DEMONTRASI GANAS - PERBEZAAN SEDAR VS TEAM "R" DAN INI HASILNYA...

Perhimpunan ganas yang dianjurkan oleh dua kumpulan semalam masing-masing mendapat faedah disebaliknya. Sangat mustahil untuk dikatakan tidak mendapat apa-apa darinya, kalau makan nasi dapatlah kenyangnya, kalau makan batu permata itulah bukti adanya telur rakyat Kelantan yang sebelum ini cuba dipertikaikan keberadaannya.

Melakukan sesuatu perkara tanpa melihat kepada kesan dan faedahnya bukan cara yang baik dalam politik hari ini, syabas kepada Pas Kelantan menerusi NGO TEAM "R" kerana hasilnya cukup besar didalam penyertaan mereka pada perhimpunan semalam.

Hasil dari perhimpunan semalam mereka sedang hangat mengisukan hal yang berlaku sehingga menyebabkan  pendarahan kepada salah seorang ahli kumpulan mereka, biarpun luka yang tidak seberapa tapi mereka cukup hebat memanipulasinya. Apakah tidak ada KPI dari perhimpunan yang dianjurkan oleh kumpulan satu lagi..
Perkara yang dituntut sudah tidak timbul lagi, apa yang timbul adalah seperti gambar-gambar yang dilampirkan itu. Maka jika dilayan jenuhlah nak menjawabnya, mungkin semalam hari Selasa sekolah-sekolah di Kelantan cuti Umum kerana perhimpunan ini dan berkeliaranlah kanak-kanak riang disitu.

Isu yang dah sediaada ni pun banyak tak terjawab lagi nak ditimbulkan isu yang baru ? Dengar cerita ramai dah yang rasa letih sekarang ini, kalau letih tu tidur jerlah...

Gerakan Pas di Kelantan sangat hebat, kurang 5 jam selepas perhimpunan ganas semalam, pelbagai isu ditimbulkan oleh mereka dan ianya senang sahaja untuk didapati kerana bebas bermain diruang-ruang sembang Facebook, Blog, Tweeter dan sebagainya.

Gk juga tidak terkecuali hanya menerima maklumat menerusi penceritaan mereka sahaja. Sudah pasti penceritaan itu sangat berpihak kepada mereka, cuba untuk mencari berita dari kumpulan satu lagi namun iklan perbesarkan diri sendiri sahaja yang sedang berlegar-legar tanpa menjawab isu yang ditimbulkan oleh puak Pas.
Bila buka blog pro kumpulan SEDAR untuk dapatkan maklumat dari mereka, hampeh, cerita copy paste dari blog ini juga yang di spin mereka, so masihkah nak bercakap pasal TUKAR dan BN akan menang di Kelantan ?, tak payahlah buat busuk mulut jah...

Semasa perhimpunan juga kumpulan TEAM "R" dilihat lebih banyak berkongsi microphone dengan beberapa wakil NGO termasuk mahasiswa, lebih dari 5 orang wakil-wakil NGO berucap untuk lebih menampakkan kemantapan mereka berbanding kumpulan satu lagi yang suka kulum mic sepanjang masa.

Sebagai blogger bebas yang tahap mencacainya tidak berada pada tahap kritikal yang mana bertepatan dengan kehendak golongan atas pagar untuk mengetahui isu yang sebenar maka inilah cerita yang sebenarnya...Bukan kerana Pas itu baik dan BN itu tidak baik, tapi kerana pencacai BN itu selfish mengampu dan pencacai Pas pula................Anda Mampu Mengubahnya.........

"Itu hanya sebahagian kecil sahaja dari gambar-gambar peristiwa perhimpunan semalam, kalau video penuh ia lebih memalukan".

1 comment:

  1. PLEASE ALL MCA MEMBERS FAR FROM YIP KUM FOOK! 请远离马华党员 叶金福! 敬爱的马华公会中央领导層, 现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维. 除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐. This Datuk is very bad like a dog; everyone has to send any message to the King(Agong) because it is a shame for the whole of Malaysia to be called Datuk By Ng Swee Huat, Kepong Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure

    Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...