Kita tidak hairanlah jika kalimah Allah pun sanggup diberi izin guna secara terbuka dan meluas bagi tujuan menyebarkan agama tertentu sekaligus berpotensi untuk mengelirukan umat Islam didalam negara kita.
Ini kerana Ularmak politik sememangnya begitu bagi menjaga kepentingan politik sempit mereka, jika dahulu mereka pernah menghina Nabi Muhammad SAW dengan menyatakan bahawa Nabi kita Muhammad SAW adalah sama sahaja dengan mana-mana Mat dikampung kita yang merangkumi kepelbagaian Mat termasuklah Mat Rempit, Mat Drug dan sebagainya.
Kenyataan menghina yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu hanyalah dalil bertujuan untuk menidakkan sambutan maulid Nabi yang sering dilakukan oleh umat Islam dari zaman berzaman yang bertujuan tidak lain selain untuk memperingati Nabi Kita Muhammad SAW.
Bagaimanapun hari ini keadaan itu sudah berubah, sambutan maulid Nabi yang didakwa Nik Aziz sebagai kerja tak sudah itu akhirnya ditukarkan kepada sambutan menerusi drama demi menghidupkan kembali pengalaman artis-artis yang menyertai Pas.
Sambutan maulid untuk memperingati Nabi Muhammad SAW dan sambutan menerusi drama demi menghidupkan kembali pengalaman artis-artis yang menyertai Pas adalah dua perkara yang sangat jauh berbeza darisegi manfaatnya kepada umat Islam itu sendiri. Anda Mampu Mengubahnya.
Hidayah apa pulak yang nak disampaikan oleh Abby ni ? Hidayah fitnah yang semakin menjadi-jadi setelah menyertai Pas dilihat agak serasi dengan Abby sekarang ini.
Habis semua manusia yang bukan dikalangan Pas akan ditalanya, bukan setakat golongan artis, NGO PERKASA serta pemimpinnya Datuk Ibrahim Ali turut didakwa oleh Abby sebagai orang yang tidak berakhlak.
Begitu juga dengan dakwaan beliau tentang remaja Melayu yang diupah RM 30 serta sebotol arak bagi mencalarkan kereta mereka yang datang ke Ceramah Ketua Pembangang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Entah darimana cerita yang dikutip, Abby kelihatan begitu bebas melontarkan dongeng fitnah tersebut. Apakah orang yang mendapat petunjuk dari Allah akan berkelakuan seperti Abby. ? Maksudnya menyebarkan cerita yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Bermuhasabahlah, Anda Mampu Mengubahnya.
Ustazah kalut pasal politik ni sekali lagi tunjuk jahil, orang suruh belajar agama dia kalut duk mengumpat tabur fitnah kat pentas ceramah Pas, lepas tu mula-lah duk meroyan kirim salam kat Nabi, aduss!!! benda macamni pun Ustazah tak tahu, macammanalah Ustazah boleh lantang sangat duk bedal orang siap menghukum lagi ?
Si Khalid pun satu, duk kalut pasal gereja sampai lupa nak ajar Ustazah mengenai Islam, yang diajarnya maki hamun, tu pasal Ustazah hidayah ni lebih berilmu politik daripada pengetahuan mengenai Islam.
Abby ni meroyan dapat hidayah tanahlah pulak, aduss hancuss!! macam-macam hidayah 'dimeroyankannya'. Dari hidayah bertudung sampai kepada hidayah tanah.. Rampas tanah orang kaya Pas kat Langkawi mana pulak ni, kerajaan mana yang perintah Langkawi ni ? Cerita zaman bila yang dibawa ni ? Takkanlah takder pasal-pasal tanah orang kaya tu dirampas, kalau takder pasal-pasal pasang peguam lawan jerlah.
Macamnilah bila hidayah takder modal, semuanya nak dipalu, sampaikan dia tak tutup aurat dulu-dulu pun disalahkan kepada kerajaan. Apa pun layan jer lah liabiliti kepada Pas ini. Anda Mampu Mengubahnya.
Abby Abadi berkata-kata hanya semata-mata kerana upah, memperjuangkan Pas bukan memperjuangkan Islam, dalilnya menghukum hanya untuk mereka yang menentang Pas, macammana sekalipun seseorang itu berjuang Islam, namun jika tidak menyokong Pas, difahami oleh Abby seseorang itu tidak akan masuk ke syurga kerana malaikat akan menyemak nama dahulu samada mengisi borang keahlian Pas ataupun sebaliknya.
Ilmu tidak seberapa, tapi lantangnya mengalahkan Ulamak-ulamak muktabar, kemelampauan Abby itu membuatkan ramai yang tidak senang ekoran kritikan 'bodoh' bersifat terbuka yang dibuat oleh beliau menerusi Twitter, Facebook dsbnya.
Dalam pada lantang duk kritik mengalahkan Ulamak muktabar itu, Abby sendiri masih jahil menyebut nama Allah dan nama Nabi Muhammad SAW, jika diperhatikan nama Allah yang ditulis oleh Abby dieja dengan ALLAHU AKHBAR, Akhbar bukan Akbar. Sudah pasti ianya memberi makna yang berbeza.
Biarpun begitu banyak ejaan demikian ditulis oleh Abby, namun kita berbaik sangka dengan menganggap ia hanya kesilapan ejaan bukan pada sebutan, akan tetapi bagaimanpula dengan sikap kurang ajar Abby dengan sentiasa memanggil nama Nabi yang sangat kita kasihi dengan panggilan "MUHAMMAD" tanpa awalan pangkat dan darjat 'NABI' ? Tidak pernah kita mendengar rakaman kuliah hidayah Abby menyebut nama Nabi dengan sebutan Nabi Muhammad SAW kecuali hanya menyebut Muhammad.
