Isu Lembah Sireh - Fatmi Minta Kerajaan Negeri Bertimbang Rasa

KOTA BHARU - Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh sekali lagi mengulangi gesaannya terhadap Kerajaan Negeri Kelantan supaya bertimbang rasa dan mengkaji semula program pembangunan Lembah Sireh, di tebing Sungai Kelantan di sini, kerana ianya jelas hanya menguntungkan sebelah pihak dan langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat.

Menurut beliau kerajaan negeri tidak seharusnya mengorbankan kepentingan rakyat hanya semata-mata tertarik dengan terma-terma yang dijanjikan, dan sanggup memberi tanah Lembah Sireh yang sudah diusahakan begitu lama oleh penduduk dikawasan tersebut .

"Penduduk di situ telah hilang pendapatan mereka yang sebelum ini kawasan itu dijadikan tempat penanaman sayur namun diambil oleh kerajaan negeri untuk projek pembangunan lain.

"Jika kerajaan itu bertanggungjawab, perlu ia mengambil kira rakyat yang menjadi korban dan negeri pula tidak mendapat apa-apa yang telah dijanji, maka perlu ambil tindakan yang sewajarnya,

"Mereka kini sudah tidak ada tanah untuk mencari rezeki. Pendapatan mereka pun sudah tidak ada. Ini yang perlu kerajaan negeri kaji bagaimana mahu membantu penduduk yang rata-ratanya adalah petani,"katanya.

Isu pembangunan Lembah Sireh yang dibangkitkan itu adalah projek usaha sama yang dijalankan berdasarkan konsep memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak iaitu Syarikat dan Kerajaan Negeri. Mengikut Perjanjian Projek, Kerajaan Negeri akan menyerahkan tanah seluas 1,000 ekar secara pajakan selama 99 tahun dan Syarikat bersetuju memberikan sumbangan kepada kerajaan negeri. 

Antara sumbangan yang dijanjikan kepada kerajaan negeri  sebahagiannya ialah sebuah masjid bernilai RM20 juta, sebuah jambatan baru (Kg. Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta, sebuah jambatan berkembar (Jambatan Sultan Yahya Petra) atau gantian wang tunai setara kos semasa yang akan ditentukan oleh JKR, sebuah stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta, tabungan untuk Skim Perumahan Kos Rendah bernilai RM15 juta, menyediakan tanah seluas 25 ekar di sebelah kiri dan kanan Jambatan Sultan Yahya Petra, serta sumbangan sagu hati dan gerai kepada petani.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan masih belum melaksanakan sumbangan projek yang dijanjikan itu walaupun tempoh pelaksanaan projek hanya berbaki 3 tahun iaitu sehingga tahun 2015, sedangkan mengikut Jadual Pelaksanaan Projek, ia sepatutnya siap pada tahun 2005 dan 2007, tetapi syarikat tersebut memberi pelbagai alasan seperti  kos bahan mentah meningkat dan pembangunan projek banyak melibatkan kos infrastruktur yang tidak menghasilkan keuntungan kepada syarikat.

1 comment:

  1. Ketua Pembangkang Sifatkan Bajet Kelantan Satu “Khayalan”

    http://www.khabarkotabharu.com/ketua-pembangkang-sifatkan-bajet-kelantan-satu-khayalan/

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...