Giler punya bahasa seorang Menteri Besar, kasarnya hampir menyamai kertas pasir yang paling kasar, terkezut i dengar, memang tak patut dia cakap macam tu kat rakyatnya yang datang dengan sopan santun berbudi bahasa seterusnya menghormati beliau sebagai seorang pemimpin dan juga Menteri Besar.
Punyalah riuh sampai DAP Perak pun pergi meroyan ke Pahang untuk desak Lembaga Disiplin Umno mengambil tindakan, ingatkan sedasyat mana kekesatan MB Pahang tu, rupanya...Anda boleh dengarlah sendiri pada rakaman video dibawah tu, tapi yang pasti adalah niat sebenar DAP Perak membuat perencanaan dengan menghasut orang asli itu mesti diketahui, target DAP yang seterusnya adalah untuk menguasai negeri Pahang, Pahang ni besar dan macam-macam ada, so isu yang besar kuman pun boleh jadi besar gajah. Jadi tak usahlah nak dihairankan.
Cuma Gk tak pasti apa yang tidak kena dengan kata-kata MB Pahang itu terhadap orang asli yang sedang mendidihkan beliau walhal beliau telah menjelaskan perkara itu akan beliau selesaikan, Setelah beliau disergah dan di provok beliau berkata,
" Kalau awak percaya, cakap percaya, kalau tak percaya,.. saya tak buat, ok,.. dengan kawan boleh belaka, nak baik boleh, nak keras boleh, kalau nak keras moh keluar pergi gaduh /...(tak jelas).
Apakah dengan situasi yang sengaja dikecohkan itu kata-kata Adnan dilihat sebagai kasar ? Sepatutnya rakyat Pahang perlu bangga bilamana seorang MB sanggup turun untuk layan permintaan mereka walaupun kedatangan rakyat itu secara demontrasi, jika MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, jangan haraplah beliau akan turun layan biarpun rakyat menunggu di pintu pagar pejabat beliau sekalipun sekiranya datang dengan cara demikian.
Sebagai seorang pemimpin sememangnya perlu 'gentleman' dan punyai keberanian untuk berdepan dalam apa jua keadaan, cuba sedaya upaya untuk selesaikannya, namun bagaimana cara yang rakyat inginkan ? nak selesai cara baik atau cara buruk ? Nak selesai cara baik buatlah cara baik dan begitu juga sebaliknya. Takkanlah seorang pemimpin nak jadi selenga bilamana diasak dan di'booo' oleh rakyat ? Wajarlah ketegasan itu di tunjukkan supaya rakyatnya yang lain juga tidak bersikap biadap kepada beliau.
Gk yakin Nik Aziz takkan sentuh isu ini, kerana Nik Aziz pun pernah lalui sebagaimana yang MB Pahang lalui berhubung isu Arked Uda satu ketika dulu, namun ternyata kesabaran Nik Aziz juga tergugat dan bertindak meninggalkan majlis, sebelum meninggalkan majlis Nik Aziz berkata,
"Ambo pun pongoh (panas baran) jugok, cuma tua sikit jah, kita nak suruh orang buat semua apa yang kita nak, kita kena reti Allah Taala buat dunia tidak untuk kita seorang, untuk orang lain sama, jadi kenapa kita malukan orang,... bahawa wakil rakyat ambo ni penakut, 'bo' (tak payah) jadi wakil rakyatlah, jadi hadirin semua ambo nak berenti setakat tu." Katanya.
Anda Mampu Mengubahnya..
Kalau orang lelaki cakap kata-kata itu kasar, baik dia potong 'dua' tu campak ke laut, sebab orang asli sendiri pun hanya anggap begurau, DAP jer yang lebih-lebih.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.