Tidak bolehkah Abby nak sebut nama Nabi dengan lebih beradab, kalau dah nama pun tak boleh nak sebut elok, bagaimana nak bawa Sunnah baginda ? Meletup-letup duk kritik orang, dia sendiri 'jahil murakkabo nyor' lagi, budaya merendah-rendahkan Nabi umpama 'Mat kampung kita' ni perlu disedarkan supaya ia tidak terus diamalkan. Kalau Abby boleh menghormati pemimpin Pas apabila menyebut nama mereka dengan awalan seperti al-fadhil ustaz, Tuan Guru, Tok Guru, Datuk, Datin, YB, kenapa tidak boleh menghormati apabila menyebut nama baginda Rasulullah SAW.
'Sikir' sungguh telinga mendengar nama Nabi kita disebut hanya dengan 'Muhammad', dari mula terima hidayah sampailah hari ini tak pernah berubah. Perkara ini adalah satu hal yang wajib ditegur oleh pejuang isle Pas, jangan kerana pemimpin Pas memberikan Abby ganjaran wang, Abby hanya menghormati mereka sahaja, sedangkan syafaat Nabi Muhammad SAW tidak ada nilainya untuk dinilai dengan seluruh harta benda yang ada dalam dunia ini. Anda Mampu Mengubahnya.
Allah berfirman didalam surah An-Nur yang bermaksud: Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih. An-Nur 24 : 63
Patutlah Ustazah Abby meroyan sakan marah dengan artis yang pergi berjuang membantu rakyat di Gaza, rupa-rupanya Abby hanya layak ditugaskan untuk berjuang di pasar malam jer ke, apapun bersyukurlah Abby oii, tak der guna nak marah-marah sampai tuduh artis yang pergi ke Gaza tu hanya pergi makan angin. Berjuang kat pasar malam pun ok juga, niat baik dapat pahala juga, dah pasar malam tu setanding sangat dah dengan Abby, ok lah tu.
Walaupun pada mulanya begitu sedih Abby membaca sajak untuk Palestin itu, tapi diakhirnya kegembiraan juga yang Abby tampilkan, gembira ada makna tu...Anda Mampu Mengubahnya.
Rosaknya jiwa insan itu bilamana ia berada didalam jemaah Khawarij moden seperti Pas kerana dilihat individu dari jemaah tersebut hampir setiap perkara tidak berpuashati dengan apa yang dilakukan oleh orang lain termasuklah dari soal amal ibadat, pembawaan pemikiran sedemikian adalah warisan turun temurun puak Khawarij sehinggalah hari ini.
Berpolitik tidak menyokong atau menentang Pas diertikan sebagai menentang Islam, berjuang Islam tanpa mengisi borang Pas dikhabarkan tidak memasuki syurga kerana difahami diakhirat nanti malaikat akan mencari nama didalam borang keahlian Pas terlebih dahulu sebelum dibenarkan melangkah ke syurga,
Begitu juga dengan amal ibadat yang lain tidak akan diterima oleh Allah sekiranya tidak menyokong Pas, oleh kerana fahaman itu juga artis hidayah Pas, Abby Abadi mendakwa artis dan mereka yang pergi ke Gaza itu tidak ada motif lain hanyalah pergi untuk jalan-jalan ataupun bersiar-siar semata mata.
"Maafkan Saya! Ada yang pergi sana.. Ambil-ambil gambar, melawat tempat yang diserang?
Kibar bendera? Lepas tu tunjuk hotel penginapan? Motif? Jalan-jalan ?"
Jika sekalipun mereka itu pergi bersiar-siar, apa pula motif Abby untuk menimbulkan perkara ini ? Itulah sikapnya orang yang telah dikotori jiwanya dengan fahaman Khawarij, politik tidak boleh dipisahkan dengan apa saja perkara, oleh itu setiap perkara akan dipolitikkan dengan cara politik Khawarij Pas yaitu apa saja yang orang lain lakukan itu adalah tidak betul dan tidak menepati kehendak Islam yang sebenarnya.
Hal ini samalah dengan kejayaan Malaysia menghantar angkasawan ke angkasalepas beberapa tahun lalu yang disifatkan oleh Mursyidul Am Pas sebagai tumpang sahaja, inilah sikap-sikap yang perlu umat Islam sedari samada sikap sebegini adalah sikap mulia yang diajar oleh Islam ataupun sebaliknya.
Sudahlah kita tak mampu untuk lakukan, jadi usahlah kita merendah-rendahkan apa yang mampu untuk orang lain lakukan, lagipun seramai-ramai artis hidayah dalam dunia ini, hanya Abby Abadi sahaja yang kata perginya mereka itu ke Gaza, hanyalah pergi bersiar-siar, dan artis hidayah lain tidak seorang pun meroyan sama nyanyuk macam Abby..:) Anda Mampu Mengubahnya.
Kecelaruan fikrah didalam Pas kali ini menjadikan Ustazah Abby Abadi sebagai mangsa, Pas yang memang terkenal dengan fatwa yang tidak konsisten disamping kepelbagaian fahaman didalam Pas sendiri menyebabkan Abby terkeliru berhubung hukum menutup aurat.
Menurut Abby, individu yang memakai tudung namun masih memakai baju berlengan pendek, lebih baik tidak payah memakai tudung, kerana memakai baju berlengan pendek juga tidak menutup aurat dan ianya adalah kesalahan yang besar.
"Sebab ada Ustaz cakap kat saya, kalau kita dah tutup aurat, tapi kita duk pakai baju lengan pendek, maknanya... tak dapat markah Ustaz!"
