Video - Merungkai Disebalik Misteri Koridor Depu Yang Cuba Disorokkan

Maklumat ringkas yang diperolehi mengenai projek Koridor Depu di Kelantan yang dimaklumkan oleh Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan, Datuk Husam Musa, sebanyak 275 ekar tanah sudah ditanam dengan 110,000 pokok atau 400 pokok untuk 1 ekar.

Ladang yang terletak di jalan Gua Musang - Cameron Highlands memulakan penanaman pokok depu itu pada tahun 2008 dan dijangka boleh disuntik pada 2012 dan dituai pada 2015 iaitu selama 8 tahun.

Kos sepokok yang dimaklumkan setakat 2011 ialah RM 15.45 sepokok. Bermakna RM 15.45 x 110,000 pokok bersamaan RM1,699,500.00 telah digunakan setakat tahun 2011 dan kos itu dijangka akan terus meningkat tanpa jaminan pulangan hasil sebagaimana perancangan pada awalnya.
Sekiranya dijaga sempurna,  pokok-pokok depu akan subur sebagaimana gambar diatas
PERSOALAN DAN PENAFIAN ?

1.) Tinjauan Team Kelate Cyber Warriors (KCW) pada Ogos lalu mendapati tidak ada tanda-tanda pokok itu disuntik atau sudah boleh disuntik memandangkan kesemua pokok tidak dijaga dengan sempurna dan berada dalam keadaan 'berit' ataupun sakit.

2.) Sejauhmana projek tersebut mampu menjana keuntungan dan memberi manfaat kepada rakyat ?
Status sebenar projek tersebut melalui penilaian yang dibuat oleh team kami ternyata jauh sekali berbeza dengan apa yang didakwa oleh Husam.

3.) Husam memaklumkan di sidang DUN pada tahun 2011 bahawa projek berkenaan berjalan lancar dan seterusnya  menyatakan pada tahun 2012 pokok-pokok depu itu sudah boleh disuntik manakala ia boleh dituai pada tahun 2015 nanti.

4.) Hakikat sebenar pokok-pokok yang dikatakan sudah boleh disuntik itu ternyata sebaliknya apabila sewaktu lawatan kami di tapak projek, pokok-pokok berkenaan masih kecil atau tumbesarannya yang terbantut akibat tiada penjagaan rapi yang dibuat.

5.) Penjagaan yang bersikap acuh tidak acuh juga dikenalpasti sebagai punca utama kepada terbantutnya tumbesaran pokok-pokok depu berkenaan, aktiviti meracun juga tidak berskala dan tidak sekata dengan menunjukkan kesan tompokan tumbuhan mati yang diracun dibeberapa tempat didalam kawasan ladang terbabit.

6.) Kami juga turut dimaklumkan oleh penjaga ladang merangkap 'mandul' yang mahu dikenali sebagai Jumaat mengenai masalah kekurangan tenaga kerja, menurut Jumaat, hanya 18 orang pekerja sahaja yang ditugaskan untuk menjaga ladang yang berkeluasan sekitar 10,000 ekar termasuk ladang getah, keadaan ini memaksa mereka bekerja sebagaimana melepaskan batuk ditangga kerana tidak punyai kudrat untuk melakukan penugasannya dengan sempurna.

7.) Hasil dari itu pokok-pokok depu yang sepatutnya sudah boleh disuntik dan dituai sebagaimana kebiasaan  tidak dapat dilakukan mengikut perancangan pada awalnya, mengambil contoh tanaman depu yang diusahakan oleh sebuah syarikat di Terengganu yang menjadikan Koridor Depu di Kelantan sebagai inspirasi memulakan bidang tanaman ini, ternyata mereka lebih kehadapan apabila kesemua tanaman depu yang diusahakan membuahkan hasil dan dapat disuntik pada tahun yang sedia terjangka itu. Perbezaan dan buktinya dapat disaksikan pada rakaman video dibawah.
8.) Selain itu turut menimbulkan persoalan pada kami mengenai projek ini adalah papan tanda ke ladang projek, jika melihat kepada gahnya papantanda kewujudan projek berkenaan disekitar bandar Kota Bharu, ternyata membuatkan ramai yang tidak percaya papantanda yang berada disimpang masuk ke lokasi projek ini hanyalah papan bercat warna hijau disamping batu yang dicat dengan warna merah tanpa sebarang tulisan yang boleh difahami oleh orang awam akan wujudnya ladang tersebut. Mungkinkah Projek mega yang bernilai jutaan ringgit  hanya gah pada papantanda yang berada dibandar semata-mata.
9.) Jika perbandingan dibuat dari segi masa dan value projek. Projek tanaman depu atau disebut juga sebagai karas yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu pada tahun 2005 yaitu 3 tahun lebih lama dari koridor depu di Kelantan, dan penanaman hanya sebanyak 39500 pokok pun mempunyai papantanda yang jelas akan kewujudannya, mengapa tidak dengan projek yang lebih besar seperti Koridor depu itu tidak punyai papantanda yang sedemikian. Perlakuan yang tidak berterus terang dan cubaan menyorok ini sekaligus menjadi tanda tanya kepada kami dan seluruh rakyat di Negeri Kelantan Darul Naim.
10.) Kesimpulan dari apa yang kami saksikan dan juga rakamkan, projek ini sebenarnya mempunyai masalah yang cuba disorok dari pengetahuan rakyat, pengumumannya hanyalah untuk meraih publisiti politik dalam menyaingi apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi berhubung projek ECER, selepas rakyat tidak lagi fokus berkaitan projek itu, maka kerajaan PAS Kelantan menerusi kepala cipta projek yaitu Husam telah mengabaikan projek ini dan sedikit demi sedikit cuba melesapkan peringatan rakyat dengan koridor depu  walaupun ianya telah menelan belanja jutaan ringgit.

11.) Kerana populariti politik, wang rakyat berjuta-juta sanggup dileburkan dan menanggung bebanan jutaan ringgit lagi untuk 'maintain'-kan satu projek retorik, sedangkan masih ramai lagi terdapat rakyat miskin yang memerlukan pembelaan dari kerajaan, atas kerja HARAM itu juga pasti akan mendapat pembalasan yang setimpalnya, hinanya seorang pemimpin yang berdondang Islam seandainya ketidaktelusan masih giat diamalkan didalam pentadbiran. 

12.) Pelabelan kerajaan yang kononnya membawa dasar Islam sedangkan rupa sebenarnya syaitan akan melahirkan ramai lagi insan seperti Chu Soi Lek yang agak keliru dengan cara Islam yang sebenarnya, kerana mereka menyangka korupsi yang berlaku disesebuah negara itu merupakan negara yang benar-benar mengamalkan sistem ISLAM. Sedangkan negara itu hanya bertopengkan Islam sepertimana kerajaan PAS Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya.- Bersambung..

Projek depu ini akan membongkar lebih banyak lagi projek-projek berstatus misteri  yang pernah diumumkan dan yang terbaru diumumkan yaitu projek ternakan lebah yang peruntukkannya telahpun diluluskan disidang DUN Kelantan minggu lalu.

1 comment:

  1. projek husam almasami,signboard dale banda besar bas,koya nop bersoho,rupo2 kt ladang depu cat plywok kalo hijau nga batu pele kalo meroh.punoh main nga puok nis,menipu smato

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...