Nik Aziz Tidak Mahu Peniaga Kelantan "Cekik Darah"

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu peniaga di Kelantan mengaut untung secara keterlaluan dengan menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya kepada pelancong ke negeri ini.

Katanya, perbuatan itu bukan saja bercanggah dengan perniagaan bercirikan Islam, malah bertentangan dasar kerajaan negeri dalam usaha menarik pelancong.

"Untung boleh... tetapi ia tidak sampai ke mana dari segi agama, kerana tiada ertinya untung (wang) yang banyak jika tidak berkat kerana ia tidak boleh dibawa ke akhirat.

"Ada antara peniaga yang sengaja menaikkan harga kerana menyedari pelanggan mereka bukan penduduk tempatan," katanya ketika merasmikan Pasar Saidina Ali Pekan Kok Lanas, di Kota Baharu hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata kerajaan negeri juga akan meneruskan dasar usahasama dengan pihak swasta dalam projek pembangunan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menampung peruntukan pembangunan negeri ini yang berkurangan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata pembinaan pasar tersebut mengandungi 147 gerai dan berharga RM2.3 juta itu dilaksanakan dengan usahasama syarikat swasta.

Menurutnya, pasar yang mempunyai ciri-ciri Islam itu akan menjadi salah satu mercu tanda baru bagi menarik pelancong ke Kelantan. - Bernama

5 comments:

  1. Aku dah banyak kali pegi Kelate memang peniaga di Kelate cekik darah...asalkan orang luar je pasti kena cekik darah...asalkan orang luar je pasti kena !

    ReplyDelete
  2. toilet awam yang kotor. kena bayar 20 sen sekali masuk ke toilet yang tiada air.

    ReplyDelete
  3. peniaga jual murah lambat untung..jual balak la cepat untung..

    ReplyDelete
  4. Pok nik promosi air mineral product kelate....kuning sok mo

    ReplyDelete
  5. CEKIK TANAH BALAK BOLIH.....NO PROBLEM ?

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...