Tipu muslihat Syiah Iran kini memasuki padang bola sepak, gambar Christian Ronaldo diubahsuai (diedit) untuk menggambarkan kononnya bintang Real Madrid itu menyokong Islam.
Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya (25/9/2012), gambar Ronaldo yang sedang memegang bingkai gambar dengan kaligrafi kalimah syahadat, tersebar luas di laman sosial Facebook dan Twitter. Gambar itu disebarkan dengan kenyataan kononnya pemain bola yang beragama Kristian asal Portugal ini menyokong Islam dan mengecam film anti Islam“Innocence of Muslims”.
Namun kemudiannya diketahui bahawa gambar tersebut telah diubahsuai (diedit) dari gambar yang asli, iaitu gambar yang asal ialah Ronaldo dengan pakaian kesebelasan Portugal beraksi di padang.
“Beritanya disebarkan dari kalangan media Iran,” kata Saman Kamvar, pemimpin redaksi akhbar Kristian Iran Mohabat News kepada Al Arabiya.
Menurut laporan Mohabat News yang dikutip Christian Telegraph, media yang dibiayai ketua Young Journalist Club mengutip laporan akhbar Lubnan Al Diyar yang berbunyi, “Sementara ramai orang di seluruh dunia memprotes tayangan film Amerika yang menghina Nabi Muhammad, para pengguna media sosial pula mengatakan bahawa pemain bola sepak Portugal, Christiano Ronaldo, juga turut bersama memprotes film tersebut. Para pengguna Facebook menyebarkan gambar Christian Ronaldo, pemain Real Madrid, yang menunjukkan dia sedang memegang bingkai gambar dengan tulisan Arab yang berbunyi, 'Tiada Tuhan selain Allah'.”
Laporan itu kemudiannya berlanjutan, “Dengan perlakuan ini, bintang Portugal itu, yang juga merupakan seorang penganut Katolik, ingin menunjukkan bahawa dia mengambil berat ke atas penyebaran film yang menghina Nabi Muhammad saw.”
Christian Telegraph menyebutkan bahawa laporan tersebut telah pun dihapuskan.
Al Arabiya mengatakan, gambar yang diubah suai itu pada awalnya beredar di forum-forum laman berita online berbahasa Arab akhir Jun lalu, seiring dengan khabar yang merebak di Facebook bahawa Christian Ronaldo telah memeluk Islam.
Dan sepertinya gambar itu sengaja disebarkan semula, menyusul kehebohan yang ditimbulkan oleh film anti Islam yang dibuat oleh orang-orang Kristian di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun umat Islam khasnya perlu menyelidiki terlebih dahulu berhubung berita-berita seperti ini kerana musuh umat Islam sentiasa merencanakan sesuatu yang boleh menjejaskan imej Islam, berita-berita karut seperti ini senang sekali menghinggapi golongan yang kemaruk dengan keajaiban tanpa mendalami keajaiban yang disebutkan didalam Al-Quran dan Hadis.
Tambah dukacita sekiranya bintang terkenal Pas Abby Abadi pula yang menyebarkannya dan dalam masa 52minit sahaja ia terus disebarkan oleh 1200 peminatnya sepertimana yang berlaku mengenai kejadian panggung wayang terbelah dua pada bulan lalu. Akhirnya berita tersebut disahkan palsu dan Abby memohon maaf dalam cover-nya yang tersendiri. Diharapkan Abby tidak mengulanginya dengan berita palsu mengenai bintang bola sepak yang sedang tersebar itu. Anda Mampu Mengubahnya.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. - Al-Hujurat (6)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.