WWW 1 - DR ASRI JAWAB ISU KRITIKAN

Saya terlambat ikuti perkembangan isu di Malaysia. Saya dimaklumkan bahawa ada isu tentang istana tertentu membida nombor kereta sehingga lebih RM 500,000.

Saya juga dimaklumkan bahawa ada yang telah kritik isu ini. Saya tidak tahu pendetilan isu tersebut. Saya tidak tahu siapa yang patut dipersoalkan.

Cuma, apabila ada yang bertanya dalam Twitter, saya jawab secara umum bahawa ‘JIKA' golongan istana tidak boleh dipertikaikan bererti rakyat telah mempertuhankan mereka.

Ini kerana hanya Tuhan sahaja yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia. Saya tweet hal itu secara umum tanpa ditujukan khusus kepada sesiapa.
 
Ada yang cuba menjadikan tweet itu khusus kepada isu berkenaan. Sebenarnya tidak. Ada pula yang menyunting rakaman ucapan saya dalam isu lain yang dah lama semasa saya masih di Malaysia, lalu dikaitkan dengan isu berkenaan.

Itu pun tidak betul. Saya tidak tujukan kepada peribadi, tetapi kaedah yang umum. Saya juga setuju, menegur pemerintah ataupun raja dalam isu peribadi memerlukan bahasa yang sesuai dan berkesan. Kritikan hendak membina (constructive criticism). Namun hak menegur tetap ada.

Saya mungkin tidak bersetuju dengan isi sesuatu kritikan. Bahkan saya mungkin menentang pengkritik itu sendiri dalam isu-isu yang lain.

Namun saya berpegang bahawa seseorang rakyat itu selagi dia menggunakan bahasa yang wajar dan hujah yang betul, tidak wajar untuk dia dihukum kerana mengkritik.

Mana-mana pihak yang menghalang orang mengkritik golongan bangsawan sekalipun dengan bahasa dan cara yang betul, adalah golongan feudal yang tidak wajar menguasai politik masa kini.
Adakah sesiapa dalam kalangan pemerintah kita yang lebih mulia, hebat dan gagah dari Saidina ‘Umar bin al-Khattab? Beliau pernah ditegur, namun beliau tidak menghukum pengkritiknya.

Khalifah Umar bin al-Khattab suatu hari pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai manusia dengarlah!"

Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: "Kami tidak mahu dengar."

Lantas Umar bertanya: "Kenapa wahai Salman?"

Jawabnya: Engkau berikan kami semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai."

Kata ‘Umar: "Jangan tergesa-gesa wahai Salman."

Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah.

Kata Umar: Aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku."

Jawabnya: Ya!

Maka kata Salman: "Sekarang kami akan dengar". (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).
Tiada hukuman pun, sedangkan itu ‘Umar bin al-Khattab. Apakah kita merasakan bahawa ada pihak yang lebih mulia dari Nabi SAW dan para al-khulafa ar-Rasyidin.

Nabi SAW sendiri pernah dipersoalkan beberapa tindakan baginda seperti tentang isi perjanjian Hudaibiah yang baginda meterai.

Baginda tidak menghukum pengkritik. Sedangkan baginda seorang nabi. Siapakah yang merasakan lebih mulia dari baginda?

9 comments:

  1. Bagaimana dgn isu sultan perak dulu dan ditulis dalam utusan pula.Jika kita seru blogger bertanggungjawab,diri sendiri kena lebih lagi!Menulis jgn ikut perasaan,sentimen n agenda...atau guna pendekatan helah bela diri bila rasa tersepit!

    ReplyDelete
  2. Dr MAZA tak faham isu sebenar tapi dia pandai2 nak ulas...skrg bkn soal pemerintah tidak boleh ditegur dan dikritik...tp...isu yg sebenarnya adalah Nizar memfitnah Sultan Johor membazir duit rakyat.Ini bukan soal kritik atau tegur..tapi soal tuduh tanpa usul periksa. Kalau betul Sultan Johor bida nombor plat pakai duit elaun kerajaan bagi..ikut la nk kritik dan tegur pun. Tapi duit dia sendiri...terpulang pd baginda la.Ni pandai2 plk Dr MAZA pusing2 ckp...kalau Raja xboleh ditegur umpama mcm Tuhan.Kalau kes Nizar beli toyota camry guna duit kerajaan...tu yg patut dan wajib dikritik...

    ReplyDelete
  3. sultan johor tak marah pun bila dikritik, masalahnya nizar tu memfitnah. harap ikuti dulu masalah sebelum buka mulut, itu pesanan tmj. bukan untuk nizar saja. ditakuti akan menyebabkan fitnah jadi halal pulak. terimakasih kpd sultan johor kerana membida nombor tersebut.semoga m;sia bertambah makmur punya sultan berjiwa rakyat. kpd nizar sultan bukan org politik, tak pyh nak politikkan beliau

    ReplyDelete
  4. Kalau sultan bida RM1 juta lagi bagus, banyak lagi duit masuk kepada kerajaan. Itu menunjukkan sultan murah hati untuk menderma duit kepada kerajaan (baca rakyat).

