Ketenatan kerajaan Pas Kelantan sudah lama diketahui, lebih menambah resah itu bilamana laporan dari Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaya (Umcedel) mendapati Pas akan berhadapan dengan 'risiko' pada Pilihan
Raya Umum Ke-13 nanti. Kajian itu sudah pasti lebih menggusarkan pimpinan Pas Kelantan dan memaksa mereka untuk berkerja lebih keras lagi bagi mengatasi masalah tersebut.
Risiko kekalahan yang dihadapi Pas itu berhubungkait dengan isu kegagalan kerajaan janji tinggal janji dan hubungan Pas dengan Anwar dan DAP yang rata-rata rakyat Kelantan tidak dapat menerima situasi itu, bagaimanapun isu janji tinggal janji itu sebahagian besarnya masih boleh menerima dengan bercandukan dalil kerajaan pusat menganak tirikan kerajaan negeri, pelbagai sekatan dibuat oleh kerajaan pusat dan kerajaan pusat mungkir dalam membayar wang royalti yang menyebabkan segala perancangan dan janji-janji itu terbantut. Tapi untuk isu Pas bergabung dengan DAP adalah satu isu yang tidak boleh diterima hampir 90 peratus penyokong Pas.
Ini kerana rakyat Kelantan yang menyokong Pas tertagih dengan hukum Islam yang dijanjikan oleh Pas akan terlaksana sebelum ayam berkokok sekiranya Pas perintah Kelantan, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, Nik Aziz mungkin boleh tipu rakyat, tapi rakyat Kelantan tidak sebodoh mereka, rakyat Kelantan bukan buta untuk tidak melihat tindak tanduk pemimpin DAP yang sudah keterlaluan biadapnya mempertikaikan hal yang berkait dengan Islam. Nanti jika PR perintah, jangan kata nak buat hudud, nak azan pun tak boleh.
Buktinya hal-hal seperti itu telah berlaku dinegeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, hinggakan ibadat korban pun dah tak boleh nak buat seperti kebiasaannya disebabkan kebebasan beragama dan menghormati agama Hindu yang menganggap lembu adalah 'suci'. Bayangkan betapa baculnya kita bilamana mereka golongan minoriti pun sudah berani mempertikaikan ibadat kita, itulah hikmah kepada perpecahan umat Islam hari ini.
Lebih membimbangkan lagi apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing
telah menyalurkan dana kepada NGO Suaram bagi menjatuhkan kerajaan dan
menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana
menteri. Tun Mahathir mendakwa bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing
dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.
Ketika ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros. Tun Mahathir
percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk
yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar.
"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing? Dia
bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan
orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar".
Ekoran dakwaan Tun Mahathir itu, pimpinan Pakatan Rakyat segera menutupi isu pemberian dana dengan membuat upacara lelong melelong bagi menggambarkan bahawa PR tidak punyai dana yang secukupnya sehingga memaksa Nik Aziz melelong tongkatnya manakala Anwar pula melelong surat cintanya, daripada lelongan tersebut mereka menggambarkan rakyat akan beranggapan penyaluran dana dari yahudi itu tak berlaku, jika tidak masakan Nik Aziz dan Anwar ingin melelong barang peribadi mereka.
Begitulah kelicikan pemimpin yang diasuh oleh yahudi, namun apapun helah mereka rakyat khasnya di Kelantan sudah masak dengan cara politik sebegini dan tidak lagi akan memberi peluang yang ternyata silap sebagaimana yang telah diberikan lebih 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya.
"Awas budaya lelong ! bila terdesak jangan sampai rakyat dan negara pula yang akan dilelong"
dah musim lelong plk....sejak Suharam dan Malaysiakini kena godam mcm barang pakatan kena lelong. cuma DAP eja masih setabil sebab pakatan DAP dgn Singapore belum kena godam lagi.
ReplyDeletebukan lelong sebarang lelooong
ReplyDeletelelong murah...lelong murah kuala lumpur
bukan bohong sebarang bohong
bohong juga bohong juga mencari untung....yeeaaaahh.
Nik Aziz lelong tongkat yang mana satu, tongkat yang dia pegang dan tunjuk ker atau tongkat yang dia kepit celah peha? Tapi kalau yang dia pegang tuh kat chokit banyak tapi aku kira kalau yang dikepit tuh dah jadi barng antik, tentu mahal. Bertuahlah kalau saper saper dapat beli.
ReplyDelete