TARIKH PRU 13 - NAJIB JAWAB MUDAH SAJA

KUALA LUMPUR – Tarikh pilihan raya umum (PRU) bergantung pada ketetapan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kuasa budi bicara untuk menetapkan bilakah tarikh pilihan raya itu dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan selagi ia tidak dipinda.

“Itu sistem kita melainkan kita ubah sistem perlembagaan negara kita yang membenarkan perdana menteri pada masa berkenaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen tetapi tidak lewatdaripada lima tahun.

“Itu peruntukan perlembagaan. Selagi kita tidak ubah perlembagaan, kita tak boleh kata perlu buat (pilihan raya) lebih awal atau sampai penghujung (penggal) sebagai satu ketetapan,” katanya kepada para pemberita dalam sidang akhbar selepas selesainya mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini pada Jumaat.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Khamis yang berkata beliau sedia mencadangkan agar PRU hanya akan diadakan selepas berakhirnya penggal lima tahun pemerintahan mana-mana kerajaan.

Najib berkata: “Semua orang ada hak untuk beri pandangan masing-masing, tidak ada apa-apa yang menyekat kita untuk adakanpilihan raya lebih awal atau sampai habis tempoh sesuatu penggal.”

Mengikut Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen perlu terus berjalan selama lima tahun daripada tarikh mesyuarat pertamanya dan terbubar selepas tempoh itu.

Nazri secara peribadi berkata, beliau percaya Ahli Parlimen sepatutnyaberkhidmat sepenuh penggal kerana rakyat memilih wakil mereka bagi tempoh berkenaan.

“Saya fikir tempoh lima tahun bermakna wakil rakyat perlu berkhidmat dalam tempoh itu sebelum PRU diadakan semula,” kata Nazri lagi ketika berucap di Dewan Rakyat pada Khamis. (Mstar)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...