VIDEO - ABBY ABADI JADI SAKSI KESESATAN DERMA PAS SUMBANGAN PADA ALLAH !

Jika dahulu Islam adalah Pas dan Pas adalah Islam, kini memberi derma dan sumbangan kepada Pas sama memberi sumbangan kepada Allah. " Memberi sumbangan kepada Allah " ?, Subhanallah, Allah tidak berhajat kepada makhluk dan Allah berdiri dengan sendirinya.

Adakah Ustaz Pas yang menyebut " memberi sumbangan kepada Allah" itu jahil atau sesat ? Tidak pasti untuk mengiyakannya, bagaimanapun segala  macam mantik dan penjelasan boleh diberikan, tapi itulah hakikatnya, seperti juga jika bertanya kepada Ayah Pin berkaitan dengan ajarannya, maka Ayah Pin juga turut mempunyai hujah untuk mempertahankan ajarannya walalupun ia jelas ajaran yang menyesatkan.

Sebelum mengutip derma adalah rutin pemimpin Pas untuk membaca nas-nas Al-Quran dan Hadis yang berkaitan derma supaya dapat mempengaruhi hadirin yang hadir agar memberikan derma kepada mereka, tidak cukup nas-nas agama, artis dan selebriti, kita khuatir jika Allah Taala pun sanggup mereka seertikan dengan makhluk demi memenuhi hajat mereka.

Ini kerana berdasarkan kenyataan ucapan yang dibuat oleh salah seorang pemimpin Pas sepertimana klipvideo tersebut ianya jelas merendahkan Allah Taala dengan mengatakan sumbangan derma itu kepada Allah sedangkan Allah Maha Kaya yang memberi rezeki kepada kita hambanya. Sedutan dari klipvideo itu bermula dengan ............
" Biasanya tuan puan nak jumpa dengan selebriti ni kena bayar tiket, ya...kena tiket, Abby dulu datang bawa tiket Rm10, Rm20 tuan puan tak tengok, jadi tuan puan malam ni kita tak kenakan tiket, jadi sendiri mahu ingatlah tuan puan sekalian, sebab tu malam ini tiket tak kena tuan puan sekalian, cuma kita minta sumbangan derma daripada tuan puan ".

" Nabi pernah menyebut dalam suatu keadaan menyatakan bahawa barangsiapa yang mewakafkan tanahnya untuk jalan orang beriman, maka apa jugak yang lalu disitu pahalanya akan sampai kepadanya sehingga ke hari kiamat ".

" Nabi juga pernah mengatakan pada sahabat, siapa yang mewakafkan satu belanja untuk minuman manusia terutamanya orang Islam, Allah tidak akan dahagakan dia pada hari kiamat dan ketika dia mati tuan puan sekalian ".

" TUAN-PUAN SEKALIAN, BILA SETENGAH PIHAK KATA KITA NI MINTA SEDEKAH, KITA TAK MINTAK SEDEKAH TUAN PUAN, KITA BUKAN PAKSA, TUAN PUAN ADA DERMA, KALAU TAK DERMA PUN TAK APA, TAK DER MASALAH, SEBAB INI ADALAH SUMBANGAN KITA PADA ALLAH SWT ".

Kita boleh terima lagi jika Ustaz Pas itu mengatakan sumbangan derma kepada jalan Allah walaupun jalan Pas itu terdapat banyak keraguannya, kerana ia tidak menjejaskan akidah sepertimana mengatakan sumbangan derma itu pada Allah, hal sebegini tidak boleh dipandang remeh kerana perwatakan alim pemimpin Pas itu sudah dianggap maksum sekaligus pemahaman itu akan diterima bulat-bulat oleh penganutnya.
Gk anggap ini adalah satu percubaan Pas untuk terus memesongkan pemikiran umat Islam demi kepentingan partinya, sebenarnya hal ini agak terlewat sedikit di post kerana Gk terlebih dahulu bertanya dan meminta pandangan dari beberapa orang Ustaz Pas dan tabligh tanpa memberitahu kepada mereka siapa yang mengatakan demikian, namun kesemuanya sependapat mengatakan ia terpesong dan boleh merosakkan akidah sekiranya ia sedar dan disengajakan, lebih-lebih lagi didalam usaha untuk mempengaruhi seseorang bagi mendapatkan sesuatu 'laba' atau keuntungan.

Pada masa sama artis yang terkenal dalam wataknya sebagai Inspektor Haliza atau nama glamour-nya Abby Abadi turut mengakui bahawa derma yang dikutip Pas adalah 'beribu-ribu' malah beliau juga berterima kasih kerana Pas sudi untuk berkongsi rezeki dengannya.

