KOTA BHARU - Kejadian berbalas tembakan antara polis dan penjenayah dilaporkan telah berlaku di Jalan Kebun Sultan di
sini kira-kira jam 7
malam tadi.
Dilaporkan empat orang penjenayah itu menaiki sebuah kereta Proton Waja sebelum berhenti di sebuah Shell dan cuba menyamun dua buah kereta yaitu Proton Wira dan Produa Myvi, bagaimanapun kereta Wira itu gagal dilarikan penjenayah.
Seorang orang awam yang juga pemilik Myvi itu dilaporkan cedera ditembak penjenayah, namun tidak pasti bagaimana keadaannya.
Penjenayah dikejar oleh pihak polis sehingga ke Jalan Sultan
Yahya dan berbalas tembakan disitu.
Ketika cubaan penjenayah melarikan diri pihak polis pantas bertindak dengan membuat sekatan di Taman Maju, namun penjenayah nekad merempuh kereta yang diletakkan dibahu jalan serta menembak anggota polis dan memaksa pihak polis membalas tembakan mereka yang mengakibatkan seorang penjenayah maut dan seorang lagi rakannya berjaya ditahan.
Bagaimanapun penjenayah yang menaiki produa Myvi berjaya meloloskan diri. Video dan info selanjutnya sila ke portal kotabharunews.com
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.