GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkeyakinan BN mampu berkuasa semula di Kelantan selepas PRU-13 nanti, dengan syarat semua pihak perlu
bekerja kuat dengan mengatur strategi yang betul.
Beliau juga mahu
pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) memilih calon yang direstui anggota
peringkat bahagian untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).
Menurutnya, langkah itu penting bagi mengelakkan anggota parti mengambil tindakan mensabotaj calon kerana pemilihan dibuat tidak mengikut kehendak mereka.
Di Kelantan, perkara seperti itu (sabotaj) sentiasa berlaku, katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Mini Karnival Pemakanan Sihat 2012 Parlimen Gua Musang, di Rancangan Kemajuan Tanah RKT Kesedar Sungai Asap B, di sini, hari ini.
Tengku Razaleigh yang menyambut baik keputusan Majlis Tertinggi Umno Jumaat lepas untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengambil tindakan segera terhadap anggota parti yang mensabotaj calon BN, berkata tindakan tegas perlu diambil sebelum pilihan raya.
"Saya percaya pucuk kepimpinan memikirkan perkara itu semua supaya tidak berlaku perkara tidak diingini kerana masalah itu sentiasa berlaku pada setiap kali pilihan raya berikutan ada perkara yang tidak kena pada ahli peringkat bahagian.
"Kita tidak mahu tindakan tegas diambil selepas pilihan raya selesai seperti yang pernah dibuat jawatankuasa disiplin parti sebelum ini kerana selepas itu orang tidak mempedulinya lagi dan sudah terlambat," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.