Ibrahim Ali Kesal Nik Aziz Makan Gaji Buta

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, seseorang yang mahu menjadi Menteri Besar seharusnya bertanggungjawab dan bukan hanya melepaskan kerja kepada orang lain.

Beliau berkata, sama ada menteri besar, ketua menteri mahupun perdana menteri, mereka perlu melaksanakan tugas mereka sebagai ketua.

"Mereka kena tahu apa yang sedang berlaku. Kalau tidak, mereka ini boleh menyalahgunakan kedudukan. Bila kerja-kerja berat itu orang lain yang buat, ini bermakna dia tidak terlibat," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa PAS Kelantan tetap mahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar walaupun beliau tidak dapat melakukan kerja berat ekoran masalah kesihatan.

Pada Khamis Takiyuddin dilaporkan sebagai berkata keadaan Nik Aziz bukan satu masalah kerana semua kerja berat itu akan dilakukan barisan Exco.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Aziz perlu bertanggungjawab sekiranya beliau terus mahu menjadi menteri besar.

"Bukan kata dia uzur, duduk di rumah terima gaji (dan) orang lain buat kerja. Ini namanya makan gaji buta," katanya.

Ibrahim menyifatkan kenyataan Takiyuddin itu sebagai sesuatu yang amat memalukan sambil mempertikaikan bagaimana terdapat kenyataan yang membayangkan Nik Aziz akan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dalam keadaan yang tidak sihat dengan kerjanya akan dilakukan oleh Exco.

"Adakah ia betul? Ikutkan, menteri besar atau perdana menterilah yang merancang dan memikir, patutnya inovatif dan kreatif mengetuai dan melibatkan diri. Barulah sesebuah negeri akan maju.

"Bagaimana anda boleh 'melepaskannya' kepada orang lain? Apa kata dari segi Islam. Dia dari parti politik Islam," katanya.

Beliau mendakwa bahawa kenyataan Takiyuddin itu berkemungkinan oleh pandangannya bahawa PRU-13 nanti akan menyaksikan kemenangan PAS di Kelantan bergantung pada populariti Nik Aziz.

"Maknanya bila Nik Aziz popular, PAS bertanding dan menang. Kerana apa? Kerana populariti Nik Aziz.

"Bukan nak memikirkan soal masa depan Kelantan tetapi 'mempergunakan' populariti Nik Aziz untuk menang dalam pilihan raya. Selepas itu Nik Aziz upaya atau tidak, itu adalah perkara kedua," dakwa Ibrahim lagi.

1 comment:

  1. LEBIH 20 TAHUN DOH DIA DOK SAJA.....LAMA TU...KALU LAGU TU TOK AKU PUN LAYAK JADI MB KELATE.....DOK SAJO ORGHE LAIN TUKANG BUAT KERJA....MUDAH,,,MUDAH. ESOK AKU NAK SURUH TOK AKU BERHENTI NOREH DAN NAK SURUH DIA APPLY JAWATE MENTERI BESAR MANA TAHU ADA REZEKI,SENE LA ANOK CUCU.....LO NI TOK AKU TEBGAH BELAJAR PIDATO DE BELAJAR BEJALE,MAKE,KECEK SERUPA ORGHE BESA....LA NI DAH ADA PERKEMBANGAN DAH SIKIT.....CUMA TUBUH DIO BAU POK GETAH LAGI.....TAK PO LEPAS NI AKU GI KOTA BARU DE BELI AIR BAU (minyak wangi)JENAMA SOHO DENGAN TALI LEHER DAN BAJU KOK LELONG UNTUK TOK AKU.....BIARLAH PERABIS SIKIT MANA TAHU UNTUNG SABUT TIMBUL......yang ikhlas MAMAT BALAI SAH PUTIH JALE KUBUR TM.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...