Bagaimanapun bukanlah niat kita untuk mempertikaikan sumber rezeki tersebut, kerana itu tidak salah disisi Islam selagimana bercakap mengenai ISLAM (bukan Pas) tanpa memaki hamun fitnah dan sebagainya. Apapun pihak Pas WAJIB untuk tampil memperjelaskan kedudukan yang sebenar supaya kekeliruan tersebut dapat dirungkaikan dengan sewajarnya...Anda mampu Mengubahnya.
.....Google search pun tidak menjumpai penggunaan ayat " Sumbangan kepada Allah "......

14 comments:

  1. Panjang2 aku tarik nafas, dok fikir macam mana nak mengomel atas rencana GK ni. Memang tak salah nak berderma. Ketika khatib membaca khutbah Jumaat pun tabung2 derma bergerak dari satu saf ke satu saf. Dan tak salah nak berderma kepada Allah swt. Frasa " Sumbangan kepada Allah " hanyalah sekadar adat pertuturan, sama seperti orang Kedah cakap ‘makan dadah, kita nak pi jauh ni…’ (bermaksud: makan dulu sebelum mulakan perjalanan).

    Berderma pada setiap kali menghadiri ceramah PAS bukan suatu yang baru. Dari dulu lagi. Tetapi sekarang ni PAS sudah ada modal tambahan bila ada selebriti istimewa dibawa bersama ke atas pentas. Ada pilihan (A) Sumbangan kepada Allah, (B) Sumbangan kerana Abby (misalnya), atau (C) Tiada sumbangan. Memang tiada paksaan, Abby juga tidak bawa tiket Rm10, Rm20. So tak salah dari segi undang2 ataupun etika.

    Tetapi aku teringat, dulu ada sekarang pun ada, lebih2 lagi bila nak menjelang Ramadan ni. Ramai manusia2 yang berjuang ke jalan Allah ni datang berkunjung dari rumah ke rumah, membawa stiker dan poster, buku dan risalah, mengenai berbagai aspek ilmu keIslaman. Mereka juga mengutip derma seikhlas yang ada berdasarkan cenderamata yang dibawa. Jangan fikir pulak anda boleh dapat poster atau buku dengan derma hanya seringgit. Pasti terjengil mata mereka. Maka anda akan dapatlah stiker ‘Allah dan Muhammad’ atau ayat2 Al-Quran sebesar jari telunjuk bernilai 30sen. Jika tidak mahu berderma, tak mengapa, mereka juga tidak akan berderma kepada kita. Mereka menjual ayat Quran dan ilmu keIslaman itu atas nama Allah swt.

    Pada pendapat aku, inilah juga cara yang PAS jalankan dalam kutipan derma mereka. Tetapi berlainan dari si penjual tadi, kita masih boleh duduk dan dengar ceramah ataupun menatap wajah dan mendengar suara Abby dengan percuma. Itu pun kalau kita tak malu, nak free selalu, tak mahu berjihad ke jalan Allah.

    Tepuk dada tanya selera.

    ReplyDelete
  2. Sumbang kepada Allah frasa yg salah dan cuba mengelirukan utk mempengaruhi,sumbangan kejalan Allah, jangan Qalam Qabut nak samakan DADAH dengan ALLAH...INI BUKAN DADAH ini TUHAN,jgn samakan ALLAH dengan makhluk...ini 2 perkara yg berbeza...

    ReplyDelete
  3. 1.)ALLAH MENCARUT
    2.)ALLAH SAMSENG
    3.)ALLAH DUDUK BERSILA LENDIK
    4.)NABI MUHAMMAD SAMA DGN MAT KAT KG KITA
    5.)nIK AZIZ NABI
    ITU HANYA SEBAHAGIAN SAHAJA,KINI TERBARU ALLAH SEAKAN MISKIN MACAM PAS DAN BERKEHENDAK KEPADA MAKHLUK BILAMANA MEMERLUKAN SUMBANGAN DAN DERMA.

    SUMBANGAN KEJALAN ALLAH ITU YG SEBENARNYA DAN BUKANNYA SUMBANGAN KEPADA ALLAH...BUKANKAH ITU ADA BEZA...

    SUMBANGAN KEPADA RAJA DAN SUMBANGAN KEPADA YAYASAN RAJA JUGA ADALAH BERBEZA...

    JANGAN SEMBARANGAN MENGGUNAKAN PERKATAAN APABILA MELIBATKAN ALLAH...

    MANA BOLEH ALLAH NAK DIMANTIKKAN DENGAN PENGGUNAAN AYAT KEPADA DADAH...

    JANGAN SUKA-SUKA MEMPERMAINKAN AGAMA DAN JUGA TUHAN SEKALIAN MAKHLUK,PERLU ADA RESERVED JANGAN SEMBRONO..