Bagaimanapun fatwi Abby itu disangkal oleh Ustaz Pas yang menyebabkan muka Abby terus merah padam mungkin kerana terlalu malu dengan fatwi yang dianggap salah oleh Ustaz Pas itu, Abby yg baru mengenali Pas dilihat masih tidak tahu yang mana didalam Pas itu mempunyai pelbagai fahaman, dan sekiranya tidak berhati-hati Abby mungkin boleh jadi 'gila isim'dalam jangka masa singkat sahaja.
Kalau hari ni pemimpin Pas kata halal kepada sesuatu perkara, jangan pula terkejut sekiranya esok fatwa halal itu boleh bertukar menjadi haram. Itulah hakikat Pas yang sebenarnya.
Kejadian Abby ditarbiahkan didepan khayalak umum ini adalah yang kedua kali, sebelum ini Abby turut lantang mengkritik rakan artisnya dan kemudiannya ditegur oleh Azhar Idrus secara sinis. Anda Mampu Mengubahnya.
Berapa ramai lagi agaknya PAS akan melahirkan golongan extreme ? Perjuangan Islam yang sepatutnya mengajak umat bersatu dan bertolak ansur dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berbeza pandangan dilihat tidak terciri didalam perjuangan yang dibawa oleh PAS, perjuangan PAS hanyalah mencari kesalahan umat Islam yang berbeza pandangan dengan mereka untuk dilabel dengan pelabelan negatif seperti yang berlaku kepada Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor apabila ia digelar sebagai 'Hasan Akidah' ekoran kesungguhan beliau didalam menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini.
Isu kafir mengkafir juga pernah berlaku satu ketika dahulu, punca ini hanyalah disebabkan kerakusan pemimpin tertentu untuk berkuasa lalu melatih ideologi ahli dan penyokongnya menjadi extreme, PAS mempergunakan Islam sebagai umpan bagi melahirkan keberanian penyokongnya untuk bangun menentang sesiapa sahaja yang bercanggah dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS.
Ideologi ini juga telah meresapi 'selebriti insaf' Abby Abadi yang dijaja setiap malam ke pentas ceramah untuk menghentam dasar-dasar kerajaan kerana didakwa sebagai tidak Islamik, disamping mengkritik dasar kerajaan, Abby juga turut mengkritik rakan-rakannya yang masih berada didalam dunia seni yang turut disifatkannya sebagai dunia yang gelap.
Bagaimanapun pada asas pemikiran Islam sebuah agama yang benar lagi indah, setentunya dapat kita mengerti samada kata-kata negatif yang dilemparkan kepada umat Islam yang lain itu datangnya dari ajaran Islam ataupun sebaliknya. Anda Mampu Mengubahnya.
Muhdalena bawa samurai ke Putrajaya dulu pun rasa terpangil-panggil untuk selamatkan seseorang juga.
Abby Abadi dalam ceramahnya September lalu dilihat semakin teruja dengan PAS, keterujaan beliau kepada PAS bukan sahaja zahirnya ia mengutuk Umno, malah rakan-rakan artis yang lain juga tidak terkecuali, dan disitu tampak jelas perbezaan diantara PAS dan Islam, Islam takkan menghasilkan insan yang banggakan diri dengan mengaibkan orang lain, kerja-kerja banggakan diri dan aibkan orang ini hanyalah kerja-kerja yang ditarbiahkan oleh PAS kepada penyokongnya.
Melihat Abby Abadi maka terbayangkan Muhdalena wanita amuk yang mengalami masalah mental, namun tidaklah pasti samada Abby juga mengalami masalah yang sama, keberangkalian itu ada dengan sindrom yang diperlihatkan oleh beliau itu, walaupun pernah ditegur oleh sifunya Azhar Idrus supaya tidak mengutuk rakan-rakan artis yang lain, tetapi hal itu masih tidak berubah.
Apabila Abby mengatakan dalam dunia seninya nak bersolat pun rasa malu-malu dan terpaksa bersolat didalam bilik, gambaran umum akan membayangkan bahawa kesemua artis itu adalah buruk sebagaimana yang diperkatakan oleh Abby, apakah kata-katanya itu mampu untuk menarik rakan-rakannya pada jalan yang lebih baik ? Kalaulah Abby benar-benar ikhlas bukan macam tu cara yang diajar oleh Islam, itu cara PAS, cara yang hanya nak memburukkan orang dan akan menjauhkan orang dengan Islam.
Dalam 20-30 orang artis pada sesuatu masa, Abby memberitahu hanya beliau seorang sahaja yang bersolat, rupanya artis kat Malaysia ni semuanya jahat-jahat lah ya..Kesian...
"Boleh tak berhenti sekejap saya nak sembahyang, saya beritahu pada 20 - 30 kawan-kawan artis yang beragama Islam, jadi dia pun berhenti, dan seorang tu saya malaslah nak sebut nama siapa, yang lelaki tu, tapi dia dajal dengan saya sebelum ini, dia kata 'ok kita kena berhenti sekejap Abby nak sembahyang', laaa.. Abby jer". kata Abby. Rujuk pada rakaman video dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.
Selalu kita mendengar cerita kurang enak mengenai diri pelakon wanita, Abby Abadi selepas dia berhijrah dan menjadi ahli dalam salah satu parti pembangkang.
Tapi, usahlah kita membicarakan hak dan kehidupan Abby kerana itu keputusan dirinya.
Sebelum ini, umum mengetahui hubungan Abby dan isteri kepada bekas suaminya, Memey Suhaiza tidak berapa baik ekoran beberapa kes yang pernah terjadi beberapa tahun lepas.
Namun, bulan Ramadhan yang lalu telah menunjukkan kuasa Tuhan apabila Abby dan Memey akhirnya berbaik semula.
