Menjadi seorang pemimpin yang baik tidak semestinya sentiasa berceramah dan menggunakan Masjid milik Islam untuk kepentingan parti dengan menghamburkan kata-kata buruk sesama Islam dan mengangkat diri sendiri kononnya merekalah pejuang Islam yang sebenarnya, malah perbuatan itu jauh bercanggah dengan ajaran Islam.
Menyentuh mengenai Hukum Hudud yang akan dilaksanakan di Malaysia, pandangan berbeza yang dizahirkan oleh seorang tokoh berwibawa kelahiran bumi bertuah Kelantan Darul Naim, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bahawa perlaksanaan hukum Hudud mesti dilaksanakan mengikut perancangan yang melihat kepada keseluruhan dan bukannya dibuat secara 'sembrono', adalah satu pandangan yang mengikut cara fikir Islam.
Menurut beliau, kajian secara mendalam berhubung perundangan syariah itu sangat penting dan wajar diberi perhatian sebelum membicarakan soal pelaksanaannya demi memastikan ia dapat direalisasikan dengan berkesan dan mengikut syariat Islam yang sebenar.
“Apa sekalipun yang hendak kita lakukan, perancangan perlu ada, bukan buat sesuatu selepas itu baru hendak fikirkan persiapan. Ini tidak boleh. Sepatutnya kita perlu cermat dan fokus kepada persiapan terlebih dahulu baru boleh melaksanakannya (hudud).
"Ini tidak, buat dahulu baru hendak menumpukan soal persiapan sedangkan masih dalam kekeliruan dan kekaburan,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Umno Negeri di sini.
Ringkasannya, untuk melakukan sesuatu itu perlu ada perancangan, perlu berilmu dan arif mengenainya, perlu berbincang sesama Ulamak bukannya berbincang dengan Karpal Singh dan setiap penghukuman yang bakal dijatuhkan itu perlu ikut garis panduan Islam supaya tidak timbul keraguan setelah penghukuman dibuat.
Kegagalan melaksanakan Hukum Hudud mengikut syariat Islam akan mendatangkan kemudaratan terhadap umat Islam itu sendiri, kalau gagal projek koridor depu tu lainlah, paling tidak pun ianya mengalami kerugian sahaja, tapi ini soal hukum, bukan tidak boleh dilaksanakan, tapi ianya perlukan masa dan perbincangan supaya sebarang keputusan yang dibuat itu konkrit, tepat serta berlandaskan syariat Islam tanpa sebarang keraguan yang akan timbul mengenainya.
Penjelasan kepada rakyat mengenai hukum hudud mesti dilakukan, tapi apa yang nampak di ceramah-ceramah Pas langsung tidak menerangkan soal hukum hudud ini, yang banyak dihamburkan adalah fitnah terhadap pemimpin BN, banyak beralasan, menunding kesalahan pada orang lain, mengumpat serta memaki hamun, dan kredibiliti pemimpin Pas itu sendiri terhakis bagaimana pemimpin Pas nak bercakap mengenai hukum Allah ini.
Sedangkan orang agama perlu jujur, amanah, adil dan bertakwa, berbeza dengan orang politik, orang agama seperti Mufti atau pendakwah bebas contohnya, kata-kata mereka adalah ilmu, mereka tak perlu nak mengutuk dan memusuhi sesiapa, nak laksanakan hukum Allah mestilah ikhlas bukannya nak menunjuk-nunjuk atau berlumba bahawa kita lebih Islamik dari orang lain.
Bagaimanapun bila disebut begitu, pemimpin Pas akan kata, " Habis tu pemimpin Umno duk buat apa, perlaksanaan hukum Hudud ni bukan kerja orang Pas sahaja, ianya tanggungjawab orang Islam, ke pemimpin Umno ni bukan Islam ?" maka bertempik soraklah penyokong mereka mengiyakannya sekaligus tidak timbul lagi mengenai persoalan-persoalan diatas dan terlindunglah keburukkan Pas.
Oleh itu hendak Gk jelaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional ni bukan kerajaan kampung atau kerajaan 'cap ayam' macam Pas, kerajaan ada cabang-cabang jabatan mengikut keperluannya, sebagai contoh label Halal, bukan kerja Perdana Menteri ataupun Pemimpin BN untuk keluarkan status atau logo Halal, pemimpin BN tak perlu pergi ceramah sebut mengenai cara atau prosedur label halal itu bagaimana ianya dikeluarkan, dan tentu kita maklum ianya kerja yang telah dipertanggungjawabkan kepada Jakim.
Begitu juga Hukum Hudud, pemimpin BN tak perlu kecoh kata nak buat Hudud, tiba masanya nanti mungkin ianya akan dilaksanakan, tempoh masa itu bukan persoalannya, yang perlu kita tahu ianya adalah tanggungjawab kerajaan, dan setakat ini semua yang berkait dengan hukum hakam Islam telah diperjalankan oleh kerajaan dengan sempurna, maka tidak timbul untuk kita perlu berburuk sangka mengenainya.
Mengenai kenyataan Perdana Menteri 'Bahawa Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan', itu bukan satu asas dan penafian yang konkrit untuk diterima sebagai hudud tidak akan dilaksanakan dinegara ini, berbeza dengan "Kalau nak laksanakan hudud langkah mayat saya dahulu", itu kenyataan yang benar-benar jelas ianya tidak akan dilaksanakan bahkan pertaruhkan nyawa untuk hal itu.
Sebagai seorang Perdana Menteri yang mempunyai rakyat berbilang kaum, beliau perlu adil dan tidak wajar untuk beliau merungsingkan fikiran orang bukan Islam diatas kejahilan mereka mengenai sesuatu undang-undang Islam yang masih lagi diperingkat kajian dan perbincangan, kalau sampai masanya nanti ia dilaksanakan siapa yang boleh halang ? Sesiapa pun pasti tidak akan menghalangnya kerana Hukum Allah satu hukuman yang adil kepada semua, cumanya ada khilaf dan titik keadilan itu masih lagi dikaji dan diperbahaskan.
Tidak perlu kita nak kecoh diatas sesuatu hal yang pasti tetapi belum dinoktah hukumkan dengan muktamad, dan isu Hudud ini sebenarnya jelas ia telah dipolitikkan oleh Pas untuk meraih kepentingan politik, jangan jadi ayam yang berkokoknya gegar tapi ekor bergelumang taik,
Ambillah iktibar dari kegagalan projek depu Husam pada rakaman video dibawah sebagai landasan fikir keatas sesuatu pekerjaan yang bermotifkan politik dengan tidak ada ilmu, perancangan dan persiapan yang akhirnya ia merugikan dan membuang masa sahaja, ada perkara yang boleh dicuba dan ada perkara yang tidak boleh di cuba-cuba.....Anda Mampu Mengubahnya....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.