkan, jangan bagi jawapan yang melencong daripada isu sebenar yang dibangkitkan, rakyat Kelantan nak tahu sejauhmana ketelusan kerajaan PAS Kelantan yang dikatakan 'Membangun Bersama Islam'. Benarkah mengikut Islam yang sebenar ataupun Islam hanya digunakan untuk mengaburi mata rakyat ?.

Apa yang ditegur oleh Ketua Audit negara berkaitan projek Lembah Sireh antaranya adalah seperti berikut:

1.) Pindah milik tanah dibuat kepada Syarikat dan sebahagian tanah dicagarkan kepada bank.

2.) Bon jaminan pelaksanaan tidak diserahkan oleh Syarikat.

3.) Syarikat gagal memberikan sumbangan kepada Kerajaan seperti mana dalam perjanjian.

4.) Kemajuan projek tidak mengikut Jadual Pelaksanaan.

5.) Perancangan yang bergantung sepenuhnya kepada Syarikat serta tiada kajian terperinci dan penilaian projek

Bagaimanapun daripada lima perkara tersebut, rakyat nak tahu dua perkara saja dulu yaitu perkara 1 dan 2, kerana ianya sangat penting bagi menjamin kedaulatan negeri Kelantan Darul Naim. Jawapan yang diberikan oleh PAS Kelantan beberapa hari yang lalu adalah jawapan yang melencong dari perkara pokok.

Namun, mungkinlah Kerajaan PAS Kelantan tak faham soalan, jika begitu hendak dijelaskan sekali lagi yaitu:

Kenapa tanah-tanah tersebut sudah dipindah milik kepada nama syarikat berkenaan sedangkan projek belum lagi siap, kenapa tidak dipindah milik setelah projek berkenaan sudah siap ?.

Pemindahan milik tanah kepada syarikat berkenaan juga tidak ada sekatan dimana syarikat itu telahpun mengGADAIkan tanah tersebut seluas 13.52 ekar untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM75 juta.

Kerana menurut laporan audit, cagaran tanah untuk tujuan pinjaman mendatangkan risiko kepada Kerajaan sekiranya pinjaman tidak dapat dijelaskan. Penukaran hak milik tanah kepada Syarikat dan tanah dicagarkan kepada bank serta bon jaminan pelaksanaan tidak diserahkan sepatutnya tidak berlaku kerana boleh mengundang risiko yang tinggi kepada Kerajaan.

Bon jaminan pelaksanaan pula sebanyak 5% atau RM15.91 juta daripada nilai tanah RM318.29 juta, akan tetapi pada sidang media beberapa hari lalu Kerajaan PAS Kelantan mendakwa bon bernilai RM 150 ribu akan diserahkan kepada kerajaan negeri, persoalannya RM 150 ribu tu bon ke 'bokbong' ?

Bagi perkara lain pula mengenai kewujudan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Negeri Kelantan. Apakah SPRM wujud dinegeri ini ? Jika wujud adakah ia berfungsi ? Atau makan 'gaji buta' seperti kerajaan negeri juga.
Statistik tangkapan oleh SPRM bagi seluruh Malaysia
Bangunan baru SPRM yang gah berdiri itu nampaknya tidak balik modal pun lagi, dalam setahun berapa kes yang disiasat dan didakwa di Kelantan ? SPRM Kelantan tolong buat keluar statistik tangkapan dan dakwaan, biar semua rakyat dapat nilai berbaloi ke tidak SPRM buat kerja, kalau tak nak kerja sila letak jawatan, jangan main-main dan bazirkan wang rakyat untuk bayar gaji kakitangan SPRM.

Takkan tiada kes, ini sangat mustahil, kalau ikut formula yang digunapakai oleh Anwar Ibrahim ialah kemunduran sesebuah negeri dan negara  adalah disebabkan berlakunya rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan. Adakah Kelantan maju kerana itu tidak berlaku penyelewengan ? Rasanya penyelewengan ada berlaku, tetapi kelemahan pihak SPRM serta takut, malas untuk bertindak secara agresif menyebabkan pemimpin PAS Kelantan terus bermaharajalela rakyat Kelantan pula terus teraniaya. - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.
Rintihan rakyat di Lembah Sireh. Tapi PAS kata bukan penyelewengan tapi kecuaian

Video - PAS Kelantan Makin Tertekan, SPRM Sila Siasat!