Terkini, mereka berdua dikhabarkan semakin bahagia dengan kehidupan masing-masing dan sering bercuti bersama-sama.
Memey dan Norman dikhabarkan telah menghabiskan masa bersama di Genting Highlands bersama-sama Abby dan anak-anaknya.
“Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing pula dalam masa terdekat ini.
“Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands,” kata Memey.
Memey juga meluahkan rasa syukur kerana Allah S.W.T telah memberikan kurniaan nikmat kebahagian selepas mereka berbaik.
“Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah,” kata Memey yang dipetik dari Murai.com.
Dalam pada itu, bekas suami Abby, Norman Hakim menerima hubungan baik yang terjalin antara Abby dan Memey sebagai perkara yang positif.
Norman bagaimanapun sedia menerima sebarang risiko yang akan timbul di kemudian hari.
“Saya kena faham situasi yang berlaku di mana anak-anak saya juga merupakan anak kepada Abby.
Cuma sekarang isteri saya dan bekas isteri saya mempunyai hubungan baik sesama mereka. Jadi sebagai suami dan bapa, ianya adalah perkara yang positif.
“Untuk diri sendiri pula, saya akan terima sebarang risiko daripada hal yang berlaku sekarang. Memang ada yang akan bercakap mengenai hal ini (Memey dan Abby sudah berbaik) dan saya bersedia untuk sebarang kemungkinan.
”Cuba untuk kuatkan iman, berpikiran terbuka dan faham bahawa Islam itu bersifat syumul (sempurna dan menyeluruh), Insy aAllah kita sentiasa dipeliharaNya,” kata Norman.
Semoga, hubungan baik antara mereka semua sentiasa dalam keadaan elok dan dilimpahi rahmat kebahagian selamanya. Amin.
Sebenarnya kehadiran Abby Abadi kedalam Pas menambahkan lagi rencah politik negara, Abby boleh dijadikan sebagai testimoni hasil didikan pentarbiahan Pas kepadanya, boleh dilihat perbezaan sebelum dan selepas menyertai Pas, setinggi mana ilmu Islam pemimpin Pas sehingga boleh berceramah lantang, mengkritik orang itu dan ini, lihat saja Abby, beliau hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja dah boleh menghukum dah, siap mengalahkan mantan Mufti tu...maknanya tak perlu belajar tinggi kalau setakat nak jadi Ulamak Pas tu...
Bagaimanapun fatwi Abby mengenai hukum memakai seluar pendek lebih 3 kali hukumnya adalah fasik serta tak boleh jadi wali dilihat tidak kena pada masanya dan tidak menguntungkan apa-apa kepada Pas selain rakyat semakin menjauhinya, lebih-lebih lagi ia melibatkan pemain-pemain bolasepak yang diminati ramai khasnya rakyat Kelantan. Nak berdakwah dan berhukum dalam Pas ni kena tengok masanya, kalau agak-agak dah dekat pilihanraya tak boleh terlalu keras sangat nanti tak masyuk undi, atas sebab itu jugalah hari ini Abby kurang berkicauan seperti hari-hari sebelumnya, dah kena 'sound' lah tu kot, pelaburan modal sebuah rumah tuu, nanti kerana seluar pendek tak berbaloi pelaburan itu.
Apapun hukum pasal aurat yang diperkatakan Abby itu ada khilaf, dan tidak sepatutnya dihukum nyata diatas hal demikian, tapi apabila sudah rasa hebat sangat kononnya masuk parti Islam seolah-olah mempunyai lesen untuk menghukum, begitulah jadinya, hukum kafir, fasiq, munafiq semua ini adalah hukum yang terlalu berat untuk diputuskan dengan nyata, oleh itu ia mesti dirujuk dari beberapa rujukan dalam kaedah yang setara untuk kita fahami, khilaf itu turut dijelaskan oleh Maulana Asri pada rakaman video dibawah....Anda Mampu Mengubahnya....
Akibat dari 'tak pandai tapi faham' Abby Abadi sering mencetuskan kontroversi dengan kenyataan-kenyataan songsang yang mengikut kepalanya sendiri dengan berkiblatkan Pas seterusnya lantang mengkritik tanpa menghormati perbezaan pendapat dan juga tidak sedar yang beliau sekarang ini berada dibawah kerajaan pemerintahan Islam.
Lantaran 'tak pandai tapi faham' jugalah Abby mengatakan Malaysia dalam keadaan bahaya mengikut beberapa segi sudut pandangannya tanpa memahami punca 'bahaya' itu datangnya dari hasutan dan fitnah pembangkang yang sedang didokongnya.
Bagaimana Abby boleh menafsirkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berada dalam bahaya jika beliau sendiri mengaku 'Tak pandai tapi faham' , sebenarnya orang berfahaman seperti Abby lah yang menyebabkan Malaysia dalam bahaya, ini kerana pandangan dari orang yang 'Tak pandai tapi faham' dengan mengongsikan pemahaman 'Tak pandai tapi faham' kepada orang-orang yang 'Tak pandai tapi faham' bakal melahirkan umat yang juga 'Tak pandai tapi faham'.
Apabila 'Tak pandai tapi faham' dan diberikan peluang untuk kongsikan 'Tak pandai tapi faham', maka itulah jadinya, sedangkan apa sekalipun ilmu seseorang itu mestilah pandai, berkelayakan atau arif didalam memahaminya bersandarkan nas-nas dan dalil yang diujikaji sendiri serta melihat pandangan umum dengan tidak hanya mendengar ceramah jumud semata-mata.
