Pemimpin UMNO Di Kelantan Kalau Nak Menang Dinasihatkan Jangan Pakai 'Punahsihat'

Bila sebut pasal calon, semua orang nak jadi calon, lebih-lebih lagi bilamana mendapat tahu penerimaan rakyat terhadap sesebuah parti itu positif dan peluang untuk menang adalah cerah, semuanya merasakan layak untuk menjadi calon sehinggakan ia membawa masalah besar kepada parti.

Kebanyakkan pemimpin yang ada pada hari ini dilihat lebih mementingkan diri sendiri bagi mendapat apa yang diimpikan, jika parti yang banyak berjasa kepada mereka pun sanggup mereka sabotaj apalah besar sangat sekalian rakyat jika ia diberi peluang untuk menjadi pemimpin, dan mereka seperti ini tidak ada gunanya untuk disimpan lagi, parti yang ingin kekal menjadi kerajaan perlulah berani dalam membuat perubahan dengan melakukan tindakan-tindakan yang sewajarnya.

Tidak wujudnya orang sedemikian didalam parti adalah lebih baik, tambah baik lagi sekiranya ia terbang pergi kepada pembangkang supaya tindakan sabotaj itu dilakukan didalam parti pembangkang.

Pandangan secara umumnya semua pemimpin yang ada di Kelantan, kebanyakkan pemimpin punyai 'punahsihat' yang kuat MENGAMPU, tindakan AMPU itu sehingga boleh merubah sikap pemimpin yang sebelum ini tidak sebagaimana lagi hari ini, tindak-tanduknya semakin 'koya' bagaikan lena yang selesa diawan-awangan, mungkinkah perubahan itu apabila sudah merasakan boleh 'menang' dalam PRU 13 nanti ? Sememangnya peluang untuk menang itu ada, tapi ianya bergantung kepada keperibadian seseorang pemimpin untuk selesa dilihat rakyat pada sepanjang masa.
Cadangan yang baik, lihat cara pemimpin PAS yang bekerja untuk menang, bukannya mereka tu cakna sangat, tapi politik. Kemungkinan hari ulangtahun tu tak sempatlah kot, namun Hari Raya yang tak sampai 5 kali setahun untuk semua kaum pun takkanlah payah sangat.
 Seorang pemimpin perlu BIJAK dalam menilai apa-apa cadangan yang dicadangkan oleh 'punahsihat', tidak boleh terpengaruh dengan watak 'punahsihat', kalau tak bijak ataupun bodoh macammana nak menang dan jadi pemimpin ? Oleh itu sedarlah dan jangan terlalu hanyut sehingga rakyat merasa 'mual' melihat tindak tanduk anda, nak menang dipadang lawan ni perlu bermain sebagaimana lawan itu bermain, jika tidak segala usaha hanya akan menjadi sia-sia sahaja.

Sementara itu menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, UMNO belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal calon yang layak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, ini kerana  langkah itu bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan 'pasukan' bagi menjatuhkan calon yang dipilih.

"Dalam satu kawasan ada sekurang-kurangnya tiga nama yang dicadang tapi hanya satu akan dipilih. Mereka ini dipilih kerana parti percaya mereka adalah 'winnable candidate' (calon boleh menang).

"Segalanya belum berakhir kepada mereka yang tidak dipilih. Mereka seharusnya mengutamakan parti dan bukan diri sendiri, bukan berdiam diri berkecil hati dan cuba sabotaj parti," katanya kepada pemberita selepas program turun padang mengedarkan risalah 'Bajet 2013' di sekitar Pasar Borong Selayang, di sini hari ini. 

'Rasanya UMNO perlu menemuduga terlebih dahulu setiap calon yang layak supaya memenuhi segala aspek yang dikehendaki oleh rakyat.'

3 comments:

  1. umno kelantan jangan jadi macam pru 12 dan tahun sebelumnya dan akhirnya umno kelantan kalah pada pas kelantan dan ketawalah pas kelantan selama 22 tahun pas kelantan memerintah kelantan betapa teruknya umno kelantan..... umno kelantan mesti berada diri dalam satu parti.... umno kelantan mesti berjuang untuk rakyat iatu agama, bangsa dan negara, menjadi juara untuk rakyat kelantan, demi rakyat kelantan, demi negeri kelantan, berada dlm 1 kumpulan, 1 umno bn dan tidak pentingkan diri.... patuhilah keputusan Najib Razak sbgai preiden umno dlm menentu calon bertanding melalui gandingan calon orang muda dan orang lama yang akan dicalonkan.

    ReplyDelete
  2. duk sibuk dgn parti pas buat apa? parti amenuuu tu dah penghujung usia, lebih 50 tahun dah perintah, tapi masih tak mampu nak memperkasa agama islam.

    so, tak payah nak kecoh2 pasal parti orang lain deh!!!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...