Media jurubicara Umno mendedahkan kebebalan mereka berkenaan hukum Islam dan mendedahkan kejahilan pemimpin utama mereka sendiri, seterusnya mendedahkan ada di kalangan tokoh agama termasuk berjawaan mufti, bahawa roh dan jasadnya bersama Umno. Paling malang dan menjadi lebai malang ialah kalangan yang jahilnya murakkab, tidak mengenali ilmu usul feqah dan maqasid syariah.
PAS tetap berpegang kepada ajaran Islam yang tidak memisahkan politik daripada agama Islam, walaupun politik tidak termasuk dalam rukun Islam seperti ibadah haji dan tidak termasuk rukun iman. Begitulah juga wajibnya menutup aurat dan menjelaskan hutang sesama manusia,
perkara ini tetap wajib ditunaikan serta-merta, walaupun tidak dimasukkan secara sebutan dalam rukun Islam. Para ulama menegaskan bahawa perkara-perkara yang tidak disebut dalam rukun itu, tetap termasuk dalam rukun pertama dua kalimah syahadah dan tidak boleh dipisahkan daripada mana-mana rukun iman.
Dalam perkara wajib, para ulama usul fiqh bukan sahaja membahagikan kepada fardu ain dan fardu kifayah. Perkara wajib juga dibahagikan dari segi kesesuaian kadar waktu menunaikannya, sama ada wajib disegerakan, tidak boleh ditangguh, yang dinamakan wajib mudoyyaq seperti puasa Ramadhan dan sembahyang di akhir waktu.
Ada juga wajib yang boleh ditangguh kerana luas waktunya dan tidak berdosa menangguhkannya seperti haji dan sembahyang wajib yang lama masanya di awal waktu. Perkara ini dinamakan wajib muwassa'.
Apabila bertembung dua perkara yang sama wajibnya, maka didahulukan kepada menunaikan wajib mudoyyaq seperti wanita kematian suami yang wajib menunaikan idah berada di rumah dalam masa beberapa bulan yang ditetapkan oleh Al Quran, dalam masa yang sama dia berharta dan mampu menunaikan haji kali pertama yang wajib dan menjadi rukun Islam.
Hukumnya hendaklah menunaikan idahnya terlebih dahulu, wajib berada di rumah kerana wajibnya mudoyyaq dan menangguhkan haji kerana wajibnya muwassa'. Walaupun perkara idah tidak termasuk dalam rukun Islam.
Begitu juga dengan seseorang yang cukup duitnya menunaikan haji, dalam masa yang sama dia berhutang dan diminta membayar segera, maka hendaklah membayar hutangnya terlebih dahulu atau keluarga wajib diberi nafkah, maka tunaikan nafkah dengan cukup terlebih diutamakan walaupun perkara-perkara tersebut tidak termasuk dalam rukun Islam.
GK - Soal ada dan tiada didalam rukun itu kita faham, berkhitan tidak ada dalam rukun tapi semua kita berkhitan, namun bukan begitu yang dimaksudkan. Wajib Tutup aurat dan membayar hutang adalah jelas hukumnya tanpa ada kesamaran, dan wajib itu bukan untuk dibanding-bandingkankan yang mana lebih besar sehingga memperlihatkan ibadat haji itu kecil nilainya.
Tangguh ibadat haji kerana Wajib pangkah atau undi Pas tidak disebut didalam Al-Quran dan Hadis, ini berbeza sama sekali dengan wajib menutup aurat dan membayar hutang. Pemimpin Pas bukanlah dikalangan pemimpin yang bercirikan ciri Islam sebaliknya hanya bertopengkan Islam dan bukan kewajipan rakyat untuk memilihnya.
Dasar perjuangan Pas juga tidak jelas hujung jatuh perjuangannya, lebih sangsi bilamana bergabung kuasa dengan DAP yang mempunyai ciri-ciri yang boleh mendatang mudarat kepada umat Islam.
Seterusnya, apakah wanita dalam idah, seseorang yang mempunyai hutang dan juga belum cukup memberi nafkah kepada keluarga itu ditakrif sebagai 'MAMPU' dan WAJIB keatasnya, macammana boleh kata bertembung dua perkara wajib sedangkan syarat MAMPU itu belum cukup keatas mereka.
Jika seseorang itu masih berhutang apakah ia disebut sebagai 'berkemampuan' dan wajib untuk menunaikan haji ? Begitu juga dengan nafkah, jika nafkah untuk keluarga pun tidak cukup sudah tentu ia tidak mampu dan TIDAK WAJIB keatasnya menunaikan haji, jika begitu pastilah membayar hutang dan memberi nafkah itu adalah wajib dan menunaikan haji pula adalah sebaliknya.
Isunya sekarang adalah sangat tidak wajar dan biadap sekali dengan menyatakan secara terbuka bahawa ibadat haji itu boleh ditangguhkan seakan-akan memperkecilkan rukun Islam kelima itu berbanding pilihanraya. Secara tidak langsung umat Islam akan semakin leka dengan tidak memandang berat mengenai ibadat haji ini dan semakin hari akan melupakan pengorbanan Nabi Ibrahim AS . Anda Mampu Mengubahnya.. Bersambung....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.