Shahnon Ahmad: Dasar Pas Jauh Tersasar Tunduk Dengan Kehendak DAP

GEORGE TOWN - Perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon yang juga anggota PAS seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama PAS dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan PAS," katanya kepada Bernama.

Beliau yang juga bekas anggota Parlimen Sik berkata dasar PAS sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.

DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan PAS. Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama PAS dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.

Terdahulu itu, beliau menghadiri perasmian pameran 'Shahnon Ahmad dalam Media, Persidangan Kebangsaan Shahnon Ahmad dalam Sastera, Budaya, Media' dan pelancaran buku serta prototaip e-novel "Mahabbah" di Universiti Sains Malaysia di sini.

Menyentuh e-novel 'Mahabbah', Shahnon berkata ia mengenai perjuangan seorang tua yang sudah tidak mempunyai kuasa tetapi ada hati yang kuat untuk menyatu padukan orang Melayu menerusi doanya kepada Allah.

Katanya e-novel itu turut melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum tetapi bersatu walaupun masing-masing berpegang kepada cara tersendiri untuk hidup damai dan harmoni. - Bernama

2 comments:

  1. Nik Aziz sudah terkena nasi kangkang DAP.

    ReplyDelete
  2. Pas tercekik dengan Novel Taik.(shit) Malah Peringkat teruk tertelan Taik babi Dapig.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...