Dengan itu keluasan pandangan dalam kebebasan pemikiran akan mengeluarkan dari kotak ketaksuban dan menjadikan seorang umat yang bertamadun dalam melangkaui persaingan keintelektualan pada tara yang seimbang dengan dunia hari ini.....Anda Mampu Mengubahnya....
Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohamad Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza kelmarin mengeluarkan satu entri di blog beliau yang penulis sifatkan penulisan yang seimbang.
Beliau tidak mengampu kerajaan atau membabi-buta menyokong parti pembangkang.
Kedua-dua belah pihak beliau berikan nasihat.
Memandang kepada kedudukan beliau dan tahap pendidikan agama yang dimilikinya, maka beliau adalah antara orang yang selayaknya untuk menegur kedua-dua belah pihak.
Beliau juga berhati-hati kerana tidak menyebut nama mana-mana individu atau kumpulan, namun penulisannya jelas dan semua boleh tahu ia merujuk kepada siapa.
Dalam entri berkenaan, Dr Maza ada menyentuh satu bahagian berhubung sikap artis yang berhijrah dan secara tidak langsung menegur sikap PAS yang berbelanja banyak untuk mengusung artis ke sana-sini.
“Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain.
“Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya,” katanya dalam entri itu.
Bahagian ini rasanya kita semua boleh agak siapa yang paling cepat terasa walaupun namanya tidak disebut.
Siapa lagi kan….kalau bukan Ustazah Abby Abadi.
Walaupun tanpa menyebut nama, nampaknya Abby terasa betul kena kat batang hidung dia.
Dan seperti biasa…Abby memulakan syarahan dan memperlihatkan ‘tahap keilmuaan agamanya yang sangat tinggi’ di Twitter.
Abby nyata tidak dapat menerima bahagian ‘Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’’…
Tweet Abby;
JUAL MUKA & JUAL BODY? Fitnah tu… Sy xpernah terlintas lgsg smpai nk gadai maruah diri smata2 utk parti. Fitnah btebaran, dosa bpanjangan
Eh Abby…terasa ke? Dr Maza tak sebut nama kamu…nape terasa?
Dr Maza tidak cakap pun kamu jual body atau jual muka.
Mesti Abby terasa dia mungkin dilabel bodoh hal agama dan hanya laku di pentas PAS pasal dia artis.
Lagi menarik kalau tengok Tweet Abby yang macam hendak mengajar Dr Maza secara sinis dan penuh sindiran (tanpa menyebut nama);
Betul-betul hebat Abby basuh Dr Maza kat Twitter.
Perghhhhh…..Abby oh Abby….Kau memang hebattttt! - Mynewshub.
Bahayanya umat bila menganuti ajaran agama Pas, mereka akan menjadi golongan pelampau yang merasakan dirinya itu maksum tiada kesalahan dan hanya pendapat mereka sahaja yang betul, orang lain semuanya salah sekiranya berbeza pandangan dengan mereka. Jika ajaran Islam yang sebenar dianuti perkara sedemikian tidak akan berlaku. Malah lebih malang lagi terdapat pihak yang ilmu agamanya tidak seberapa tetapi lantangnya mengalahkan murai di pagi hari.
Merujuk kepada kenyataan balas yang dibuat oleh Abby Abadi terhadap Mantan Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin berhubung Hukum Hudud, dakwaan Abby bahawa Mantan Mufti itu 'mempersoalkan hukum Allah' adalah satu tuduhan yang sangat berat keatas orang Islam, 'mempersoalkan' umumnya memahami mempersoalkan hukum Allah boleh membawa kepada kekafiran, dan siapa Abby Abadi untuk menghukum kafir keatas orang Islam, apakah niat Abby ingin menghukum kafir ? Jika ditanya mestilah Abby menjawab tidak berniat begitu, namun hakikatnya perkataan 'mempersoalkan' boleh membawa makna yang sedemikian, dan tidak timbul soal menghentam atau memaki,
Itulah budaya asuhan Pas, dan begitu juga dengan tuduhan Pas bahawa Umno menghalalkan judi, arak dsbnya, sedangkan menghalalkan apa yang haram itu boleh menjadi kafir, sebab tu lah Abby perlu belajar terlebih dahulu sebelum nak bercakap atau mengutarakan pandangan, ini soal hukum bukan boleh dimain-main.
Seperti contoh orang yang berzina dan orang yang menghalalkan zina, punyai dua maksud yang berbeza, apakah orang yang berzina itu hukumnya kafir sebagaimana orang yang menghalalkan hukum berzina ? menghalalkan zina hukumnya adalah kafir, namun orang yang berzina tidak sampai kepada kafir selain mendapat dosa besar akibat perbuatan zina itu.
Jika melihat kepada laporan akhbar mengenai kenyataan Abby, jelas disitu menunjukkan kejahilan Abby yang melampau bilamana menyebut "apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan". Tak boleh dipersoalkan tu betullah, tapi kalau tak boleh dibincang memang sesatlah mereka-mereka yang berfikiran demikian. Perlu difahami apa yang tercatat didalam Al-Quran punyai pelbagai maksud yang boleh ditafsirkan bersandarkan kepada ilmu, dan tidak ada siapa yang boleh mengatakan hanya pandangannya sahaja yang betul mengenai apa yang ditafsirkan itu, apatah lagi untuk mengkafirkan pandangan orang lain.
Jangan Abby ingat Al-Quran ni macam skrip yang dihafal untuk berlakon yang hanya mempunyai satu kefahaman didalam membawa sesuatu watak, Al-Quran tidak begitu. Ia perlu dipelajari malah didalami dengan lebih teliti serta mengkaji dan melihat beberapa pandangan Ulamak dalam sesuatu hal yang hendak difahami dan dihukumkan itu, bukannya tengok satu bab jer terus nak hukum atau nak buat pelabelan terhadap seseorang, itu tidak betul dan boleh menyesatkan umat.
