AL-FATIHAH - TOKOH ULAMAK KELANTAN USTAZ YA KEMBALI KE RAHMATULLAH

PAS hari ini kehilangan murabbi dan juga tokoh dakwah yang disegani, Datuk Ustaz Yahya Othman yang meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi di kediamannya di sini.

Menyorot latar belakang beliau, ketika dalam parti, Allahyarham merupakan bekas ahli Majlis Syura Ulama’ (pernah jadi setiausahanya yang pertama) selain pernah menjadi AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Ulama’ PAS Pusat.

Beliau juga pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun.

Di dalam kerjayanya pula, beliau pernah menjadi pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihanraya tahun 1978.

Pada pilihan raya 1990 beliau menang bertanding dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN Negeri Kelantan.

Beliau juga seorang pendidik yang gigih dan merupakan Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (Kias), pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur dan lain-lain lagi.

Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah.

PAS sebelum ini menobatkan beliau sebagai Murabbi PAS sepanjang zaman.

Difahamkan solat jenazah akan diadakan di kediaman beliau jam 9 pagi esok. - Harakah

Al-Fadhil al-Syeikh al-Murabbi al-Ustaz Dato’ Yahya Uthman dari kacamata Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin

Saya pergi ke Machang menziarahi guru lama saya al-Fadhil al-Syeikh al-Murabbi al-Ustaz Dato’ Yahya Uthman. Beliau merupakan bekas exco Kerajaan Kelantan. Seorang yang terkenal dengan kesungguhannya dalam tarbiyyah atau asuhan diri dalam PAS.

Pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam parti itu. Ustaz Yahya terkenal dengan bahasa Arabnya. Pendek kata lebih fasih arab daripada melayunya. Bicaranya, bicara dakwah. Ceritanya cerita dakwah. Seakan Allah menciptanya untuk tugasan itu. Apa tidaknya, beliau anak didik banyak tokoh-tokok ilmu dan dakwah termasuk al-Syeikh Yasin al-Fadani, al-Syeikh Mustafa as-Siba’i dan ramai lagi.

Saya kenal Ustaz Yahya sejak saya menjelang usia 20-an. Semasa saya berkursus bahasa Arab untuk keluar negara di Nilam Puri. Saya mencari guru untuk mempelajari ilmu tambahan. Alhamdulillah, itulah yang sering saya lakukan sehingga kini setiap kali ada kesempatan. Ustaz Yahya aktivis PAS yang terkenal dalam kalangan anak-anak muda yang cintakan tarbiyyah dalam parti itu.
Saya berusrah dengan beliau di Dewan Zulkifli, membaca buku Baina al-Qiyadah wa al-Jundiyyah ‘ala Tariq al-Da’wah (Antara Pimpinan dan Petugas Atas Jalan Dakwah) karangan Mustafa Masyhur. Saya masih ingat buku saya ketika itu hanyalah buku potostat, kerana sukar untuk mendapatkan buku asli dalam teks arabnya. Kami potostat dari buku beliau. Semasa itu kadang-kala saya ke rumah beliau, menumpang beliau ke program dan seumpamanya. Itu cerita hampir dua puluh tahun lepas.

- Perginya seorang Ulamak yang mulia, Allahyarham adalah seorang tokoh yang disegani dengan kealiman dan kezuhudannya, Gk sangat mengenali insan ini dan dikahir usia, penglibatan Allahyarham didalam Pas sedikit pudar tidak sepertimana dahulu.

Kealiman dan kezuhudannya tidak dapat dinafikan oleh kawan mahupun lawan, disebabkan itu jugalah Allahyarham tidak sepopular Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Allahyarham tidak menjawat jawatan tinggi didalam Pas, jika diukur dari segi alim dan zuhudnya Allahyarham dengan Timbalan Presiden Pas ia boleh diibaratkan langit dan bumi.

Alfatihah al-Fadhil al-Syeikh al-Murabbi al-Ustaz Dato’ Yahya Uthman

1 comment:


  1. Bismillahir Rahmanir Rahmanirahim

    https://keep.line.me/s/e3CDyq3Xh6tfeqo-Q1f-HigFRyCYa00QAvqdfwTEsuI


    Salam dan renungan

    Web: almawaddah.info

    Kepada;

    Para rektor universiti, para akademik dan para mufti yang dihormati.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan

    Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan.

    Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?

    Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

    Terima kasih dan 'afwan.

    Daripada;

    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.







    ...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...