Kebiasaannya apabila timbul sesuatu isu yang telah dilaporkan kepada SPRM, pemimpin PAS hanya akan jawab 'No Komen' dan tunggu siasatan SPRM, tapi isu Lembah Sireh ini agak berbeza, beria-ia nampaknya pemimpin PAS nak jawab dan perjelaskan dengan mendahului siasatan SPRM. Kenapa agaknya ? 

Dengan wujudnya kenyataan yang mengcurigakan, pihak SPRM digesa supaya menyegerakan siasatan berhubung isu Lembah Sireh ini yang telah dilaporkan beberapa hari yang lalu. Menerusi rakaman sidang media juga terdapat lebih 30 kenyataan sangsi yang boleh dipertikaikan, begitu juga tindak tanduk pemimpin PAS Kelantan berhempas pulas membela pihak syarikat biarpun syarikat berkenaan telah memberi persepsi yang buruk terhadap pentadbiran kerajaan PAS Kelantan, 

Agak aneh jika tidak ada sedikitpun lahirnya rasa kesal dari kerajaan negeri  sedangkan apa yang dijanjikan syarikat itu juga sesuatu yang boleh membantu PAS pada PRU 13 nanti sekiranya salahsatu janji itu dilaksanakan..

Antara sumbangan janji seperti berikut:
  • Sebuah masjid bernilai RM20 juta. 
  • Sebuah jambatan baru (Kg. Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta.
  • Sebuah jambatan berkembar (Jambatan Sultan Yahya Petra) atau gantian wang tunai setara kos semasa yang akan ditentukan oleh JKR\
  •  Sebuah stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta. 
  • Tabungan untuk Skim Perumahan Kos Rendah bernilai RM15 juta
  • Menyediakan tanah seluas 25 ekar di sebelah kiri dan kanan Jambatan Sultan Yahya Petra. Sumbangan sagu hati dan gerai kepada petani.
Kalaulah kerajaan PAS Kelantan membela nasib rakyat sebagaimana membela 'Tauke Cina' itu, alangkah islamiknya kerajaan PAS !...

Bagaimanapun kesepakatan yang luar biasa juga wujud apabila pihak syarikat hadir sama dalam sidang media ini dengan membawa bon jaminan bernilai RM150k walaupun pada perjanjian ialah 5%  atau RM15.91 juta daripada nilai tanah RM318.29 juta. Sila rujuk disini

Sikap terlalu bertolak ansur kerajaan negeri itu menyerlahkan lagi apa yang disebut sebagai ada sesuatu yang tidak kena dengan projek usahasama ini.

Apa yang boleh diandaikan dengan bertolak ansurnya pemimpin PAS sehingga boleh menggadaikan negeri adalah sumbangan syarikat berkenaan kepada individu ataupun parti, takkanlah baik itu tidak bermakna. Paling kurangpun statement yang berbunyi " Pihak kerajaan merasa kesal dengan apa yang berlaku, dan kita akan kaji semula berkaitan projek ini " akan kedengaran.

Soalan kurang bersedia yang dilencongkan

Berkaitan pindah milik tanah, soal 'pajakan' atau 'hak milik kekal' bukan jawapan untuk isu ini, pajakan selama 99 tahun itu sudah cukup milikannya, apa yang menjadi isu adalah pindah milik tanah kepada syarikat itu telah membolehkan syarikat mencagarkannya, dalam laporan audit menyatakan,  seluas 13.52 ekar telahpun dicagar bagi mendapat pinjaman RM75 juta daripada institusi kewangan untuk membiayai kos projek pembangunan. Cagaran tanah untuk tujuan pinjaman mendatangkan risiko kepada Kerajaan sekiranya pinjaman tidak dapat dijelaskan.

Apa jaminan Kerajaan negeri sekiranya syarikat itu gagal menjelaskan pinjaman berkenaan ? Kenapa pindah milik tanah itu tidak dibuat selepas Syarikat menyelesaikan projek nanti ? Atau pindah milik itu memang bertujuan supaya ia boleh dicagar serta Parti PAS atau Exco turut punyai manfaat darinya ? 

Kalaulah disebut sebahagian tanah yang diberikan itu tanah didalam sungai yang tidak ada nilainya, masakan syarikat itu berniaga untuk rugi ? Apabila dicagar pula, bank berani memberi pinjaman sebanyak RM75 juta untuk 13.52 ekar atau bersamaan dengan RM 5.5 juta untuk satu ekar. Apakah itu yang disebut tidak bernilai ?