    MUHAMMAD HAFIZUDDIN
    INSTITUT AL-QAYYIM

    ReplyDelete
  4. Anonymous5:43:00 salah faham. Aku kata 'Dan tak salah nak berderma kepada Allah swt. Frasa " Sumbangan kepada Allah " hanyalah sekadar adat pertuturan... Maksud adat pertuturan di sini ialah cara kita bercakap mengikut loghat dan kebiasaan. 'Berderma kepada Allah', 'Sumbangan kepada Allah' ataupun 'Berjihad ke jalan Allah' membawa erti yang sama, diredhai, dan dituntut. Dan aku tidak mempertikainya. Aku tidak persoal pun Aku tidak tanya pun jika sumbangan itu kepada Allah, bagaimana nak hantar kepadaNya? Mana jalannya, mana simpangnya, berapa poskodnya. Aku tahu apa yang dimaksudkan dan aku tiada bantahan untuk mempersoal mengenainya

    Saudara yang tersilap tafsir bila mengaitkan ALLAH dengan DADAH sedangkan ‘makan dadah, kita nak pi jauh ni…’ hanyalah contoh frasa orang Kedah yang selalu disalah-erti. Contoh itu sungguh tepat sekali kerana saudara sendiri sudah salah mengerti mengenai 'dadah' yang aku katakan (walaupun aku sudah sertakan apa maksud frasa itu). Ini bukan narkotik dan aku tak pernah bandingkan 'DADAH' ini dengan Allah. "Mu nak jalan jauh, makan le dulu wei... nanti lapar pulak sementara nak sampai".

    Sedih aku tengok orang Melayu ini tidak faham dengan bahasa sendiri. Itulah kehebatan Allah swt. Dia menyuruh kita mempercayai kewujudanNya walaupun tidak kelihatan dan tidak kedengaran, tetapi diberiNya juga akal untuk kita berfikir mengenai kehidupan. Tetapi sayang, saudara tidak menggunakannya dengan bijak.

    Bukalah mata dan telinga dan lihatlah dunia yang ada di sekeliling saudara. Jangan sekadar mendengar apa yang orang beritahu.

    ReplyDelete
  5. Qalam Qabut ni penyokong taksub ajaran Pas,betul kata gk seluruh dunia interneti tidak pernah menggunakan frasa "sumbangan kepada Allah"...apsal kaya sangat bahasa kau ni sampai tak pernah digunakan orang....cuba kau tgk link kat bwh tu ada ke tidak frasa tersebut...jgn sesat nak menyesatkan org pula

    https://www.google.com.my/search?q=Sumbangan+kepada+Allah+&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a

    ReplyDelete
  6. Aduhhh… Makin seronok ni… Dapat kenal macam2 jenis manusia yang menganggap dema dah pandai. Baru saja aku cakap kat anon sorang lagi nun di atas sana ‘Bukalah mata dan telinga dan lihatlah dunia yang ada di sekeliling saudara. Jangan sekadar mendengar apa yang orang beritahu.’ Dan aku nak tambah sikit lagi... Ingatlah, bukan kita sorang saja ada di dunia ni. Tengoklah kiri kanan, faham apa yang dema cakap supaya dema juga akan faham apa yang kita cakap. Jangan ingat kita sorang saja yang pandai, bijak.

    Sekali lagi aku sebut 'Sumbangan kepada Allah' ataupun 'Berjihad ke jalan Allah' membawa erti yang sama, diredhai, dan dituntut. Aku bukan nak berhujah dari segi penggunaan bahasa, ayat atau pengertian kamus bagi setiap patah perkataan itu. Aku cuba menyelam maksud dan hasrat yang ingin disampaikan oleh ustaz dalam video tu, mengikut bahasa dia, loghat dia, slanga dia. Jika Anon 6:50:00 bertanya dekat ustaz tu sendiri pun aku percaya dia akan katakan perkara yang sama.

    Lagi contoh. Kamu tau maksud orang Kedah cakap ‘makan ayaq’? Orang Johor cakap ‘Dah sarap ke belum’. Orang Kelantan cakap ‘bela motor’. Orang Teganu cakap ‘mukamu macam cilakak’. Jangan ingat semua orang perlu ikut undang2 kita saja. Kita juga perlu memahami undang2 di tempat orang.

    Aku rasa Anon 5:43:00 menyangka aku orang UMNO sebab cuba menyindir PAS dengan cara dema mengutip derma tetapi dia tak faham langsung apa yang aku katakan. Kali ni Anon 6:50:00 bulat2 menuduh aku ‘penyokong taksub ajaran Pas’. Hebat! Dan Anon 6:50:00 juga ingin menunjuk hebat, bagi link konon untuk carian google. Tapi sayang, dia juga kelam kabut nak buat komen, nak hentam ‘penyokong taksub ajaran Pas’ ini hingga dia terlupa nak buat kajian yang lebih menyeluruh. Ada kamu kenal aku hingga kamu boleh buat tuduhan dan kutukan semberono begitu? Ada kamu baca komen2 aku sebelum ni?

