PAS Ke Gereja - Umat Islam Dijanjikan Hudud, Kristian Dijanjikan Agama Rasmi Negara ?

Sikap pembangkang yang suka menabur janji dan mempolitikkan agama diselar Bishop Gereja Lutheran Evangelical, Rt. Rev. Dr. Solomon Rajah yang meminta ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya tidak melibatkan rumah ibadat ke dalam gelanggang politik.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan, pihak gereja meminta pemimpin politik tidak mengheret rumah ibadat ke dalam kancah politik kerana ia hanya akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni.

Rajah berkata, permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar pihak gereja bangkit menyatakan ketidakadilan seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini semalam, hanya akan dilihat sebagai satu usaha untuk mempengaruhi pihak gereja agar berpolitik.

Menurutnya, kenyataan itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak seharusnya menjadi ikutan penganut Kristian.

"Keadaan di Malaysia pada ketika ini bukan huru-hara sehingga terpaksa mengambil langkah alternatif untuk mencampurkan soal spiritual dan politik, Gereja ialah tempat yang sangat suci. Mengapa keluarkan kenyataan seperti itu di dalam gereja? Gereja bukan tempat sesiapa untuk berceramah tentang politik,

"Saya tidak pasti sama ada beliau menganut agama Kristian atau Buddha. Saya juga tidak pasti mengapa beliau boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu di dalam sebuah gereja. Tapi saya mahu beliau tahu, pihak gereja tidak perlu disuruh untuk menegakkan keadilan untuk kepentingan politik," kata Rajah.

Terdahulu rombongan pemimpin Pas yang diketuai oleh Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa bulan lalu telah membuat kunjungan hormat ke gereja bagi menyampaikan kek dan ucapan tahniah kepada Sebastian Francis, Bishop Cethedral Of The Holy Sprit, yang baru dilantik bagi menjaga hal ehwal Kristian Kortolik di lima buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak, hadir sama rektor kolej Father Gerard Theraviam and Cathedral parish priest Father Bernard Paul.

Rombongan yang disertai oleh Ketua Dewan Ulamak Pas Negeri, Soid Mohd Amin, Ketua Penerangan Pas Negeri, Bukhori Ghazali serta beberapa orang lagi itu turut mendapat penjelasan terbuka dan nasihat dari seorang Bishop yang bertanggungjawab terhadap agama Kristian yang selama ini dihalangi oleh jambatan perkauman.

Harakah melaporkan Paderi tersebut dalam ucapan aluannya melahirkan rasa bangga kerana dikunjungi oleh sebuah parti politik Islam yang kuat di Malaysia selain turut memuji Pas adalah parti yang baik dan berjaya mendepani apa jua masalah tanpa mengira kaum.
Selain mengucapkan tahniah dan menghadiahkan kek, Dr Mujahid memberitahu, kunjungan hormat Pas ke gereja itu adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara kaum dan agama sesuai dengan kedudukan Pas sekarang untuk mendaki Putrajaya bersama Pakatan Rakyat, lagipun PAS akan meneruskan semua dialog dengan masyarakat bukan Islam termasuk Kristian sebagaimana yang digerakan sebelum ini.

"Lajnah akan terus bekerjasama dengan Pas negeri untuk menganjurkan dialog dengan semua kaum di Malaysia terutamanya Kristian. Hasil dialog yang dilaksanakan dahulu meninggalkan kesan yang positif termasuk penerangan Hudud yang dipertikaikan ramai pihak, " katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Bagaimanapun tumpuan lebih pemimpin PR ke gereja Kristian menimbulkan banyak persoalan apabila tidak berbuat perkara yang sama keatas kuil-kuil Hindu, Buddha dan rumah ibadat agama-agama lain selari dengan konsep sama rata sama rasa yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, adakah agenda tertentu yang dipelopori oleh DAP telah sebati menyerap didalam PAS ?

Tindakan pemimpin PR terutamanya PAS yang mempolitikkan agama sudah menjadi warisan turun temurun parti itu, sudah dirosakkan Islam dibalun pula Kristian, jika umat Islam khasnya di Kelantan dijanjikan perlaksanaan hukum Hudud oleh PAS, apa pula yang dijanjikan PAS kepada penganut ajaran Kristian, adakah dijanjikan sekiranya PR menang Kristian akan dijadikan sebagai agama rasmi negara ini ? Ia bukanlah sesuatu yang perlu dianggap pelik, kerana kuasa 'binatang politik' sanggup melakukan dan menjanjikan apa saja, sejarah lalu telah buktikan dimana Hudud akan dilaksanakan di Kelantan sebelum ayam berkokok. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...