    ReplyDelete
  5. KOnon nya nak tunjukkan jaguh lah tanpa selidik isu sebenar..macam mana pula Sultan nak jadi tuhan..Ustaz ni kena bertaubat lah..bila dah tersepit maka kleuarlah semua cerita sahabat sahabat nabi.. cuba nak pusing pusing..pigi dah..faham isu dulu barulah kritik itu barulah nama orang yang berilmu.

    ReplyDelete
  6. Sultan Johor hanya ambil satu no plat sahaja tetapi memberi RM 520,000 kepada JPJ @ Kerajaan @ rakyat ..itu bukannya membazir.. fikir2 kan lah!

    ReplyDelete
  7. tak payah la nk begaduh hal macm ni....sultan tahu apa dia buat...baik kita pikir macam mana nak tutup bukit bintang...mkn ramai melayu islam duk buat maksiat...pikir nk ramaaikan orang kat masjid lagi bagus...ni duk begaduh pasal hal2 dunia je....ingatlah semua...hidup hanya sementara

    ReplyDelete
  8. Kepada Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang hormati sekian,
    Bahawa saya, peguam Yip Jiun Hann, Pemuda MCA Gombak seorang anak Yip Kum Fook ingin bertanya mengapa orang ramai begitu dengki bapa saya beristeri lebih dari tiga? Ini sebuah Negeri demokrasi, dia mahu sepuluh isteri pun hak dia sendiri, sekiranya dia bolih bertanggujawab.

    Demi Islam pun bolih berkahwin lebih daripada empat perempuan. Saya harap orang ramai berfaham dan jangan bodoh.

    Kalau semua mahu cabar demokrasi dan hak asasi, orang ramai bolih bertanya pada YB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak and Pengurusi MCA Malaysia Datuk Dr. Chua Soi Lek, kerana memperbuatan mereka sama dengan bapa saya.

    Yang benar

    Pemuda MCA Gombak
    Sdr. Yip Jiun Hann

    http://margeemar.blogspot.com/2012/06/malaysia-between-les-majeste-treason.html

    REPLY:

    Anon 19:31 @Yip Jiun Hann. saya pekenal saya diri sendiri nama seorang lawyer jugak Marapoo a/l Tanyasapa. Ini orang Malaysia juga ada busybody takdak mau respeck sama demokrasi dak hak-hak kemanusiaan. Saya punya appa juga ada kawin 9 kali estet juga buat. Itu saya punya appa kasi bilang ini Malaysia duduk banyak freedom apa..India, Cina , Malayu juga boleh kasi kawin.Tapi itu Islam kasi kawin Ampat saja Mr.Yip, takda kasi lebih. Tuhan Alah cakap dalam Kitab Kuran kasi kawin satoo,duaa,tigaa, ampaaat. Tapi itu jam kaloo takda bole kontrol mari, angkat satoo jugak Mr Yip. You itu jam angkat Loyer mana ounya tempat?? Univesiti TonSan mana?? Mr.Yip itu main belakang mari pun sini undang2 Malaysia takda kasi macam isteri juga. Itu main banyak2 belakang nanti tabley kira macam you punya bapak loo. Ayoo yoo dey

    http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/07/kebodohan-suara-keadilan-persoal-kenapa.html

    ReplyDelete
  9. wahai semua penganut agama Buddha,

    YIP KUM FOOK (MCA Gombak) adalah kesilapan yang paling besar kerana dia menghalau sami dari Kuil Buddha (SAMNAK SAMBODHI) Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur ... dia tidak tahu bahawa kuil itu diasaskan oleh Sami Buddha ini, dia hanya menjadi presiden kuil, dan sekarang ramai orang bercakap tentang apa yang dia lakukan dengan Sami Buddha.

    Buddha adalah 2500 tahun yang lalu tetapi tidak pernah mendengar yang baru seperti itu, dia boleh berbuat seperti itu, semoga anda menghina dan memberontak kepada Buddhisme dan anda adalah relatif dan memusnahkan Buddha dalam kehidupan terdahulu... anda adalah jawatankuasa kuil tetapi tidak pernah tahu tentang ajaran Buddha sama sekali, jika anda tahu apa yang Buddha ajar, anda tidak akan melakukan perkara sedemikian atau perkara tersebut

    YIP KUM FOOK (MCA Gombak) dan pasukan dia sangat gembira kerana mereka berjaya mengeluarkan Sami Buddha dari kuil Buddha tetapi anda tidak tahu apa yang akan berlaku di belakang, semua yang anda(mereka) lakukan akan tercatat dalam fikiran orang dan semuanya tidak dapat dipadamkan dari fikiran orang

    kini kuil menjadi tempat pembuangan malang olih jawatankuasa, dan juga ramai penganut yang mengetahuinya, jadi penganut cina tempatan tidak berjalan di kuil, hanya penganut Myanmar sahaja yang masuk, mereka masuk kerana Sami Buddha Myanmar bermastautin di kuil.. jawatankuasa kuil mengupah mereka untuk menjaga kuil

    Rakyat Desa Jaya, Kepong

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...