Alasan-alasan Kerajaan PAS yang mula terasa panas pedih itu membuatkan 'Pok Mat Janggut' pun mengilai-ngilai  jika mendengarnya, sampaikan pasir di Kuala 'Pok Mat Janggut' pun dijadikan alasan, pasang surut air ni bukan hanya berlaku hari ini, sebelum projek tu bermula malah sudah berkurun pun air ada pasang surutnya. Jadi fikirkanlah Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Isu Jambatan Sultan Yahya ke 2, jika benar wujudnya penyelewengan, kenapa PAS tak laporkan kepada SPRM ? Persepsi saja tak cukup untuk dipercayai..

Video - Nik Aziz Pucat Jawab Laporan Audit Isu Lembah Sireh

Melalui pengamatan terhadap kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi soalan yang ditanya kepada beliau berhubung laporan audit berkaitan isu Lembah Sireh, ternyata isu tersebut punyai masalah yang cuba diselindungkan oleh beliau.

Keyakinan Nik Aziz menjawab soalan berkenaan Isu Lembah Sireh agak goyah dan tidak sepertimana keyakinan beliau menjawab isu-isu sebelumnya seperti isu AKSB, KGT dsbnya. Isu Lembah Sireh ini adalah satu isu yang sukar untuk ditutup, sekiranya siasatan oleh SPRM tidak ada kes bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan SPRM, dan SPRM pula yang perlu disiasat.

Bagaimanapun sesuatu yang sangat tidak adil sekiranya isu yang berkait dengan kerajaan PAS Kelantan sahaja yang disiasat, atau dengan kata lain isu yang berkait dengan Nik Aziz, bagaimana pula dengan isu yang tidak berkait dengan Nik Aziz seperti isu jambatan Sultan Yahya Petra, untuk lebih adil dan telus perlu juga dibuat laporan mengenai isu tersebut supaya penjelasan pada gambaran yang sebenar dapat diketahui oleh sekalian rakyat..

Kerana ini penting bagi golongan muda hari ini untuk menilai sejauhmana ketelusan pentadbiran yang bakal menggantikan kerajaan PAS Kelantan itu, samada ia lebih baik atau ianya lebih korup ? Bagi isu negara ianya tidak terlalu penting dan ia juga terlalu jauh untuk difikirkan oleh kebanyakkkan rakyat Kelantan, lagipun isu-isu yang ditimbulkan hanyalah persepsi semata-mata tanpa ada bukti yang kukuh untuk mensabitkannya.

Sedangkan isu jambatan Sultan Yahya Petra itu satu isu UTAMA yang hampir 90 peratus golongan muda mengetahuinya, isu yang lebih besar dari isu tuntutan royalti, kerana isu tuntutan royalti sudah ramai rakyat yang memahami keadaan yang sebenarnya, Kelantan akan lebih maju tanpa penyeleweng, tidak kira siapapun pelakunya ia harus diambil tindakan, tidak ada faedahnya kepada rakyat untuk melepaskan pemimpin-pemimpin yang korup. 

Kerajaan Nik Aziz pasti akan berkubur kerana mulut sahaja nak kepada Islam tapi kebanyakkan pemimpinnya mengamalkan amalan syaitan. Anda Mampu Mengubahnya. 

'Keangkuhan yang bakal menyembah bumi, Pasti Menyembah Bumi'

Isu Lembah Sireh - Fatmi Minta Kerajaan Negeri Bertimbang Rasa

KOTA BHARU - Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh sekali lagi mengulangi gesaannya terhadap Kerajaan Negeri Kelantan supaya bertimbang rasa dan mengkaji semula program pembangunan Lembah Sireh, di tebing Sungai Kelantan di sini, kerana ianya jelas hanya menguntungkan sebelah pihak dan langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat.

Menurut beliau kerajaan negeri tidak seharusnya mengorbankan kepentingan rakyat hanya semata-mata tertarik dengan terma-terma yang dijanjikan, dan sanggup memberi tanah Lembah Sireh yang sudah diusahakan begitu lama oleh penduduk dikawasan tersebut .

"Penduduk di situ telah hilang pendapatan mereka yang sebelum ini kawasan itu dijadikan tempat penanaman sayur namun diambil oleh kerajaan negeri untuk projek pembangunan lain.

