Fathul Bari Sangkal Kenyataan Dr.Asri Ulama Masuk Umno Hanyut

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan, "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai Umno "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil menolak pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam, Fathul yang menyertai Umno lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut."

"Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai Umno dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.

"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul.

Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus.

"Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya.

Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.

"Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya. -Sinar Harian

4 comments:

  1. Mngkin dr maza rasa dirinya hebat Dan tinggi ilmunya. Eloklah nanti boleh berceramah dipentas pas dgn ustz Abby abadi yg suka cakap ikut sedap mulut

    ReplyDelete
  2. nik aziz tak masuk umno dah jadi ulama lanchow yang dah kufur setelah bersekutu dengan kafir harbi dap.....hadi awang tak pernah masuk umno dah menjadi munafik tulin.....jangan salahkan kemasukan dalam umno..salahkan saja kote bengkok masuk dalam dubur saiful..salahkan kote bengkok menoron china doll (tanya datuk eskay)

    ReplyDelete
  3. sehari lepas choi soi lex kutuk hudud, najib dgn bangganya beri $$$ pada mca...sikitpun dia tak komen atau tegur soi lex...oh lupa dia pun serupa tak setuju diadakan hukum hudud kat malaysia...amno pas sama saja...mca pun kafir harbi mcm dap jugak...at least dap tu dah takdak lah lagi kedengaran nak kutuk2 psl hukum islam lagi .apa jadi dgn program terangkan hukum hudud ni? nampaknya macam tak berjaya lah sebab MCA masih tak paham2 lagi...:)

    ReplyDelete
  4. Dunia akhir...ulamak kulit bawang yg mudah terbakar berperasaan konon pewaris nabi...mereka inilah yg mudah hanyut kelubang taik.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...