CERDIK KE KHALID ISMATH NI ?

SHAH ALAM - Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath, yang kelmarin digantung tiga semester, mahu mencabar keputusan pusat pengajian tinggi itu di mahkamah.

Khalid berkata, beliau mahu mencabar penggunaan peruntukan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 oleh UiTM dalam mengenakan tuduhan ke atasnya.

Khalid, 22, dibicarakan Jumaat lalu oleh Lembaga Tatatertib UiTM dan dijatuhkan hukuman digantung pengajian selama tiga semester bermula sesi akademik September ini.

Sebahagian tuduhan ke atas itu berkait dengan tindakannya ketika demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Saya akan teruskan perjuangan saya di mahkamah agar Akta 174 ini (Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976) dimansuhkan. Sama seperti perjuangan mahasiswa untuk hapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) satu ketika dulu,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Dua tahun lalu, empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membawa kes mereka ke mahkamah dengan mencabar Seksyen 15 Auku.

Keputusan mahkamah memihak kepada keempat-empat penuntut itu dan kerajaan sedang membuat rayuan.

Malah keputusan itu juga telah menjadi titik tolak kepada pindaan Auku baru-baru ini, sekali gus membolehkan pelajar-pelajar aktif berpolitik.

Pindaan itu dituntut oleh kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang.

Sehubungan itu Khalid berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pada Selasa ini.

“Saya mempunyai rancangan saya sendiri. Bagaimanapun segala keputusan akan dibuat sebulat suara bersama SMM terlebih dahulu. Saya perlu bincang dan keputusan akan dibuat bersama ahli SMM,” katanya.

Beliau juga merasakan keputusan Jumaat lalu berat sebelah kerana percaya masih ramai lagi mahasiswa UiTM lain yang aktif berpolitik tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan.

Khalid, mengikut tuduhan pertama, didakwa tidak hadir kelas selama dua minggu berturut-turut dan dikenakan hukuman tidak dibenarkan mengambil peperiksaan dalaman semester ini manakala di bawah tuduhan kedua pula, Khalid didakwa menerbitkan unsur-unsur ugutan menerusi Facebook. Selain itu, Khalid juga dituduh menghina isteri Perdana Menteri.

Di bawah tuduhan kedua dan ketiga, Khalid dikenakan hukuman masing-masing membawa hubung digantung pengajian satu dan tiga semester. Hukuman itu berjalan serentak.  -Sinar Harian



Gk - Khalid nak cabar ke nak apa ke teruskanlah, tapi biarlah padan dengan diri tu, kalau belajar pun pointer setakat cukup-cukup makan tak payahlah nak berlagak sangat, Negara kita ni dah berapa ramai dah melahirkan cerdik pandai hasil dari sistem yang diguna pakai pada hari ini.

So tak payahlah nak terlebih cerdik untuk cari publisiti diatas kelemahan diri kita sendiri, tuntutan apapun kita kena tengok kepada majoriti bukan ikut sedap kita jer, hal politik dan pentadbiran negara perlu dipelajari secara telus bukannya dipelajari dengan pembangkang, kalau belajar dari pembangkang habislah semua benda akan dibangkang...Anda Mampu Mengubahnya

5 comments:

  1. Apa lagi yg mamat ini mau ?

    ReplyDelete
  2. pi lah belajar luar negara,,,,,suruh pkr n dap taja kau belajar kat sana,,,kat malaysia bagi bikin susah semua pihak je,,,,lahanat betul mahasewel ni....pointer takat cukup makan nak berlagat...habis belajar keja dia buat demo je kat malaysia ni,,,haram jadah ,,,

    ReplyDelete
  3. berapa banyak goverment loss biaya study budak ni..ada ramai lagi anak kampung yang susah, yang betul2 berminat belajar..rugi lah wahai Melayu..sudah di beri peluang anda tidak tahu bersyukur..

    ReplyDelete
  4. Ilmu tak tinggi mana ... Belajar pun belum tamat .

    ReplyDelete
  5. dia tak puas hati sbb kena gantung je, dia lg suka klu kena buang terus, maklumla org malas belajar, kena gantung bila hbs tempoh kena belajar balik, itu yg dia tak nak...klu kena kick terus dr UITM dah xpayah nak belajar lagi...ini contoh mamat yg jd pengikut setia mat sabu, otak masing2 kat lutut...sbb tu mat sabu lg sanggup cedera di kepala dr cedera dilutut sbb otak dia kat lutut sama mcm mamat ni...sudah la..yg pasti ko seorang PEMALAS...itu je sebenarnya...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...