"Jika kerajaan itu bertanggungjawab, perlu ia mengambil kira rakyat yang menjadi korban dan negeri pula tidak mendapat apa-apa yang telah dijanji, maka perlu ambil tindakan yang sewajarnya,

"Mereka kini sudah tidak ada tanah untuk mencari rezeki. Pendapatan mereka pun sudah tidak ada. Ini yang perlu kerajaan negeri kaji bagaimana mahu membantu penduduk yang rata-ratanya adalah petani,"katanya.

Isu pembangunan Lembah Sireh yang dibangkitkan itu adalah projek usaha sama yang dijalankan berdasarkan konsep memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak iaitu Syarikat dan Kerajaan Negeri. Mengikut Perjanjian Projek, Kerajaan Negeri akan menyerahkan tanah seluas 1,000 ekar secara pajakan selama 99 tahun dan Syarikat bersetuju memberikan sumbangan kepada kerajaan negeri. 

Antara sumbangan yang dijanjikan kepada kerajaan negeri  sebahagiannya ialah sebuah masjid bernilai RM20 juta, sebuah jambatan baru (Kg. Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta, sebuah jambatan berkembar (Jambatan Sultan Yahya Petra) atau gantian wang tunai setara kos semasa yang akan ditentukan oleh JKR, sebuah stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta, tabungan untuk Skim Perumahan Kos Rendah bernilai RM15 juta, menyediakan tanah seluas 25 ekar di sebelah kiri dan kanan Jambatan Sultan Yahya Petra, serta sumbangan sagu hati dan gerai kepada petani.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan masih belum melaksanakan sumbangan projek yang dijanjikan itu walaupun tempoh pelaksanaan projek hanya berbaki 3 tahun iaitu sehingga tahun 2015, sedangkan mengikut Jadual Pelaksanaan Projek, ia sepatutnya siap pada tahun 2005 dan 2007, tetapi syarikat tersebut memberi pelbagai alasan seperti  kos bahan mentah meningkat dan pembangunan projek banyak melibatkan kos infrastruktur yang tidak menghasilkan keuntungan kepada syarikat.

Eksklusif - Nik Aziz Tak Tahu Laporan Audit Bongkar Misteri 'Tauke Cina' Di Kelantan - Video

PROJEK PEMBANGUNAN DAN PENGINDAHAN TEBING SUNGAI KELANTAN

Pengauditan dijalankan bagi menilai sama ada Projek PTSK telah dirancang dan dipantau pelaksanaannya untuk memastikan objektif projek usaha sama yang ditetapkan tercapai.

Pengauditan ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap Projek PTSK. Semakan telah dilakukan terhadap dokumen dan fail yang berkaitan di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu dan Syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. Di samping itu, temu bual dengan pegawai yang terlibat serta lawatan ke tapak projek di Zon B dan Zon D juga telah dilakukan. Pandangan Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri juga diminta berkaitan perjanjian projek.

Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2011 mendapati pengurusan Projek PTSK adalah tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan seperti yang dijelaskan dalam perenggan-perenggan berikut. Secara ringkasnya kelemahan yang ditemui adalah seperti di bawah:
  • Syarikat gagal memberikan sumbangan kepada Kerajaan seperti mana dalam perjanjian.
  • Kemajuan projek tidak mengikut Jadual Pelaksanaan.
  • Pindah milik tanah dibuat kepada Syarikat dan sebahagian tanah dicagarkan kepada bank.
  • Bon jaminan pelaksanaan tidak diserahkan oleh Syarikat.
  • Perancangan yang bergantung sepenuhnya kepada Syarikat serta tiada kajian terperinci dan penilaian projek.
Sumbangan Kepada Kerajaan Negeri
Komponen Sumbangan Kepada Kerajaan Negeri

a. Projek usaha sama dijalankan berdasarkan konsep memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak iaitu Syarikat dan Kerajaan Negeri. Mengikut Perjanjian Projek, Kerajaan Negeri akan menyerahkan tanah seluas tidak melebihi 1,000 ekar secara pajakan selama 99 tahun dan Syarikat bersetuju memberikan sumbangan seperti berikut:

i. Sebuah masjid bernilai RM20 juta.

ii. Sebuah jambatan baru (Kg. Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta.

iii. Sebuah jambatan berkembar (Jambatan Sultan Yahya Petra) atau gantian wang tunai setara kos semasa yang akan ditentukan oleh JKR.