    Kalau ada rasa KURANG, biar aku AJAR sikit... GOOGLE pulak nama aku! Dah baca dua tiga muka, datang sini balik dan tuduh atau kutuk aku. Aku tak marah ditegur atau dikutuk, tapi jangan tuduh aku membabi buta. Dan aku bukan pengecut yang berselindung disebalik Anonymous yang pasti hilang selepas buat komen bodoh.

    ReplyDelete
  7. Muhaimin Memen fitnah plok dh..
    5 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen di copy &paste drp situasi di atas, penulis berkata: "salah seorang pemimpin Pas sepertimana klipvideo tersebut ianya jelas merendahkan Allah Taala dengan mengatakan sumbangan derma itu kepada Allah sedangkan Allah Maha Kaya yang memberi rezeki kepada kita hambanya. (SIAPA LA PENULIS..BODO XLEH NK AJA..XPEHE AGAMA KE TULIS GITU..NAPOK LA JAHIL SANGAT PERTIKAI KATA2 ULAMA, MODEN JENIS PEHE LUARAN XPAHAM DALAMAN AYAT NIH)..
    5 jam yang lalu · Edited · Suka
    Atokh Ku Ale Sumbangan kepada Allah ataupun sumbangan kepada Pas, ? Allah Maha Kaya tidak perlu derma dari makhluk, Pas semakin sesat......
    4 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen ‎Atokh Ku Ale: mu pehe ko tidak sumbangan kebajikan itu gapo? itu sumbangan kepada jalan Allah..dalam maksud lain..sumbangan kpd Allah...bia pehe etek..jange jadi keling...putar2 xdok ilmu..wak sesat minda ore jas..
    4 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen ‎Atokh Ku Ale: KALU MUNG XRETI NK PEHE JGK..MESTI MUNG NI BKN ORE ISLAM..BERSELINDUNG DI SEBALIK NAMA UTK MEMUTARKAN HUJAH..G MAIN JAUH KALU XPEHE..ORE XCAYO KATO2 MUNG TU..
    4 jam yang lalu · Suka
    Atokh Ku Ale ‎1.)ALLAH MENCARUT
    2.)ALLAH SAMSENG
    3.)ALLAH DUDUK BERSILA LENDIK
    4.)NABI MUHAMMAD SAMA DGN MAT KAT KG KITA ITU HANYA SEBAHAGIAN SAHAJA,KINI TERBARU ALLAH SEAKAN MISKIN MACAM PAS DAN BERKEHENDAK KEPADA MAKHLUK BILAMANA MEMERLUKAN SUMBANGAN DAN DERMA.
    SUMBANGAN KEJALAN ALLAH ITU YG SEBENARNYA DAN BUKANNYA SUMBANGAN KEPADA ALLAH...BUKANKAH ITU ADA BEZA...
    JANGAN SUKA-SUKA MEMPERMAINKAN AGAMA DAN JUGA TUHAN SEKALIAN MAKHLUK,PERLU ADA RESERVED JANGAN SEMBRONO..
    3 jam yang lalu · Edited · Suka · 1
    Muhaimin Memen ‎4. meme betul dh sama dgn mad kg, maksud tok guru sebahagian la tu..cuma mung xpehe. weh kalu kot bahasa melayu pasar "sumbangan kejalan Allah" sama jah dgn sumbangan kpd Allah tu. cuma bahasa itu tidak lengkap kerana itu bahasa ringkas dan sama seperti bahasa org kelantan..mu jangan saloh takwil gak.
    3 jam yang lalu · Edited · Suka · 1
    Muhaimin Memen MUNG KENA BELAJA LARAS BAHASA..BARU MUNG PEHE MAKSUD..XSOH BANYOK PUTAR2 LA..
    3 jam yang lalu · Suka
    Atokh Ku Ale jika anda paham bahasa melayu , anda paham maksudnya, jika anda kurang paham bahasa melayu sila rujuk kamus dewan back to school
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen XSOH DUK AJAR CARA KAMUS LA..DALAM KAMUS ADA 1 TERJEMAHAN BAHASO.TRY MUNG CARI DALAM KAMUS DEWAN ADO KO DOK TERJEMAHAN BAHASA DIALEK KELANTAN D.S.B? SUDAH TENTU XDA. NAK BAGITAHU BAHAWA KALAU INGIN MENGANALISA BAHASA KITA JANGAN HANYA RUJUK KAMUS..KITA PERLU RUJUK PERBANDINGAN BAHASA DIALEK DENGAN BAHASA PASAR..BARU LA KITA FAHAM MAKSUD..KALU MACAM TU X RUJUK SEMUA BAHASA..SAMPAI BILA2 PUN BLURRR...INGAT TU..XPEHE LG KO
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen ‎Atokh Ku Ale: PEHE KO DOK???GAPO ARGUE LG..AKU TULUM BUKO DH MINDA MUNG NIE..
    3 jam yang lalu · Edited · Suka
    Kamal Idham Ulamak mana hok guna 'SUMBANGAN PADA ALLAH'..kawe search google tidak ada seorang pun ULAMAK diMalaysia, Indonesia menggunakan frasa sesat itu....
    3 jam yang lalu · Suka
    Atokh Ku Ale TERJEMAHAN BAHASA DIALEK KELANTAN? belah mana dielek kelantan ALLAH SAMSENG?
    3 jam yang lalu · Suka
    Kamal Idham xpayoh kecep banyok buwi mantik bodo.ore pas nih kuat bbelit,wak mari bukti ada ULAMAK menggunakan frasa berikut.."SUMBANGAN PADA ALLAH"... Muhaimin Memen
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen INI ADALAH KETIDAKTEPATAN BAHASA MUGA KITA BANYAK DIALEK..JADI MANUSIA DI PENGARUHI OLEH PELBAGAI BHSA..TP IA MBAWA MAKSUD YG SAMA..MANUSIA MEME XPAHAM..TP ALLAH PEHE
    3 jam yang lalu · Suka
    Roslan Kamarulzaman guano pakat tok leh nak terima... terang2 depan butir mata... derma ko Allah... Sesok ko tuhan ni??

