Datuk Ibrahim Ali meluahkan kekecewaannya terhadap kepimpinan Umno dan Barisan Nasional yang dikatakan telah meminggirkan beliau dan lebih mementingkan golongan penentang. Rasanya bukan setakat Ibrahim Ali yang merasakan demikian, bahkan ramai lagi kerana itulah hakikat sebenar yang diamalkan oleh kepimpinan UmnoBN.
Dijangkakan lebih ramai lagi yang akan mengikut jejak Tok Him, selain kumpulan NGO, penulis blog juga tidak terkecuali, kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada, daripada hancur bertahan tanpa dikenang, lebih baik membangkang demi keadilan. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung
Showing posts with label ibrahim ali. Show all posts

Video - Ibrahim Ali: "Saya Akan Bertanding Tiket Bebas, Mungkin Pakai Simbol Katak Puru"
KOTA
BHARU - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding
mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau juga akan bertanding kerusi Dun.
Bagaimanapun pilihannya itu akan diumumkan pada hari penamaan calon Sabtu ini.
“Terus terang saya berharap akan dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN). Tetapi saya tidak disenaraikan dan sebabnya tidak diketahui,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini.
Ketibaan Ibrahim pada jam 4.20 petang itu disambut oleh lebih 500 ahli Perkasa. Menurutnya, walaupun tidak terpilih tetapi beliau langsung tidak berkecil hati dan menyeru kepada semua ahli Perkasa di seluruh negara supaya memberi sokongan kepada BN.
Beliau berkata, pilihannya untuk terus bertanding di Parlimen Pasir Mas bukan bererti beliau menentang BN tetapi atas dasar sebagai penyandang serta keinginan rakyat yang mahu beliau terus mempertahankan kerusi tersebut.
Sementara itu, ketika ditanya oleh pemberita simbol apakah yang akan digunakan oleh Ibrahim untuk PRU13 nanti, dengan berseloroh berkata, beliau mungkin memilih Pakai.
“Saya akan pilih salah satu simbol yang akan diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada penamaan calon nanti,” katanya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Ibrahim yang bertanding atas tiket Pas menewaskan calon BN, Datuk Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.

Video - Abby Dakwa Ahli PERKASA Dan Ibrahim Ali Tidak Berakhlak

Habis semua manusia yang bukan dikalangan Pas akan ditalanya, bukan setakat golongan artis, NGO PERKASA serta pemimpinnya Datuk Ibrahim Ali turut didakwa oleh Abby sebagai orang yang tidak berakhlak.
Begitu juga dengan dakwaan beliau tentang remaja Melayu yang diupah RM 30 serta sebotol arak bagi mencalarkan kereta mereka yang datang ke Ceramah Ketua Pembangang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Entah darimana cerita yang dikutip, Abby kelihatan begitu bebas melontarkan dongeng fitnah tersebut. Apakah orang yang mendapat petunjuk dari Allah akan berkelakuan seperti Abby. ? Maksudnya menyebarkan cerita yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Bermuhasabahlah, Anda Mampu Mengubahnya.

Ibrahim Ali Kesal Nik Aziz Makan Gaji Buta
KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, seseorang yang mahu menjadi Menteri Besar seharusnya bertanggungjawab dan bukan hanya melepaskan kerja kepada orang lain.
Beliau berkata, sama ada menteri besar, ketua menteri mahupun perdana menteri, mereka perlu melaksanakan tugas mereka sebagai ketua.
"Mereka kena tahu apa yang sedang berlaku. Kalau tidak, mereka ini boleh menyalahgunakan kedudukan. Bila kerja-kerja berat itu orang lain yang buat, ini bermakna dia tidak terlibat," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa PAS Kelantan tetap mahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar walaupun beliau tidak dapat melakukan kerja berat ekoran masalah kesihatan.
Pada Khamis Takiyuddin dilaporkan sebagai berkata keadaan Nik Aziz bukan satu masalah kerana semua kerja berat itu akan dilakukan barisan Exco.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Aziz perlu bertanggungjawab sekiranya beliau terus mahu menjadi menteri besar.
"Bukan kata dia uzur, duduk di rumah terima gaji (dan) orang lain buat kerja. Ini namanya makan gaji buta," katanya.
Ibrahim menyifatkan kenyataan Takiyuddin itu sebagai sesuatu yang amat memalukan sambil mempertikaikan bagaimana terdapat kenyataan yang membayangkan Nik Aziz akan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dalam keadaan yang tidak sihat dengan kerjanya akan dilakukan oleh Exco.
"Adakah ia betul? Ikutkan, menteri besar atau perdana menterilah yang merancang dan memikir, patutnya inovatif dan kreatif mengetuai dan melibatkan diri. Barulah sesebuah negeri akan maju.
"Bagaimana anda boleh 'melepaskannya' kepada orang lain? Apa kata dari segi Islam. Dia dari parti politik Islam," katanya.
Beliau mendakwa bahawa kenyataan Takiyuddin itu berkemungkinan oleh pandangannya bahawa PRU-13 nanti akan menyaksikan kemenangan PAS di Kelantan bergantung pada populariti Nik Aziz.
"Maknanya bila Nik Aziz popular, PAS bertanding dan menang. Kerana apa? Kerana populariti Nik Aziz.
"Bukan nak memikirkan soal masa depan Kelantan tetapi 'mempergunakan' populariti Nik Aziz untuk menang dalam pilihan raya. Selepas itu Nik Aziz upaya atau tidak, itu adalah perkara kedua," dakwa Ibrahim lagi.

Video - Ibrahim Ali Buat Demo Tikam Dan Bakar Nakoula Basseley
Simbolik menikam dan membakar patung Nakoula Basseley telah diadakan didalam satu majlis protes yang disempurnakan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Majlis ini dianjurkan oleh Perkasa Malaysia dan Persatuan Penduduk PPR Desa Tun Razak. Selain Ibrahim turut hadir beberapa pemimpin NGO yang lain.
Mesej jelas yang ditunjukkan oleh Presiden Perkasa terhadap mereka yang menghina kesucian agama Islam itu seharusnya dihayati oleh pemimpin-pemimpin DAP terutamanya Ngeh Ko Ham supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung agama Islam, nanti jangan pula ada diantara pemimpin DAP yang menyifatkan tindakan Presiden Perkasa itu sebagai kerja sia-sia yang buang masa dan tenaga. Anda Mampu Mengubahnya...
Labels:
ibrahim ali,
islam,
Nakoula Basseley
Subscribe to:
Posts (Atom)