iv. Sebuah stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.

v. Tabungan untuk Skim Perumahan Kos Rendah bernilai RM15 juta.

vi. Menyediakan tanah seluas 25 ekar di sebelah kiri dan kanan Jambatan Sultan Yahya Petra.

vii. Sumbangan sagu hati dan gerai kepada petani.

viii. Lain-lain sumbangan selain daripada di atas akan diputuskan oleh kedua pihak atas persetujuan bersama dari semasa ke semasa.

b. Semakan Audit mendapati sehingga bulan Disember 2011, Syarikat belum melaksanakan komponen projek fizikal iaitu masjid, stadium tertutup wanita, penyerahan tanah seluas 13 ekar di sebelah kiri Jambatan Sultan Yahya Petra dan Jambatan Baru (Kg. Cina – Palekbang). Komponen bukan fizikal yang masih belum diserahkan ialah wang tunai bersamaan nilaian JKR bagi pembinaan Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra berjumlah RM90 juta (jambatan tersebut telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan) dan Tabung Skim Perumahan Kos Rendah berjumlah RM12 juta.

Pelaksanaan Projek Tidak Mengikut Jadual

a. Kedudukan Semasa Projek

i. Berdasarkan Jadual Pelaksanaan Projek di dalam Perjanjian, tempoh pelaksanaan projek adalah selama 12 tahun bermula tahun 2003 sehingga tahun 2015 seperti Jadual 2.2. Lawatan Audit ke tapak projek di Zon B dan D pada bulan November 2011 mendapati Syarikat telah menyiapkan kemudahan asas dan infrastruktur iaitu retaining wall sepanjang 4.6 km, esplanade sepanjang 1.5 km, terminal bas sementara, jalan keluar masuk, bangunan hypermarket TESCO dan 142 unit rumah kedai 3 tingkat.Berdasarkan Jadual Pelaksanaan Projek, kesemua kerja pembinaan termasuk komponen sumbangan perlu selesai dilaksanakan pada tahun 2007 kecuali kerja-kerja pembinaan lain. 

Bagaimanapun, Syarikat masih belum melaksanakan sebahagian besar projek yang dirancang walaupun tempoh pelaksanaan projek hanya berbaki 3 tahun iaitu sehingga tahun 2015. Sehingga Mac 2012 kerja pembinaan masjid, stadium dan jambatan masih belum dimulakan walaupun mengikut Jadual Pelaksanaan Projek ia sepatutnya siap pada tahun 2005 dan 2007. Pembangunan projek banyak tertumpu di Zon D seperti Rajah 2.3 dan Gambar 2.1 manakala projek di Zon A, B dan C masih belum dimulakan.
iii. Pihak Syarikat memaklumkan antara sebab kelewatan projek ialah:
  • Kos bahan mentah meningkat.
  • Pembangunan projek banyak melibatkan kos infrastruktur yang tidak menghasilkan keuntungan kepada Syarikat.
  • Pengambilan balik tanah di Zon B untuk projek tebatan banjir seluas 9.83 ekar menyebabkan Syarikat tidak dapat menjana hasil kerana tanah di kawasan tersebut strategik dan bernilai tinggi.
b. Kedudukan Semasa Projek Mengikut Zon Pembangunan

i. Pembangunan Zon D

Pembangunan Zon D (TESCO ke Kg. Pintu Geng) seperti di Rajah 2.4 serta Gambar 2.2 hingga Gambar 2.5 meliputi kawasan seluas 283.33 ekar yang terdiri daripada bangunan komersial dan kemudahan awam. Lawatan Audit pada bulan November 2011 mendapati pembangunan projek hanya bertumpu di zon ini yang terdiri daripada komponen projek berserta kemudahan asas seperti berikut:
  • Retaining wall sepanjang 4.5 km;
  • LaluanLaluan pejalan kaki (esplanade) sepanjang 1.5 km;
  • Terminal bas sementara;
  • Jalan keluar masuk utama (JKR 10);
  • Bangunan hypermarket TESCO; dan
  •  Rumah kedai 3 tingkat sebanyak 142 unit.
Bagaimanapun komponen sumbangan yang sepatutnya dibina di Zon D iaitu masjid bernilai RM20 juta belum dimulakan pembinaan walaupun berdasarkan jadual pelaksanaan ia sepatutnya siap pada bulan November 2005. Syarikat juga belum menyediakan 130 buah gerai untuk petani yang dianggarkan bernilai RM5.2 juta. Manakala penyediaan tanah di sebelah kiri Jambatan Sultan Yahya Petra seluas 13 ekar bernilai RM46.11 juta telah siap ditebus guna tetapi masih belum diserahkan kepada Kerajaan Negeri.
ii. Pembangunan Zon B