Kenyataan Mantan Mufti Perlis ialah “Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?”.
Kerana kejahilan dan ketaksuban Abby dengan Pas sehingga terdetik mengatakan "mengapa dia (Asri) berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya", kerana detik hati itulah yang telah banyak menyesatkan Abby mengenai ajaran Islam yang sebenar, detik itu nyata datangnya dari syaitan dan bukannya ilham dari malaikat,dan sebab itu juga Abby lebih membenarkan apa yang dikatakan oleh Pas daripada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran.Kembalilah kepangkal jalan.
Suka Gk ingin jelaskan berdasarkan ilmu cetek yang dipelajariberkaitan Hudud untuk merujuk mengenai maksud kenyataan beliau itu, dan kenyataannya itu jauh sekali dari tanggapan yang dibuat Abby bahawa beliau mempersoalkan Hukum Allah melainkan beliau mempersoalkan hukum Pas,
Dimana hukum Pas ? Hukum Pas adalah sepertimana yang Abby fahami bahawa hukum hudud hanya untuk orang Islam sahaja, tidak kepada orang bukan Islam, dalil yang diberikan oleh pemimpin Pas ialah, "kalau nak suruh orang bukan Islam pun kena juga hukum hudud, kenapa tak suruh juga mereka berpuasa, macam mana mana nak suruh ? sebab berpuasa hanya wajib keatas umat Islam dan tidak wajib keatas bukan Islam" dan mereka yang bukan Islam boleh memilih samada mereka inginkan Hukuman Hudud ataupun hukuman sediada, Abby pun kata, "Ishh ya tak ya jugak kan, takkan hukum Islam nak kena juga pada orang bukan Islam".
Bagaimanapun Abby tak faham apa itu hidayah dan apa kaitan hidayah dengan Al-Quran, tujuan apa diturunkan Al-Quran ? dan hukum hudud ni untuk dilaksanakan oleh individu ke atau oleh pemerintah, dan rukun Islam yang didalilkan seperti puasa itu untuk dilaksanakan oleh individu ke atau oleh pemerintah ? Sebab itu juga kita perlu belajar tinggi-tinggi supaya tidak silap menghukum, dan dalam pada mengaji tinggi pun tidaklah maksum dan turut terdedah kepada kesilapan apatah lagi kita yang jahil ini.
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” An-Nisa - 105
Kenapa hukum Hudud tidak wajib kepada orang bukan Islam menurut pandangan Pas ? setengahnya mereka menggunakan dalil didalam Alquran yang menyebut :
“Jika mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. al-Maidah - 42
Penafsirkan ayat ini difahami mereka bahawa Allah memberi pilihan kepada orang kafir sama ada untuk menerima hukum hudud, qisas dan ta'zir atau memilih untuk berhukum dengan hukum mereka yang sediaada.
Sebaliknya pandangan rata-rata Ulamak membuat tafsiran bahawa Allah memberi pilihan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) bukannya memberi pilihan kepada orang kafir, dan Pilihan yang diberi itu adalah sama ada untuk menghukum orang kafir (fahkum) dengan hukum Islam atau berpaling dari mereka (a’ridh), dan bukannya pilihan untuk berhukum dengan hukum Islam ataupun berhukum dengan hukum yang sediada (Bukan hukum Islam). ‘Berpaling’ maksudnya tidak menghukum (membiarkan) mereka.
Sekali lagi ingin dijelaskan kesimpulannya bahawa ayat ini ditujukan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) dan Allah memberi pilihan kepada Rasul sama ada ingin menghukum kesalahan mereka dengan hukuman Allah atau membiarkan mereka tanpa dihukum, dan pandangan beberapa ulama muktabar berkenaan dengan hukum fiqh yang mereka istinbat dari ayat tersebut seperti berikut :-
Ibnu Kathir menyatakan: Jika mereka (orang kafir) datang kepada kamu (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun. Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim].
Qusairy menyatakan: Tidak wajib ke atas kita untuk mengadili di antara mereka bila mereka bukan kafir zimmi tetapi kita boleh mengadili mereka jika kita mahu [Imam Al-Qurthubi, Al-Jami’li Akhamil Quran].
Sa'id bin Jubair menjelaskan: Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka atau berpalinglah dari mereka. Dalam ayat ini Allah memberikan keluasan bagi seorang hakim untuk memilih antara memutuskan perkara mereka atau tidak menghukum, dan membiarkannya terkontang-kanting [Ibnu Jawzi, Nawasikhul Qur’an].
Banyak lagi terdapat hujah-hujah dan dalil yang menjelaskan mengenai perkara itu, namun entah bagaimana tafsiran yang dibuat oleh Pas itu lebih memberi keistimewaan kepada orang bukan Islam untuk membuat pilihan bukannya kepada pemerintah untuk menentukan hukuman atau langsung tidak menghukum mereka...Anda Mampu Mengubahnya...
Kelantangan Abby Abadi berhidayah mengejutkan banyak pihak apabila beliau dilaporkan membidas Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin kerana didakwa mempertikaikan Hukum Hudud.
"Maafkan Saya Dr, Hudud tu kan hukum ALLAH. Dr belajar tinggi tapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia, tapi manis disana." tweet Abby.
Bagaimanapun kenyataan Abby itu di tweet balas oleh Dr Asri dengan menjelaskan seseorang yang dijemput untuk berceramah itu tidak bererti faham mengenai Islam secara keseluruhannya.
"Ia tidak bermakna seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tak bererti dia telah benar-benar faham Islam. Teliti sebelum komen."
