Yahya Lampong: Di Dunia Ini Hanya Ada Dua Pemimpin Islam Yaitu Di Kelantan Dan Iran

KOTA KINABALU- Bekas timbalan menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong berkata, sebab langsung beliau meninggalkan Umno adalah kerana Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya keluar Umno kerana Nik Aziz. Yang terakhir itu adalah kenyataan beliau bahawa parti Islam akan kekal sampai bila-bila sedangkan parti assabiyah Melayu akan mati.

"Di samping itu, bagi saya ada dua kerajaan sahaja di dunia ini yang benar-benar melaksanakan Islam dalam kehidupan pemimpinnya iaitu Kelantan dan Iran.

"Lihatlah pada Nik Aziz dan pada Khomeini dan sekarang Ahmedinajad," kata beliau.

Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah.

Dua minggu lalu, Yahya secara rasmi membuat kenyataan meninggal Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penyertaan Yahya bersama Pakatan Rakyat menambahkan lagi gelombang kebangkitan rakyat Sabah sekarang.

Ketika ditanya kenapa menyertai PKR dan bukannya PAS, Yahya berkata, dia menyertai PKR kerana mahu membantu mengembangkan PAS. 

Ini kerana, PAS belum bersedia sepenuhnya untuk diterima semua pihak tetapi sesiapa sahaja boleh menyertai PKR tanpa sebarang halangan dan sekatan.

"Walaupun saya tidak menyertai PAS, tetapi saya yakin anak dan cucu saya akan menyertai PAS nanti," katanya yang kini berumur 72 tahun.

 Jadi  jangan hairanlah kalau Nik Aziz kata 'Nabi Muhammad sama macam Mat Kampung Kita' dan 'Allah Taala duk bersila LENDIK diatas arasy'. Pameran syiah juga pernah terlepas pada program yang dianjurkan oleh kerajaan Kelantan. Kerana penampilan manusia sering terpedaya, namun bagi yang celik sedarlah Islam dan syiah itu berbeza, Syiah itu sesat dan Islam itu HAK. Anda Mampu Mengubahnya.

Pengerusi PKR Perlis @ Bapak Syiah Perlis
Dana puak syiah kepada Nik Aziz

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...