Pembangunan Zon B (Istana Kota Lama ke Kg. Cina) meliputi kawasan seluas 56.03 ekar yang terdiri daripada perumahan dan kemudahan awam. Lawatan Audit mendapati pembangunan yang telah dilaksanakan di zon ini hanya meliputi infrastruktur iaitu retaining wall dan tebus guna tanah bagi penyediaan tapak istana seluas 11.76 ekar yang bernilai RM41 juta telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

iii. Pembangunan Zon A Dan C

Pembangunan Zon A (Kg. Tikat ke Pulau Jerami) meliputi kawasan seluas 33.11 ekar yang terdiri daripada perumahan dan kawasan rekreasi. Manakala pembangunan Zon C (Kg. Laut, Tumpat) meliputi kawasan seluas 344.34 ekar yang terdiri daripada bangunan komersial dan rekreasi. Semakan Audit mendapati pembangunan di Zon A dan C belum dijalankan lagi termasuk komponen sumbangan iaitu Jambatan Kg. Cina-Palekbang (Zon A) dan stadium tertutup wanita (Zon C).

Status Komponen Sumbangan Syarikat

a. Semakan Audit mendapati komponen sumbangan berjumlah RM45.68 juta telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Sehingga Disember 2011 status sumbangan adalah seperti berikut:

i. Berdasarkan perjanjian, bayaran bulanan Tabung Skim Perumahan Kos Rendah yang pertama sejumlah RM1 juta perlu dijelaskan dalam tempoh 18 bulan dari tarikh bermulanya projek pembinaan iaitu pada Januari 2005. Manakala bayaran terakhir perlu dijelaskan pada bulan Mac 2006. Sehingga bulan Disember 2011 Syarikat hanya membayar sejumlah RM3 juta atau 20% daripada keseluruhan sumbangan Tabung Skim Perumahan Kos Rendah yang berjumlah RM15 juta. Bayaran pertama berjumlah RM1 juta telah diserahkan pada bulan Januari 2009 manakala bayaran RM2 juta dijelaskan pada bulan Julai 2009.

ii. Mengikut perjanjian, Syarikat perlu menyerahkan tanah seluas 25 ekar selepas tanah dikosongkan dan selesai ditebus guna di kedua-dua belah Jambatan Sultan Yahya Petra. Syarikat telah menyerahkan dan memindah milik tanah kepada Kerajaan Negeri seluas 11.77 ekar yang bernilai RM41 juta pada 18 Julai 2011, manakala tanah seluas 13.23 ekar yang bernilai RM46 juta di sebelah kiri Jambatan Sultan Yahya Petra belum diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

iii. Mengikut Perjanjian Projek Jadual 6, Syarikat perlu memberi sumbangan kepada 134 petani selama 3 tahun berjumlah RM1.98 juta. Selain itu, Syarikat akan membina dan menyediakan gerai perniagaan kepada petani. Bagi petani yang tidak mahu berniaga, gerai yang disediakan akan diberi sewa dan hasil sewaan akan diserahkan kepada petani. Semakan Audit mendapati Syarikat telah membuat bayaran kepada 134 orang petani yang telah menerima bayaran antara RM100 hingga RM900 sebulan selama 3 tahun berjumlah RM1.68 juta.

b. Ringkasan kedudukan komponen sumbangan adalah seperti Jadual 2.3. Maklum balas daripada UPEN bertarikh 22 Mei 2012 menyatakan, selain daripada sumbangan yang disebut di dalam Perjanjian, terdapat juga beberapa sumbangan tidak langsung kesan daripada projek ini kepada ekonomi dan rakyat Negeri Kelantan. Antaranya ialah hasil premium dan cukai tanah, cukai bandar, terminal bas sementara, pertambahan peluang pekerjaan, pertumbuhan perniagaan, pertambahan peluang pendidikan serta sebagai kawasan tarikan pelancongan.
Penilaian Semula Jumlah Sumbangan Syarikat Kepada Kerajaan Negeri

