Anwar: "Mereka Baling Batu Dan Cat Sebab Tu Saya Naik Jet" - Video

Jawapan mantap dari bakal Perdana Menteri di negara angan mengenai sebab beliau menaiki jet tidak dapat dinafikan lagi akan 'kesongehannya', operasi sendiri baling yang dilancarkan beberapa bulan lalu rupanya mempunyai agendanya yang tersirat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi alasan menaiki jet kerana beliau sentiasa dibaling cat dan batu sekiranya menaiki kereta ataupun bas, oleh sebab itu juga beliau terpaksa memilih jet yaitu kenderaan yang paling selamat daripada terkena balingan batu dan cat.

Begitu ironinya kes yang menimpa ketua pembohong ini, Anwar dilihat sangat memandang rendah akan tahap pemikiran rakyat Malaysia, kerana itu beliau hanya menggunakan alasan-alasan yang hanya sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 5 tahun kebawah.

Bagaimanapun menurut Anwar, jet yang digunakan itu bukanlah dibeli oleh beliau, tetapi jet tersebut telah di sponsor oleh syarikat-syarikat korporat yang berjinak-jinak untuk berdampingan dengannya. Namun apakah syarikat korporat itu tidak mempunyai apa-apa agenda disebalik tajaan jet itu ?

Anwar juga turut mengakui yang mana sebanyak 5 buah jet tajaan syarikat korporat sentiasa bersedia untuk mengangkutnya kemana-mana sahaja, justeru, apa lebihnya Anwar yang dikatakan manusia suci dalam debu kunyit itu ? Anda Mampu Mengubahnya.
Untuk makuman juga akaun Youtube Gk yang di 'flag' dua minggu lalu telah dilepaskan oleh pengurusan Youtube  dan kini ianya aktif  kembali serta  boleh upload seperti sebelumnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...