    ReplyDelete
  8. 3 jam yang lalu · Suka
    Kamal Idham Dipengaruhi oleh ketamakan nak KUTIP DERMA ke?Nak mempengaruhi org supaya menderma lalu menyebut derma dan sumbangan yang diberikan itu akan diberikan kepada ALLAH...kwe napok sangat palo puok Pas nih.
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen ALLAH MEMANG SAMSENG??BETUL NIE..ALLAH SAMSENG KDP MANUSIA YG INGKAR SURUHANNYA..PEHE AYAT DEH..
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen SEP2 MUNG NIE..PALO OTOK MUNG DIMANIPULASI OLEH PUAK ANTI ULAMA..AKU XHERAN LA KALU MUNG KATO GITU..AKU TENGOK LAURAN PUN PEHE JAWAPAN MUNG...
    3 jam yang lalu · Suka
    Kamal Idham Jgn caro ko samseng lg lah Muhaimin Memen .sakni napok cerdik sngt...Adakah ALLAH perlukan DERMA..menggunakan ALLAH untuk derma Pas...menghalalkan nama ALLAH utk kristian...macam xdok rego nga buat ko puok nih...
    3 jam yang lalu · Suka
    Kamal Idham Weh derma nih bukan untuk ALLAH....tapi untuk jalan ALLAH...ada beza tuh...puok mu nih xreti beza doh ko...perhimpunan dgn demontrasi pun puok mu oyak supo..parop2
    3 jam yang lalu · Suka
    Atokh Ku Ale dah menjadi tanggungjawab kita sesama ISLAM untuk mengkritik sekiranya ada saudara kita disebelah PAS yang kurang betul. setiap kritikan tidak dikira sebagai menghina Ulamak tetapi harus rasional tak perlu taasub kepada pemimpin anda. anda akan dapat menafaatnya dan PAS akan lebih kuat lagi
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen ‎Kamal Idham:AK NK TERANG DALAM NIE PANJE..MU WI NO TALIPON MUNG BIA AKU TERANG BIA JELAS..
    3 jam yang lalu · Suka
    Roslan Kamarulzaman ‎Muhaimin Memen keng jah pah ceroh tapi hakikatnya ...0
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen PM KO AKU NO MUNG TU..BIA AKU TERANG XPO..
    3 jam yang lalu · Suka
    Kamal Idham Mu tu gong, xpayoh teranglah,buang maso jah,wak mari no mu aku helo ko mu nok tere nih Muhaimin Memen
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen MUNG NOK KRITIK PUN ATOKH..MUNG KENA KAJI..SBENARNYA MEDIA TENGOH MUTAR PALO SEP2 MUNG NIE..SB TU LA JD BLUUR..XTAHU BENAR SALOH..
    3 jam yang lalu · Suka
    Kamal Idham Aku suh buktikan ULAMAK mana hok guna frasa tuh mu xleh nok buktikan..pahtu mu nok kecep banyok gapo?
    3 jam yang lalu · Suka · 1
    Muhaimin Memen TALIPON TU..AKU PM DOH TU..
    3 jam yang lalu · Suka
    Kamal Idham PERHIMPUNAN HIJAU DGN PERHIMPUNAN BERSIH MU XRETI NOK BEZA KO...TIDOK SAMA TUH WALAUPUN SAMA DISEBUT SEBAGAI BERHIMPUN....Ni sampai ko salat berjamaah pun kato demontrasi...Gilo ko..ni hal ugama nih..bukan hal main2.
    3 jam yang lalu · Suka
    Kamal Idham pah ni aku telepon...kito debat sini dulu supaya ore dapat kelih hok mana betul hok mana saloh...sbb td napok cerdik sangat mu nih..
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen SUSAH BILA MANUSIA TIDAK FAHAM LARAS BAHASA..
    3 jam yang lalu · Suka
    Kamal Idham laras bahasa gapo..mu ngaji jurmiah ke dok?
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen XPAYOS..KITA KECEK DULU DLM TALIPON..NK DEBAT PUN PANJE SINI..TAKUT ORE XPEHE JADI SESAT ORE XPASL2
    3 jam yang lalu · Suka
    Kamal Idham alkalamu huwallafzu almurakabu almufidu bilwad'i waaksamuhu salasatun wafeklun waharfun jaaalimakna falismu yukrofu bilkhofdi wattanuwin walalifi wallami....payoh nok eja kot rumi