a. Mengikut Perjanjian Projek, Kerajaan Negeri akan menerima komponen sumbangan berbentuk fizikal dan bukan fizikal berjumlah RM389.09 juta daripada Syarikat sebagai balasan menyerahkan tanah seluas lebih kurang 1,000 ekar. Bagaimanapun keluasan sebenar tanah yang boleh diserahkan kepada Syarikat hanyalah seluas 716.8 ekar. Mesyuarat MMK pada 2 Julai 2009 membuat keputusan supaya UPEN mengambil langkah mengurangkan kawasan projek daripada 1,000 ekar kepada 716.8 ekar. Selain itu, pihak UPEN juga diminta untuk menilai semula sumbangan Syarikat kepada Kerajaan Negeri berkaitan dengan pengurangan kawasan projek tersebut serta membuat rundingan lanjut.

b. Berdasarkan penilaian harga semasa, nilai tanah yang telah diserahkan kepada Syarikat seluas 716.8 ekar adalah RM318.29 juta. Butiran lanjut nilai tanah adalah seperti Jadual 2.4.
Berdasarkan penilaian semasa harga tanah, pihak UPEN telah mengemukakan cadangan alternatif penyelesaian untuk pertimbangan MMK seperti Jadual 2.5. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui MMK pada 7 September 2011 telah membuat keputusan untuk melantik firma audit swasta dengan kos perkhidmatan sejumlah RM37,100 bagi tujuan menilai semula jumlah sumbangan yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri. Laporan firma audit swasta telah diterima oleh Kerajaan Negeri pada bulan April 2012. Pihak Audit telah meminta laporan tersebut secara rasmi pada 15 April 2012 tetapi sehingga kini belum menerima jawapan.
Pada pendapat Audit, pihak Kerajaan Negeri dan Syarikat perlu menyelesaikan segera masalah pengurangan keluasan tanah yang diserahkan kepada Syarikat dan penilaian semula sumbangan kepada Kerajaan kerana melibatkan pindaan perjanjian dan tempoh perjanjian tamat pada tahun 2015.

Kepentingan Kerajaan Negeri Tidak Dilindungi

Pindah Milik Tanah Kepada Syarikat

a. Artikel 5 Perjanjian Projek menyatakan sekiranya pindah milik tanah diperlukan oleh Syarikat bagi pembangunan Projek, Perbadanan Menteri Besar hendaklah membantu Syarikat memperoleh hak milik tanah dan Kerajaan Negeri hendaklah memindah milik tanah tersebut kepada Syarikat. Semakan Audit mendapati tanah seluas 716.8 ekar telah dipindah milik tanpa sekatan kepada Syarikat antara tahun 2003 hingga 2009. Senarai tanah yang telah dipindah milik kepada Syarikat adalah seperti Jadual 2.6. Bagaimanapun, bagi menjamin kepentingan Kerajaan Negeri, pindah milik tanah sepatutnya dibuat selepas Syarikat menyelesaikan projek terutama sumbangan kepada Kerajaan.
Keputusan membenarkan pindah milik tanah kepada Syarikat pemaju ini telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar. Pemilikan tanah tanpa sekatan kepada Syarikat merupakan satu risiko kepada Kerajaan sekiranya projek tersebut tidak disiapkan sebagaimana perjanjian.

c. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK telah bersetuju tanah yang telah diberi milik boleh dicagarkan kepada mana-mana institusi kewangan setelah mendapat perakuan daripada Jawatankuasa sebelum diangkat kepada MMK bagi mendapat pertimbangan dan kelulusan. Semakan Audit mendapati Syarikat telah mencagarkan tanah seluas 13.52 ekar untuk mendapat pinjaman RM75 juta daripada institusi kewangan untuk membiayai kos projek pembangunan. Cagaran tanah untuk tujuan pinjaman mendatangkan risiko kepada Kerajaan sekiranya pinjaman tidak dapat dijelaskan.

d. Tanah seluas 9.83 ekar dalam Zon A dan Zon B telah terlibat dalam pengambilan balik tanah bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kelantan. Syarikat telah dibayar pampasan RM4.07 juta oleh Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri sekiranya tanah tersebut tidak dipindah milik.

