Abby Abadi Makin Dasyat Menghidayahkan Mantan Mufti Perlis

Kelantangan Abby Abadi berhidayah mengejutkan banyak pihak apabila beliau dilaporkan membidas Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin kerana didakwa mempertikaikan Hukum Hudud.

" Maafkan Saya Dr, Hudud tu kan hukum ALLAH. Dr belajar tinggi tapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia, tapi manis disana."  tweet Abby.
Bagaimanapun kenyataan Abby itu di tweet balas oleh Dr Asri dengan menjelaskan seseorang yang dijemput untuk berceramah itu tidak bererti faham mengenai Islam secara keseluruhannya.

"Ia tidak bermakna seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tak bererti dia telah benar-benar faham Islam. Teliti sebelum komen."

"Muslim tidak pertikai hukum Allah, tapi apakah yang dikatakan hukum Allah itu benar-benar hukum Allah, atau tafsiran kita sahaja?".

Sebelum ini Dr Asri dalam kenyataannya di media mendakwa Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP.

Menurut beliau, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.

“Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

“Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.

Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.

“Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.

“Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Menurut Mohd. Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut.

“Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai,’’ katanya.

5 comments:

  1. Typical ahli PAS! Masuk PAS je, makna dah masuk Islam? Semua orang yang bukan ahli PAS adalah jahil, dah melalut dah PAS ni.

    ReplyDelete
  2. Beza org khlas mahukan Islam walaupun kurang ilmu berbanding org berilmu tapi berdolak dalih menolak Hukum Allah

    ReplyDelete
  3. abu izzah,
    itu juga bezanya org tidak berilmu yg mahukan islam tp hanya mengambil lapisan luar tetapi sombong utk turun ke lapisan dalam. ikhlas mahukan islam tidak boleh membenarkan sesuatu tindakan berkaitan dgn hukum hakam agama. ikhlas adalah kehendak, hukum hakam adalah HAQ tidak boleh mengikut sewenang2 kehendak yang ada masa boleh mentgkan ketidak adilan kpd semua? fahami dahulu.

    bezanya org berilmu adalah mencari keadilan untuk semua bukannya keadilan berasaskan kehendak diri sendiri. islam itu bukan hanya melaksana tanpa fikir dan musyawarah. islam itu bukan jenis pakai buang spt apa yg pas buat... sekejap mahu negara islam, sekejap mahu negara kebajikan, sekejap mahu hudud, sekejap hudud boleh kawtim. itu bukti org yg tidak berilmu dan berdalih dalam hukum Allah spt yg saudara maksudkan.

    ReplyDelete
  4. hudud hanya fragmen kecik dalam islam. kenapa nak bising2? pelik. cuma arab saudi sj yg amalkan hudud. adakah semua org didunia yg tak amalkan hudud masuk neraka?

    ReplyDelete
  5. itu yg saya katakan jenis mereka yg ambil islam hanya pada lapisan luar sahaja sdgkan islam bukan hanya soal hudud... kalau soal lain dlm islam yg lbh besar cthnya kemiskinan, pendidikan belum cukup lg kita atasi, mcm mana kita nk laksana hudud? lihat dlm skop yg lbih besar, hudud tu bersangkutan, berkait dgn semua perkara termsklah soal ekonomi, pendidikan, pertahanan dn byk lg.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...