"Saya Tak Layan Hasan Ali" Kata ADUN Yang Pernah Dibalun Sampai Tercabut Kopiah - Video

SHAH ALAM – “Saya tak layan Hasan Ali. Saya tak mahu komen pasal dia." Demikian menurut Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika diminta mengulas kenyataan terbaru, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, yang meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan tanggungjawabnya sebagai Mursyidul Am parti tersebut.

Memetik dari kenyataan yang dibuat kepada Sinar Harian Harun berkata, Hasan bukan lagi ahli Pas dan “dia tidak berhak” untuk bercakap mengenai apa jua hal kepimpinan dalam Pas, apatah lagi untuk meminta Nik Aziz digantikan oleh timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

“Tak payah layan lah Hasan Ali. Dia bukan ahli Pas,” katanya lagi sambil merujuk kepada desakan Presiden Jalur Tiga (Jati) itu yang mendakwa kenyataan Nik Aziz mempertahankan kerjasama di antara Pas dan DAP sebagai “menghiris hati” ahli dan penyokong Pas.

Ekoran kenyataannya mempertahankan DAP yang disifatkannya sebagai tidak pernah mengganggu perjuangan Pas dan menegaskan kerjasama dengan parti itu amat perlu bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz dikecam beberapa pihak.

Hasan juga berkata, Nik Aziz “agak keterlaluan” dalam mempertahankan DAP dengan menggambarkan parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak pernah mengganggu Pas.

Terdahulu Harun yang juga ADUN Manir pernah dibalun sehingga tercabut kopiahnya oleh ADUN BN ketika perbahasan berkaitan hudud didalam sidang Dewan Undangan Negeri tahun lalu, beliau yang kelihatan terpinga-pinga ketika itu terus buntu sebelum mengiyakan segala penjelasan yang dibuat oleh ADUN BN. Sila rujuk video dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. Nak dengar nasihat dari ahli PAS sebab ahli PAS adalah ahli syorga....orang lain bukan ahli syorga.....patutlah PAS sekarang tungganglanggang, kerana ahli2 PAS sebennarnya adalah ahli syorga dunia sahaja.....

    ReplyDelete
  2. DAP memang tak ganggu dasar PAS tapi DAP dah hanjingkan PAS dan ganggu dasar-dasar orang Melayu dan Islam. Sebab tu kapir harbi DAP wajib ditentang.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...