    ReplyDelete
  9. 3 jam yang lalu · Suka
    Kamal Idham kahkahkah...takut malu bodo...aiii td sedap sangat nekan ore...
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen ROYAK LA MAKSUD ETEK..INGAT SEMUA ORE BLH BERHUJAH PAKAI HADIS DAN KALAM ALLAH UTK BENANG BERHUJAH..TD JARANG YANG BETUL2 FAHAM SURAH2 ITU..JANGAN SALOH TAKWIL..
    3 jam yang lalu · Suka
    Kamal Idham ‎Pusaka Habib retilah jurmiah gak....wak malu kokram mu nih Muhaimin Memen ...tu bukan ayat al-quran ko gapo..sabit aku tanya JURMIAH ngaji ke dok?
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen WAK ARI NOMBO MUNG BIA AKU COL SLALU..BERLAPANG DADA..KITO BUKAN NOK BALOH PASAL UGAMA NIE
    3 jam yang lalu · Edited · Suka · 1
    Kamal Idham hahaha,jange rungsing,hok mu nok tu bulih ehhh,kito pelesai sini dulu...mu ngaji ke dok JURMIAH...mu ngaji mana,tok guru namo gapo?
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen HAHA..MAI LA NK TERANG DALAM TALIPON SEJELAS2
    3 jam yang lalu · Suka · 1

    Kamal Idham TD JARANG YANG BETUL2 FAHAM SURAH2 ITU..JANGAN SALOH TAKWIL..<<<Surah begaponamo rimau pulop mu nih Muhaimin Memen ...aduhhh paroppp..xreti sikit abuk nah matan kalu setagho nih..
    3 jam yang lalu · Suka · 1
    Muhaimin Memen MU TULIS MACAM BAHASA JAWI..TP XDOP CITATION..ORE AKAN JD SALOH PEHE CARO MUNG NIE..
    3 jam yang lalu · Suka · 1
    Kamal Idham Surah begapo terrrrr? Muhaimin Memen ...matan pun xreti mu nok perjelas gapo?perjelas2 nih nok kena mengaji bukan pukul dgn otak bodo kito...
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen COL LA AKU SELALU..KITO BINCE MOLEK..
    3 jam yang lalu · Suka · 1
    Muhaimin Memen HEHE
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen AKU NOK SUKO..DH..KALU BLAJA TINGGI..XPEHE ILMU PAYOS..BLAJA LA SJUTA TOK GURU PUN..
    3 jam yang lalu · Suka · 1
    Kamal Idham kahkahkah,agama xreti go sekaro mu nih...tapi pandai2 cuba utk berkecep hal agama.matan pun mu xngaji,nahu soraf xtahu mana xsoh duk berkeceplah semula2..ore berkecep nih dgn ilmu...
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen COL LA..NK BINCE NIE..XPEHE MANA GAK..
    3 jam yang lalu · Suka
    Kamal Idham Pahtu cerdik mu hok xbelajar ko...ore baco go lain mu oyak go lain..bunyi arab sikit mu kato surah Al-Quran selaluh..hok tu kena bodo ko puok pas tuhhh
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen WES..MU TULIS KOT ARAB TAPI MUNG XTUNJUK CITATION..NAPOK SAGAT MUNG XTAHU PEMULISAN..MU TULIS LA TERJEMAHANNYA ETEKK KALU CEREDIK GAK..