"Muslim tidak pertikai hukum Allah, tapi apakah yang dikatakan hukum Allah itu benar-benar hukum Allah, atau tafsiran kita sahaja?".
Sebelum ini Dr Asri dalam kenyataannya di media mendakwa Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP.
Menurut beliau, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.
Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.
Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.
Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.
Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.
Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.
Menurut Mohd. Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut.
Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai, katanya.
Semalam Harakah mengkritik Abby Abadi ekoran kejadian yang berlaku di program minggu lalu setelah Abby menyerahkan segala-galanya kepada Pas, Abby dilihat lebih dipersalahkan dalam isu tersebut oleh Pas tanpa melihat isu tersebut secara keseluruhan.
Mungkin dengan kejadian itu Abby akan lebih sedar dengan hakikat kehidupan yang sebenarnya selaku seorang insan yang punyai sekeping hati yang terlalu mudah untuk terguris bahkan ianya boleh terkoyak.
Bagaimanapun hari ini Harakah sound Leman supaya lawak biar bertempat dan pertuturan perlu dijaga, agaknya Abby dah merajuk lah kot. Baru sikit dah merajuk, Abby perlu lebih belajar dengan Fauziah Ahmad Daud, walaupun tak masuk Pas, kecekalan Ogy lebih matang dari Abby Abadi.
Namun apa yang Gk nampak situasi pada malam itu sebenarnya menjadikan Abby sebagai mangsa pada keadaan, jika lagi lama program itu, Abby akan dilihat lebih banyak melakukan kesalahan atau tindakan yang tidak sepatutnya.
Keracauan jiwa yang dialami Abby ekoran peristiwa-peristiwa lampau menyebabkan Abby seringkali gagal untuk mengawal emosi bila berhadapan dengan sesuatu keadaan yang membeza-bezakan dirinya, malah hal sebegini tidak hanya berlaku keatas Abby, jika diimbas kembali satu ketika dahulu Fauziah Ahmad Daud turut menghadapinya dalam program beliau bersama Johan Raja Lawak...
Oleh kerana hakikat insan yang secara semulajadinya begitu dan untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak, adalah lebih baik program yang hendak dianjurkan pada masa akan datang tidak lagi meletakkan Raja Lawak bersama-sama dalam satu pentas dengan insan yang berstatus 'mudah terguris', ianya bagi mengelakkan kejadian seumpama itu tidak berulang lagi .....
Apa yang dapat dilihat pada program itu, lawak selamber Man kepada Abby membuatkan hati Abby terus mengecut dan merekah serta sukar untuk dikawalnya.
Ada beberapa episod yang berkait dengan perasaan pada program tersebut, antaranya Kata Man Raja Lawak " Saya kalau Abby lalu saya tak tengok sangat, kalau Neelofa lalu saya tengok,.... Ustaz ! ", dan lawak Man itu ikhlas kerana itulah lumrahnya mana-mana pelawak bila melawak, tapi hati seorang wanita yang berstatus 'mudah terguris' lebih-lebih lagi diatas faktor usia dan masa lalu, kata-kata tersebut bakal menghantui dirinya.
" Man, Man dah insaf ke, tak...dah kembali kepangkal jalan ke..Man....tak pernah dengar pun... ? soal Abby kepada Man, sekali lagi jawapan Man pada Abby mungkin punyai ruang yang luas untuk ditafsir dengan berbagai " Tak....kalau saya pakai tudung dah berhijrah lah tu...".
Nasihat Gk pada diri sendiri agar tidak keterlauan dalam melontarkan kata-kata yang boleh mengguris dan melukakan hati insan, tak kiralah samada pelawak ke, Ustazah ke, blogger jer tak per, lebih-lebih lagi dihadapan khayalak umum, Untuk semua pelawat blog Gk, hati-hati ketika memandu, ingatlah orang yang tersayang, Gk ucapkan Selamat Pulang Berhari Raya Buat Semua Anda Mampu Mengubahnya...
"Selepas PRU13 Pas tidak memerlukan Abby lagi sebagai umpannya, tunggu dan lihat"
Penulis mendapat maklumat bahawa pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama.
Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak.
Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.
Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah menggelupur malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri.
Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.
UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan.
Selain itu, antara jawapan UAI adalah;
“Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan.
Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah.
Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata UAI.
Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI.
Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.”
Ehhh.. kenapa Abby ‘menggelupur’ ni? Sedangkan UAI menyatakan secara umum dan tidak menyebut mana-mana individu.
Itulah kata orang-orang tua, ‘siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya’.
Menjadi persoalan juga apabila mengapa perlu Abby terasa dengan kata-kata UAI itu.
Patutnya Abby malu dan menimbangkan untuk terjun lombong sekejap pasal nasihat UAI tu kena tepat kat batang hidung dia sampai dia menjerit-jerit nak cover line kat atas pentas ceramah.
Dan adakah dia seorang sahaja artis yang berhijrah dalam masa yang sama menghentam rakan-rakan industri?
Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI.
UAI lebih ‘direct’ dalam menyampaikan sesuatu mesej.
Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu.
Zizan tidak melenting dan ‘cool’ serta menerima secara positif nasihat UAI.
Penulis tidak lah bijak mana untuk memberi nasihat kepada pembaca.
Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak seharusnya cepat ‘melatah’ dengan mesej yang disampaikan oleh panel.
Seolah-olah seperti Abby tidak tahu adab serta cara untuk mengawal diri sebagai sebagai seorang pengacara yang baik.
Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif. -Mynewshub.
Terlalu banyak publisiti dan fitnah yang dilemparkan kepada pelakon popular Gerak Khas, Abby Abadi selepas menyertai Pas berbanding semasa bergiat aktif dalam industri hiburan.
