TUMPAT - Tindakan berani seorang warga emas menyergah pencuri kabel telefon membawa padah apabila dia ditetak dengan golok selepas diserang tiga suspek terbabit di Kampung Slow Teliar, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi Ahad lalu, mangsa, Abdul Kadir Talib, 61, cedera di lengan kiri dan menerima tujuh jahitan akibat tetakan tersebut.
Mangsa juga mendakwa dia turut dipukul dengan sebatang kayu ketika bergelut dengan pencuri itu menyebabkan lebam di bahu dan paha.
Menurut Abdul Kadir, kejadian itu berlaku apabila dia terserempak dengan pencuri itu bersama kereta jenis MyVi berwarna biru dalam keadaan mencurigakan di Kampung Alor Pasir, dekat sini.
Katanya, sebelum itu kereta MyVi tersebut terserempak dengannya di kawasan tempat kerjanya di hadapan sebuah butik pakaian batik, di Pintu Geng, Kota Bharu ketika cubaan mencuri kereta, tetapi mereka gagal mencurinya.
“Saya ketika itu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Pintu Geng sebagai pengawal keselamatan.
“Curiga dengan mereka yang berada dalam gelap serta ternampak kabel telefon jatuh berjuntai, saya lalu menyergahnya.
“Pencuri ini memarahi saya balik dan memberi amaran jangan masuk campur urusan mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Durian, Wakaf Bharu, dekat sini, semalam.
Kedegilan Abdul Kadir yang cuba membanteras kecurian tersebut menyebabkan salah seorang pencuri itu menghidupkan enjin kereta dan cuba merempuhnya tetapi berjaya dielak olehnya selepas terjun ke dalam parit bersama motosikalnya.
Perasaan berkobar-kobar ingin mengenali tiga pencuri itu, Abdul Kadir mengekori kereta terbabit yang bergerak perlahan sambil mengheret gelungan kabel panjangnya 10 meter yang sudah dipotong sehingga sampai di Kampung Slow Teliar.
“Bila gelungan kabel itu terlucut dari keretanya, barulah mereka perasan saya mengekorinya.
“Salah seorang daripada mereka keluar mengacukan golok tersebut, saya pula turun dari motosikal untuk berlawan dengannya sambil tangan mencapai kayu cota di dalam raga motosikal.
“Belum sempat cota diambil, lengan kiri saya sudah ditetak dan berlaku pergelutan dengannya,” katanya yang mendakwa turut dipukul dengan kayu oleh dua lagi pencuri itu.
Abdul Kadir berkata, selepas dia ditetak dan dipukul, kesemua pencuri itu melarikan diri manakala dia yang dalam kesakitan dan berlumuran darah tidak dapat pulang ke rumah kerana kunci motosikalnya hilang.
“Saya dalam kesakitan terpaksa menolak motosikal sejauh tiga kilometer ke Kampung Bukit dekat sini untuk mendapat pertolongan kawan,” kata Abdul Kadir lagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintenden Sharipudin Yusof mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. - Sinar Harian

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.