    ReplyDelete
  10. 3 jam yang lalu · Suka
    Kamal Idham kahkahkah...kalu sini pun mu xleh perjelas,mu jgn kecep banyaoklah..keh jd go lain...nok kecep wak caro kecep...bo kecep telepon baik jmp selaluh mudoh...
    3 jam yang lalu · Suka
    Khairul Fahmi btul2
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen AKU PM DH NO AKU KO MUNG..NK TENGOK SARJANA IDEOLOGI MUNG.WAK ARI NO MUNG NIA KU COL XPO..AK XSAYE PITIS..JJI BENAR
    3 jam yang lalu · Suka · 1
    Kamal Idham aku nok tahu ko mu jah,paling2 xdok pun retilah jgk basic,,,ni xtahu gapo,tukar bulehhh Quran dengan jurmiah..kalu mu tu ado basic karas bahasa ..bilo ore sebut ALKALAMU HUWALLAFZU..KALAM ITU SATU LAFAZ...MU RETI DOH...
    3 jam yang lalu · Suka · 1
    Khairul Fahmi kalu x dop kdt hello kawe deh...
    bo nk 50 ya tu kawe buleh reload la,hahahaha kedai kawe ado lakow top up gapo2 pon hehehehehehe
    3 jam yang lalu · Suka · 1
    Kamal Idham ‎0139471717 HOH NIH NO AKU..
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen KITA KCEK KOT TALIPON LA..MUGA BENDA BULES SELESAI NGA MULUT..NK JUPO XDOK MASALAH ..TP GUNA CARA BIJAK..AK XKISOH MU NGAJI BISO STARO MANA PUN..NAK TENGOK MU PEHE STARO MANO JAS,,,HAHA..
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen MU DUK JAJA NO AKU ALIK ATAS TU...TADI KATO BAGUS SANGAT..WAK PERANGAI ORE XSUKA..A AA BERAT..CAROO
    3 jam yang lalu · Suka · 1
    Kamal Idham ‎0139471717 AKU HELLO DOH KO MU..TUNGGU SEMAYE GORIB DULU WAHAI ORE BERIMAN..
    3 jam yang lalu · Suka · 1
    Khairul Fahmi nakuuuuuutttttttttttttttttt.....
    lingo putih
    3 jam yang lalu · Suka
    Kamal Idham HEHEHE...
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen SESUNGGUHNYA aLLAH BERSAMA DGN ORG2 BENAR..
    3 jam yang lalu · Suka · 1
    Muhaimin Memen HEHE
    3 jam yang lalu · Suka
    Muhaimin Memen PEACE NO WAR..
    3 jam yang lalu · Suka · 1
    Kamal Idham INSYAALLAH...MEMEY ALLAH BERSAMA DGN ORE YG BENAR...
    3 jam yang lalu · Suka · 2
    Halimunan Town GUANO TOO,,, PAROK TOO..!!! https://www.facebook.com/photo.php?fbid=381518761881181&set=a.403896729643384.104912.100000691803795&type=1&ref=nf
    MEDIA MAYA NEWs
    ‎"ALIRAN BARISAN NASIONAL"
    Oleh: Halimunan Town
    2 jam yang lalu · Suka · 1
    Khairul Fahmi acu dok diam gak hatuuuu
    lebih kurang sejam yang lalu · Suka
    Halimunan Town Yang ko dok pikul dalam pic ko tu, bendera perjuangan Islam ke...bendera perjuangan syaitan Khairul Fahmi..??? Jangan marah pulak, aku tanya jer..!!! https://www.facebook.com/photo.php?fbid=381518761881181&set=a.403896729643384.104912.100000691803795&type=1&ref=nf
    MEDIA MAYA NEWs
    ‎"ALIRAN BARISAN NASIONAL"
    Oleh: Halimunan Town
    lebih kurang sejam yang lalu · Suka
    Khairul Fahmi hahahahahaha ko x puas ahti pasal aku pikul bendera ye...
    hahahahahaha salah ker memegang bendera yang ada kalimah allah?
    hehehehehe salah ker memperjuang kan islam?
    hahahahhaha bukan aku pikul bendera pas pon kan...
    wakakakakaka pas x semestinya islam kan....ada jugak penyokong pas bukan islam kan?
    lebih kurang sejam yang lalu · Suka
    Khairul Fahmi bukan sume pungundi bee end muslim kan?
    jadi apa maslah nye dengan ko neh?
    lebih kurang sejam yang lalu · Suka · 1
    Ku Jeng Ku Pias tdak....cumenyo jarang2 skali tu lepah le etek biar gol kalu striker bn score deh...
    lebih kurang sejam yang lalu · Suka
    Ku Jeng Ku Pias smpai P.Tumbuh
    lebih kurang sejam yang lalu · Suka

    ReplyDelete
  11. Boleh saudara bagi link untuk dialog ni! TQ

    ReplyDelete
  12. saya bersetuju dengan tuan QalamQabut sebab tuan faham maksud yang dikatakan. tetapi seperti kata tuan sendiri yang membandingkan bahasa yang berbeza mengikut tempat. dikhuatiri akan disalahtafsirkan atau kurang difahami oleh orang-orang yang mendengar. saya seorang yang jahil dan kalau salah tolong betulkan. bukankah diciptakan tuhan setiap manusia itu berbeza-beza rupa, akal fikiran dan bermacam lagi. semoga semua yang mendengarkan akan memahami seperti apa yang tuan fahami

