Dua pemimpin Kristian hari berkata laporan memetik kenyataan mereka dalam Mingguan Malaysia semalam, yang didakwa mengkritik ketua menteri Pulau Pinang, adalah "penipuan semata-mata".
Biskop Gereja Lutheran Evangelical, Solomon Rajah dan bekas presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philips hari ini berkata, kenyataan mereka dilaporkan di luar konteks dalam berita bertajuk 'Gereja bukan tempat politik'.
Mereka menuntut supaya akbar edisi Ahad Utusan Malaysia itu menarik balik laporan berkenaan dan mengeluarkan permohonan maaf dalam edisi mereka selepas ini.
Dalam satu sidang media hari ini, kedua-dua paderi itu menjelaskan bahawa pemberita berkenaan hanya menghubungi mereka untuk mendapatkan pandangan umum mengenai "gereja dan politik".
Rajah berkata, kenyataannya itu bukan reaksi atau ulasan kepada dialog antara ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan pemimpin gereja di negeri tersebut.
"Saya tidak pernah sedar bahawa saya akan dipetik secara salah (atau apa yang saya katakan) disalah anggap.
"Saya tidak pernah mengetahui bahawa pandangan saya akan digunakan untuk memenuhi tujuan dan agenda Utusan. Ini sangat menyedihkan," katanya.
Rajah yang menganggap dirinya sebagai penyokong kuat Lim menekankan bahawa beliau tidak akan memberi kebenaran untuk ditemubual sekiranya tahu bahawa Utusan akan memetiknya dengan salah.
Antara lainnya, akhbar berkenaan memetik Rajah sebagai berkata, "tapi saya mahu beliau tahu, pihak gereja tidak perlu diseru untuk menegakkan keadilan kepentingan politik".
Sementara itu, Philips pula berkata laporan itu turut menjejaskan reputasinya, dan menegaskan bahawa pandangannya yang sebenar tidak dilaporkan.
"Ini adalah satu perbuatan fitnah. Saya terkejut dan marah dengan ketidakcekapan wartawan itu," katanya. Malaysiakini

Apa yang berlaku sebenarnya ? Laporan portal Malaysiakini itu menunjukkan bagaimana ketakutan paderi-paderi tersebut kepada 'Kepala Pengat' yang sedang menguasai Pulau Pinang, kenapa paderi begitu takut kepada Lim Guan Eng ? Apakah paderi itu takut dipukul samseng sebagaimana yang telah berlaku terhadap tiga pemimpin akar umbi DAP beberapa hari yang lalu, Sila rujuk disini.
Apabila Lim Guan Eng mengheret gereja dan paderi kedalam politik, ternyata bukan setakat PAS yang tunduk kepada DAP, tapi paderi pun sama, bahkan tidak akan mengulas sekiranya apa-apa isu berkaitan dengan DAP terutamanya Lim Guan Eng dan turut mengaku sebagai penyokong kuat Lim Guan Eng, kenapa agaknya paderi itu mengaku sebagai penyokong kuat Lim Guan Eng ?
Sukarkah untuk kita membaca apa agenda sebenar DAP ? Bagaimanapun sama-sama kita nantikan apa tindakan susulan paderi terbabit, kerana kenyataan yang dibuat kepada Malaysiakini juga tidak ada sebarang rakaman video yang memetik kata-katanya itu disertakan, tidak jelas samada Utusan Malaysia yang auta ataupun Malaysiakini yang putar, yang pastinya katakan tidak kepada DAP. Anda Mampu Mengubahnya.
Maaf kata.....panderi ini bagi pengikut minium holly water...Tpi depa sendiri minum tiger beer.....hhhha......
ReplyDeleteAku rasa Utusan Malaysia ni dah kena rasuk dengan wartawan pro Pakatan Haram lah. tengoklah tahun ni je dah berapa banyak kali Utusan Malaysia kena saman fitnah, kalah pulak tu. Nampaknya ade usaha wartawan Utusan sendiri untuk menjatuhkan kredibiliti Utusan dengan cara mengeluarkan artikel-artikel fitnah agar disaman oleh pembangkang!
ReplyDelete