Bon Jaminan Pelaksanaan Tidak Diserahkan

Berdasarkan Klausa 7.18 Perjanjian Projek, Syarikat hendaklah menyerahkan Bon Jaminan Pelaksanaan kepada Kerajaan Negeri dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perjanjian ditandatangani bagi tujuan melindungi kepentingan Kerajaan Negeri ke atas tanah sekiranya projek tersebut tidak dapat disempurnakan oleh Syarikat. Semakan Audit mendapati bon jaminan pelaksanaan sebanyak 5% atau RM15.91 juta daripada nilai tanah RM318.29 juta yang dipindah milik tidak diserahkan oleh Syarikat.

Pihak Audit dimaklumkan perkara ini berlaku kerana pihak UPEN tidak menyedari mengenai klausa tersebut dalam perjanjian. Bagaimanapun sehingga kini surat tuntutan bon jaminan pelaksanaan kepada Syarikat belum dikeluarkan oleh pihak UPEN. Pada pendapat Audit, penukaran hak milik tanah kepada Syarikat dan tanah dicagarkan kepada bank serta bon jaminan pelaksanaan tidak diserahkan sepatutnya tidak berlaku kerana boleh mengundang risiko yang tinggi kepada Kerajaan.

Penilaian Terhadap Cadangan Projek PTSK

Projek PTSK melibatkan pembangunan dan pengindahan di tebing Sungai Kelantan yang melibatkan kos lebih kurang RM2 bilion. Antara komponen projek yang akan dimajukan ialah projek perumahan, taman rekreasi, pusat peranginan, hotel, kemudahan marina dan pusat air, taman awam dan jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina. Projek ini dicadangkan oleh pihak Syarikat melalui usaha sama dengan Kerajaan Negeri. Untuk melaksanakan projek usaha sama ini Kerajaan Negeri sepatutnya melantik pakar untuk membuat penilaian projek sama ada viable atau tidak dan kepentingan rakyat terjamin kerana Kerajaan akan memberi tanah seluas lebih kurang 1,000 ekar yang bernilai RM657 juta. Pihak Audit mendapati tiada kajian terperinci dibuat oleh pakar untuk menilai kemampuan syarikat dari segi kewangan dan prestasi, kemampuan Syarikat melaksanakan projek serta keluasan sebenar tapak projek yang akan diberi.

Berdasarkan kertas cadangan UPEN yang diangkat untuk kelulusan MMK, didapati Jawatankuasa Teknikal yang dilantik hanya membuat penilaian biasa berdasarkan pandangan Jabatan Teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Penilaian yang dibuat adalah berkaitan dengan tapak projek dan kesan kepada alam sekitar.

Mesyuarat MMK pada 19 Jun 2002 telah meluluskan projek ini berdasarkan pandangan dan mengesyorkan melalui Kertas Cadangan yang dikemukakan oleh UPEN. Kegagalan Kerajaan Negeri membuat penilaian dan tidak mendapat maklumat terperinci berkenaan kemampuan dan kedudukan kewangan sebenar Syarikat menyebabkan pelaksanaan projek ini tidak mengikut jadual dan sebahagian besar komponen sumbangan tidak dapat diserahkan mengikut jadual dalam perjanjian. Pada pendapat Audit, penilaian yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah tidak menyeluruh kerana tidak meliputi kajian terhadap keupayaan Syarikat, keluasan sebenar tapak projek dan keuntungan kepada Kerajaan Negeri.

SYOR AUDIT

Berdasarkan kelemahan yang ditemui, pihak Audit mengesyorkan Kerajaan Negeri/Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan mengambil tindakan seperti berikut:
  • Membuat penilaian terhadap sumbangan Syarikat kepada Kerajaan Negeri.
  • Penilaian hendaklah berdasarkan nilaian tanah semasa dan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak Syarikat.
  • Setiap projek usaha sama perlu dikaji dengan teliti oleh pakar dan Agensi Kerajaan Negeri dilantik untuk mengurus dan memantau pelaksanaan projek.
  • Pihak UPEN perlu mengambil tindakan segera untuk memastikan Syarikat menyerahkan bon jaminan pelaksanaan sebagaimana dalam perjanjian.
  • Pihak Kerajaan Negeri perlu meneliti setiap terma dalam perjanjian usaha sama dengan terperinci supaya kepentingan Kerajaan dan rakyat terjamin. - Laporan Ketua Audit Negara.
Laporan Audit diatas juga sebahagiannya mengesahkan luahan kesengsaraan hati penduduk di Lembah Sireh pada rakaman video dibawah:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...