Hal itu diakui sendiri oleh bekas ahli kumpulan Elite itu ketika menjadi ahli panel dalam program Forum Perdana di Kompleks Muhibbah, Taman Boltan di sini, malam semalam.
Katanya, ramai pihak mempertikaikan penghijrahan yang dibuat kepada imej bertudung disebabkan oleh Pas dan bukan kerana ALLAH.
“Hidayah yang diturunkan ke atas saya bukan hidayah sesat dan setuju menyertai Pas kerana ingin sama-sama membantu menyebar dakwah.
“Selepas menyertai Pas, kefahaman terhadap Islam lebih mendalam dan diakui bahawa sebelum penghijrahan banyak melakukan kesilapan serta tidak mengikut syariat Islam secara keseluruhan,” katanya di hadapan 200 orang tetamu yang hadir pada majlis agama itu.
Beliau berkata, Jika diberi pilihan masuk syurga atau masuk televisyen, saya pilih masuk syurga walaupun diakui masih cintakan bidang lakonan.
Katanya, perubahan imejnya juga banyak memberi cabaran terutama daripada rakan seperjuangan yang memandang sinis tidak kurang juga menganggap perubahannya sekarang tidak secara keseluruhan atau untuk mendapat publisiti murahan.
“Pelbagai fitnah dilemparkan termasuk saya telah berkahwin dengan seorang ahli politik parti Pas dan tidak faham kenapa penghijrahannya dilihat dari sudut negatif.
“Hakikatnya saya tidak suka dengan cara hidup sekarang iaitu berdakwah secara terbuka tetapi yakin pilihan yang dibuat adalah tepat sebagai platform menjelaskan bahawa Islam dan politik sememangnya tidak boleh dipisahkan,” katanya. - Sinar Harian
"Gk pun pilih masuk syurga dari masuk Pas, anda pulak bagaimana ?"
SHAH ALAM – Jika sebelum ini heboh mengenai hubungan kurang baik antara Norman Hakim dan Memey Suhaiza bersama Abby Abadi, tetapi gambar Abby bersama Memey dalam persalinan telekung, yang dikongsi dengan peminat mereka menerusi laman twitter semalam, menjawab segala persoalan berkaitan selama ini.
Bulan Ramadan mulia nampaknya telah menyatukan keluarga ini.
Norman yang dihubungi Sinar Harian Online hari ini berkata, dia sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu dan menyifatkan Ramadan tahun ini adalah yang paling manis buatnya keluarganya.
“Sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu. Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga.
“Tetapi mungkin disebabkan berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008.
Norman menambah: "Saya sendiri tidak menyangka perkara ini berlaku secara tiba-tiba dan kebetulan hari itu hari Jumaat, kami bertemu di sekitar Masjid (Negeri) Shah Alam kerana Abby ada program di sana sebelum saya bawa anak-anak balik ke Kuantan untuk berpuasa di kampung dan dengan tidak semena-mena Abby menarik Memey ke tepi lantas terus berpelukan dalam tempoh yang agak lama."
"Saya dan anak-anak hanya memerhati dari tepi kereta. Tentunya perasaan saya dan anak-anak sangat gembira kerana mereka kini telah berbaik, malah anak-anak turut bersorak mengatakan 'yeay, mama dan mummy dah berkawan'!” kata Norman lagi.
Norman, 36, turut memberitahu sebagai seorang Muslim, dia tidak pernah berhenti dan berputus asa daripada berdoa demi kesejahteraan keluarganya dan sekarang segala doa itu sudah dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T. dan berharap perkara ini akan berkekalan buat selama-lamanya.
Semalam, Abby, 35, telah memuatnaikkan dua gambar terbarunya menerusi akaun twitter menunjukkan dia dan Memey, 24, bergambar dalam keadaan mesra beserta mesej “doakan yang terbaik untuk kehidupan kami berdua dunia dan akhirat” dan satu gambar mereka sekeluarga berbuka bersama.
Selain itu, Abby, pelakon drama Gerak Khas turut memberitahu dia juga sempat bersembahyang Maghrib bersama berimamkan bekas suaminya itu.
Sementera itu, ketika diminta mengulas mengenai kisah politik Abby yang semakin serius menceburi bidang itu kebelakangan ini, Norman berkata, dia tidak pernah mencampuri hal itu dan berkata perkara itu adalah hak dan kebebasan seseorang individu untuk menentukan hala tujunya sendiri.
“Jika kami bertemu, tidak pernah sesekali saya bertanyakan mengenai perkara itu. Kami hanya banyak berkomunikasi mengenai masa depan dan perkembangan pendidikan anak-anak kami, Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania, 7, dan Maria Danisha, 4.
“Saya sangat menghargai Abby menjadi ibu yang baik kepada anak-anak saya dan lain-lain hal mengenai dia saya tidak mahu masuk campur kerana itu adalah hak dia,” kata Norman.
“Kami berdua juga masih dalam perbincangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz dan mengerjakan umrah bersama mungkin selepas Memey bersalin nanti,” katanya.
Memey yang kini tiga bulan hamil dijangka melahirkan anak Februari depan.
“Anak sulung, Danish sangat teruja mengenai rancangan umrah ini dan tidak sabar-sabar untuk pergi ke sana bersama kedua-dua mama dan mummynya turut serta,” tambah Norman.
Sementara itu, Memey yang dihubungi Fara Fauzana, deejay Hot FM, menyatakan memang benar mereka berdua sudah berbaik dan semalam mereka berbuka puasa bersama di rumah Abby.
Norman dan Abby sebelum ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 2008 selepas bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006.
Norman berkahwin dengan Memey pada 24 September lalu. - Sinar Harian