    ReplyDelete
  13. Saudara Anon 12:08 bertanya: sejauh mana kita dapat selami maksud yang diperkatakan oleh seseorang yang kita tak kenal, apa lagi bila bahasa, loghat, latarbelakang dan lokasi berbeza? Apa lagi bila saudara (mungkin juga saudari) hanya Anonymous, entah dari mana, apa fahaman politik, sedangkan saudara sedikit sebanyak sudah mengenali saya. Saya terpaksa terima kehadiran saudara dengan hati yang terbuka, ingin berkongsi ilmu seperti dalam pertanyaan saudara. Saya tidak boleh berburuk sangka, membuat andaian atau prasangka. Saudara juga harus terima dengan hati terbuka apa yang akan saya perkata, walaupun mungkin terasa tersindir jika saudara penyokong PAS atau PR. Saudara kena cuba selami pendirian saya, cuba fahami apa yang saya cuba sampaikan. Itu asas utamanya. Semakin lama kita berkomunikasi, semakin kita mengenali antara satu sama lain, semakin fahamlah akan maksud apa yang kita perkatakan, baik yang tersurat maupun yang tersirat.

    Kita diberikan otak untuk berfikir, menilai dan menimbang, dan juga membuat keputusan. Gunakan sebaiknya. Sebagai manusia kita cenderung kepada perkara2 kebaikan, kedamaian, kesejahteraan; tumpukan kecenderungan saudara ke arah situ dulu untuk membuat penilaian. Lebih baik saudara tersalah anggap bahawa saya baik dari tersalah anggap saya jahat. Kebenaran akan terserlah juga akhirnya.

    Hubungi saya di gmail jika masih minat berbicara.

    ReplyDelete
  14. BAYARAN BALIK WANG TAK DITUNTUT DIJANGKA MENINGKAT RM95 JUTA TAHUN INI..KHAMIS, 04 DISEMBER 2008 12:00 AM

    KUALA LUMPUR: Jumlah bayaran balik wang tak dituntut (WTD) dalam simpanan Pendaftar Wang Tak Dituntut kepada pemilik dijangka meningkat sehingga RM95 juta pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

    Pada tahun lepas, katanya RM58 juta WTD telah dibayar balik kepada empunya berbanding RM15 juta pada tahun 2002.

    "Melalui usaha berterusan yang dilakukan kerajaan, ramai pihak yang menuntut berjaya memperolehi wang mereka kembali," katanya di sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

    Sehingga Oktober 2008, seramai 51,000 orang telah memperolehi wang tersebut, meningkat daripada 46,000 orang pada tahun 2007 dan 42,000 orang pada 2006.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan SENATOR DATUK YIP KUM FOOK(MCA Gombak) yang ingin mengetahui jumlah WTD yang terkumpul oleh pendaftar dan apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk mengesan pemilik WTD ini.

    Ahmad Husni berkata jumlah WTD yang diterima setiap tahun oleh pendaftar menunjukkan peningkatan yang ketara apabila tempoh WTD selama setahun sebelum sesuatu wang yang tak dituntut perlu diserahkan oleh syarikat atau firma kepada pendaftar dimansuhkan melalui pindaan Akta Wang Tak Dituntut berkuatkuasa 1 Jan, 2003.

    Pada tahun 2006 dan 2007, katanya jumlah WTD yang diterima oleh pendaftar terus meningkat dengan kadar yang tinggi apabila banyak sekuriti tak dituntut diserahkan ke dalam Akaun Depositori Pusat Menteri Kewangan telah dijual dan hasil jualan dibayar kepada pendaftar sebagai WTD.

    Jumlah WTD dalam simpanan pendaftar sehingga 31 Dis 2007 adalah sebanyak RM2.85 bilion.

    Ahmad Husni menjelaskan bahawa pendaftar, selaku pemegang amanah sentiasa berusaha membantu orang awam yang menghadapi masalah dalam semakan WTD di syarikat dan firma berkenaan.

    "Orang ramai boleh mengemukakan pertanyaan melalui kaunter pejabat pendaftar atau panggilan telefon atau secara bertulis serta melalui internet," katanya.

    Kerajaan pada tahun 2006 telah membangunkan Sistem Kewangan dan Pengurusan Perakaunan Kerajaan di bawah kawalan Jabatan Akauntan Negara untuk menyimpan rekod WTD yang diserahkan oleh syarikat dan firma sejak tahun daftar 2005. BERNAMA

    * SENATOR DATUK YIP KUM FOOK tidak perlu bertanya apa-apa kerana dia ditipu ramai orang di Kepong dan juga playboy di mana-mana, dia sangat jahat, sekarang ramai orang tahu apa yang dia lakukan

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...