Kerajaan PAS Kelantan adalah boleh disifatkan sebagai kerajaan yang paling bertuah di Malaysia apabila setiap permasalahan rakyat tidak perlu difikirkan kerana selain dari masalah itu ditangani oleh kerajaan pusat ianya juga turut diselesaikan oleh rakyat sendiri melalui aktiviti gotong royong.
Bermodalkan Islam sebagai perjuangan, alasan, tohmahan dan tunding jari juga merupakan faktor utama yang mengekalkan penguasaan Kerajaan PAS di Kelantan, disamping itu, kelicikan pemimpin PAS yang mengambil nama atau meraih populariti diatas usaha dan khidmat orang lain juga turut mempengaruhi pemikiran rakyat, antaranya kegemilangan pasukan bolasepak Kelantan yang digemilangkan oleh Tan Sri Annuar Musa secara langsung dimanfaatkan oleh Pemimpin PAS sehingga mengumumkan untuk membina stadium canggih yang pada hakikatnya merupakan pembohongan terbesar yang pernah berlaku kepada peminat The Red Warriors.
Bagaimanapun masalah rakyat yang berkait dengan kemudahan asas langsung tidak dititikberatkan dan memaksa rakyat menyelesaikan sendiri masalah itu, dan apa yang berlaku itu meununjukkan sekiranya kerajaan PAS di Kelantan tidak wujud sekalipun ia tidak menjadi masalah besar kepada rakyat, kerana sebarang masalah diselesaikan sendiri oleh rakyat, wujudnya kerajaan yang tidak berfungsi hanyalah membebankan kepada rakyat, antara beban yang nyata ditanggung rakyat adalah beban pengurusan kewangan kerajaan negeri dan juga beban perpecahan sesama Islam.
Terkini Akhbar Sinar Harian Edisi Timur melaporkan mengenai masalah jeti reput di Tumpat berdekatan dengan penempatan rumah agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), mengundang masalah kepada penduduk di sini.
Jeti tersebut dibina kira-kira tiga tahun lalu, menjadi penghubung kepada 30 keluarga di sini.
Penduduk, Mohd Noor Omar, 54, berkata, jeti tersebut reput disebabkan oleh faktor cuaca.
“Tambahan pula, jeti tersebut diperbuat daripada besi dan ia mudah berkarat,” katanya.
Menurutnya, tiga bulan lepas atas inisiatif penduduk kampung, diadakan gotong-royong membaiki jeti tersebut.
“Namun, baru-baru ini pelampung jeti pecah, keadaan ini boleh membahayakan penduduk. Berikutan itu, kami sekali lagi bergotong-royong membaikinya,” katanya kepada pemberita.
Menurutnya, sekiranya jeti ini terus dibiarkan berkarat, tidak mustahil ia akan runtuh suatu hari nanti.
“Jeti ini amat penting untuk kami di sini, sekiranya jeti ini roboh kami sukar untuk menaiki bot,” katanya.
Selain masalah jeti reput yang boleh meragut nyawa rakyat yang mungkin nyawa itu murah nilainya dianggap oleh kerajaan PAS Kelantan, pelbagai masalah lagi yang timbul dan tidak diselesaikan oleh pemimpin yang dipilih dan menguasai Kerajaan Kelantan, untuk rujukan selanjutnya sila klik DISINI
Anda Mampu Mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.