HIMPUNAN HIJAU RAMAI KERANA DIUPAH - TUN MAHATHIR

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gentar dengan dakwaan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk mendedahkan apa yang dikatakan skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, Kit Siang boleh berbuat apa sahaja sekarang juga untuk membuktikan berlakunya skandal kewangan sepanjang pemerintahan beliau.

"Dia (Kit Siang) boleh buka apa-apa fail, sekarang pun tak apa. Nak bawa saya pergi ke mahkamah pun boleh. Saya tak takut apa-apa pun," katanya ketika merasmikan KRU Academy di sini hari ini.

Semalam, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, mendakwa bahawa Dr Mahathir khuatir kebenaran skandal kewangan yang berlaku ketika pemerintahan beliau akan terdedah jika pakatan pembangkang memerintah negara.

Apabila ditanya mengenai 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' anjuran Pas yang menarik 50,000 penyokong, Dr Mahathir menyifatkannya sebagai 'perhimpunan besar-besaran kerana diupah' dan tidak menjanjikan bahawa pakatan pembangkang bakal menang dalam pilihan raya akan datang.

"Saya biasa mendapat kurang daripada 100 orang yang datang untuk mendengar ucapan saya namun saya berjaya memenangi pilihan raya.

"Jika anda mengupah orang supaya datang, mereka akan datang. Ini adalah perhimpunan besar-besaran kerana diupah.

"Anda tengoklah nanti semasa pilihan raya kalau jumlah 50,000 itu dapat diterjemah kepada sokongan dan menghantar mereka (pakatan pembangkang) ke Putrajaya," katanya. - Sinar Harian

3 comments:

  1. Melayu amat2 gemar kpd apa2 sahaja yg diberi percuma. Apa lagi jika diupah.

    ReplyDelete
  2. Hidup Tun. Kata-katanya memang selalu menusuk kalbu.

    ReplyDelete
  3. wahai semua penganut agama Buddha,

    YIP KUM FOOK (MCA Gombak) adalah kesilapan yang paling besar kerana dia menghalau sami dari Kuil Buddha (SAMNAK SAMBODHI) Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur ... dia tidak tahu bahawa kuil itu diasaskan oleh Sami Buddha ini, dia hanya menjadi presiden kuil, dan sekarang ramai orang bercakap tentang apa yang dia lakukan dengan Sami Buddha.

    Buddha adalah 2500 tahun yang lalu tetapi tidak pernah mendengar yang baru seperti itu, dia boleh berbuat seperti itu, semoga anda menghina dan memberontak kepada Buddhisme dan anda adalah relatif dan memusnahkan Buddha dalam kehidupan terdahulu... anda adalah jawatankuasa kuil tetapi tidak pernah tahu tentang ajaran Buddha sama sekali, jika anda tahu apa yang Buddha ajar, anda tidak akan melakukan perkara sedemikian atau perkara tersebut

    YIP KUM FOOK (MCA Gombak) dan pasukan dia sangat gembira kerana mereka berjaya mengeluarkan Sami Buddha dari kuil Buddha tetapi anda tidak tahu apa yang akan berlaku di belakang, semua yang anda(mereka) lakukan akan tercatat dalam fikiran orang dan semuanya tidak dapat dipadamkan dari fikiran orang

    kini kuil menjadi tempat pembuangan malang olih jawatankuasa, dan juga ramai penganut yang mengetahuinya, jadi penganut cina tempatan tidak berjalan di kuil, hanya penganut Myanmar sahaja yang masuk, mereka masuk kerana Sami Buddha Myanmar bermastautin di kuil.. jawatankuasa kuil mengupah mereka untuk menjaga kuil

    Rakyat Desa Jaya, Kepong

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...