AWANG ADEK DICABAR TUNAIKAN HAJI POLITIK

Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad mencabar Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin supaya menunaikan haji walaupun pilihan raya diadakan serentak dengan musim haji tahun ini, 
Tambahnya, Awang perlu buktikan beliau lebih pentingkan haji dari politik jika dengan berbuat demikian.

Sebelum ini, Awang dalam satu kenyataannya semalam menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta calon Pas terpilih dalam pilihan raya menangguhkan ibadah haji sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, tindakan Tuan Ibrahim itu membuktikan Pas meletakkan kepentingan politik mengatasi agama.

Awang Adek berkata, pemimpin Pas dilihat mengetepikan kepentingan agama kerana cuba menangguhkan bakal haji menunaikan rukun Islam kelima itu.

"Kalau calon itu meninggal dunia tidak sempat pergi Makkah, siapa tanggung dosa? Adakah Tuan Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nak tanggung dosa ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Terdahulu, Tuan Ibrahim meminta calon Pas, wakil calon dan pengarah pilihan raya Pas menangguhkan pemergian mereka ke Mekah jika pilihan raya diadakan pada musim haji.

Lihatlah wahai insan bilamana pemimpin yang dikatakan terlalu kuat mendokong perjuangan Islam itu berkata-kata, benarkah begitu perjuangan Islam yang sebenar ?, soal ibadat pun sudah timbul cabar mencabar, apakah ibadat yang ikhlas kerana Allah itu terhasil dari sahutan cabaran tersebut ?

Pemimpin Pas tidak usahlah mengheret pemimpin Umno untuk turut melakukan ibadat politik  yang tidak ikhlas dan bersifat riak atau nak menunjuk-nunjuk begitu. Rosak amalannya jika melakukan sesuatu itu niatnya kerana selain daripada Allah.

Umum mengetahui sikap dan pemikiran pemimpin Pas didalam melakukan sesuatu ibadat itu jelas untuk menunjuk-nunjuk, jika tidak masakan ada dikalangan pemimpin Pas yang mencabar pemimpin Umno untuk melakukan ibadat Haji, so jika pemimpin Umno itu sahut lalu pergi menunaikan haji apakah ia akan pulang dengan membawa kemegahan bahawa dia benar pejuang Islam...atau bagaimana?...
Ikhlaslah didalam melakukan amal ibadat itu dan bukannya melakukan amal itu untuk mendapat simpati politik, solat dah politik, ni haji pula politik, kerana politik, tunaikan haji pun dicabar untuk bukti politik, dan itu tidak salah kerana Mursidul AmPas sudah menjelaskan yang segala-galanya adalah politik, cuma terpulang kepada anda untuk menilainya...Anda Mampu Mengubahnya..

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...