Hj Hadi Akui Ada Parasit Dalam Pas Dahului Keputusannya Sekat Hudud

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan niat mereka melaksanakan hukum hudud namun menjelaskan bahawa tindakan itu akan dilakukan mengikut "proses demokrasi".

Tambahnya, DAP juga berhak untuk tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, namun hasrat tersebut akan tetap diteruskan Pas.

"Isu hudud isu semua tak kira Umno atau Pas. Pas akan tetap meneruskan niat untuk melaksanakan hudud melalui proses demokrasi.

"Kalau DAP tak mahu terima (hudud), tak apa. Sebab itu Allah menurunkan surah Al-Maidah yang mana pada ketika itu, orang Yahudi dan kafir tidak menyokong Islam dan Allah turunkan ayat itu.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju dia ada hak. Dan itulah demokrasi. Kita sokong demokrasi. Tetapi Pas tidak akan berhenti. Hudud merupakan kewajipan orang Islam," katanya lagi.

Hj Hadi pun nampaknya tenat sangat dah nak berbohong, macam-macam diputar belit olehnya, tekanan yang diterima dari parasit menyebabkan Hj Hadi berada dalam dilema antara agama dan parti, pada rakaman video dibawah beliau menyindir parasit supaya tidak mendahului Imam, dan membuat contoh seperti dalam solat berjemaah yang ada adab-adabnya, antaranya makmum tidak boleh mendahului Imam, sindirannya itu disebabkan keputusan beliau sebagai Presiden tidak lagi dihormati, malah ada yang membuat keputusan sendiri dengan mendahului beliau sebagai Presiden.

Penglibatan parasit dari IRC didalam Pas turut diperjelaskan oleh Ustaz Fadli Ghani, Pengarah Jabatan Arkib Pas Pusat semasa Ijtimak Tarbawi tahun lalu, dan beliau agak lebih condong kepada kerjasama Pas dan Umno daripada kerjasama dengan DAP.

Bagaimanapun pengaruh IRC didalam Pas begitu kuat, sukar untuk Pas membuat pendiriannya sendiri berasaskan matlamat perjuangan asal Pas, sebaliknya terpaksa akur dengan kehendak parasit dari IRC yang semakin berjaya men'sekular'kan Pas, kesedaran mengenai hal ini perlu diperluaskan kepada rakyat agar rakyat faham kedudukan yang sebenar, pas hanya tinggal nama, roh perjuangannya yang asal telah dicabut parasit.. Anda Mampu Mengubahnya..

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...