KAMI DATANG WAHAI TUHAN! WALAUPUN PRU 13 DIMUSIM HAJI

Labbaikallahumma Labbaik.... kami datang wahai Tuhan, kami datang menyahut seruanmu.

Sejauhmana orang politik pada hari ini memahami pengertian ibadat haji dan pengorbanan Nabi Ibrahim as sehingga mereka sanggup mengetepikan ibadat haji kerana politik sempit yang diamalkan, dimanakah bukti pengorbanan pemimpin Pas untuk Islam sekiranya rukun Islam kelima itu diperkecilkan semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik.

Bukankah ianya satu pengertian bagi pengorbanan ?, sanggupkah kita didalam kemampuan untuk membatalkan ibadat haji kerana politik ? Menunaikan ibadat haji sepertilah menyahut  seruan Allah.
Firman Allah SWT di dalam Surah al-Haj ayat 27:

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."

Menurut Ibn Kathir di dalam tafsirnya, ayat ini merujuk kepada arahan Allah kepada nabi Ibrahim supaya menyeru manusia datang ke tanah suci itu untuk menunaikan haji bagi menyahut seruan Allah. Nabi Ibrahim terpinga-pinga, dan tertanya-tanya bagaimanakah mampu baginda memanggil manusia datang sedangkan bumi tersebut pada waktu itu adalah bumi yang kering-kontang tanpa berpenghuni.  

Allah menjawab, "Engkau serulah, dan biarkan Kami yang menyampaikan seruan tersebut."

Lantas nabi Ibrahim pun berdiri di tempat yang tinggi, dan menyeru sekuat-kuatnya, "Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah menyediakan rumah ibadah untuk kamu, maka tunaikanlah haji ke sini." 

Bagaimanapun kerana politik, ada pemimpin yang kononnya lebih Islam dari orang lain menyuruh penyokongnya membatalkan niat untuk menyahut seruan Allah ini. Meremehkan ibadat haji sebeginilah yang akan menyebabkan umat Islam semakin tidak peka dengan rukun Islam kelima itu.

Apa besarnya Pas berbanding dengan seruan Allah, semua hal agama dimantikkan untuk menghalalkan cara politik adalah satu jenayah agama paling keji yang tidak patut diberi tempat dalam masyarakat pada hari ini kerana lama kelamaan ia boleh mendatangkan mudarat kepada umat Islam itu sendiri.

Benar, mengundi juga adalah wajib, tetapi kewajipan itu tidak sepertimana kewajipan yang sudah termaktub didalam rukun Islam kelima yang tidak dapat tidak ianya mesti didahulukan daripada kewajipan yang lain.

Realitinya isu PRU 13 ketika musim haji ini ditimbulkan oleh Pas sendiri, keasyikan Pas berpolitik diluar jangkauan sudah membuat pelbagai andaian sehingga tindakannya mengatasi hukum hakam agama.

Tindakan Pas itu semakin menampakkan identitinya yang sebenar, kita boleh setuju membatalkan niat menunaikan haji itu sekiranya Pas adalah satu-satunya pendokong Islam, tiada Pas maka tiada lagi Islam di bumi Malaysia ini. Malaysia akan dijajah oleh orang kafir dan umat Islam akan mudarat sekiranya kerajaan yang naik itu bukan kerajaan Pas.

Buktinya sudah lebih 50 tahun umat Islam dinegara ini mengamalkan cara hidup Islam dengan begitu sempurna tanpa sekatan bahkan kerajaan cukup mengambil berat hal-hal yang berkait dengan umat Islam dan lebih jelas lagi agama Islam adalah menjadi agama RASMI dinegara kita ini. Oleh itu masakan perlu untuk membatalkan niat menunaikan haji itu.

Sedarlah kita umat Islam akan pemesongan sedikit demi sedikit yang berlaku ini, jangan dibiarkan hal yang berkait dengan ibadat dan Islam ditafsir untuk kepentingan politik yang akan merosakkan akidah kita, tentanglah kerajaan yang memerintah pada hari ini bukan kerana agamanya tapi tentanglah kerana penyelewengan dan salah urus tadbirnya, cukuplah mempergunakan Islam untuk keuntungan politik. Anda Mampu Mengubahnya.



Katakan tidak kepada Pas ! Tunaikanlah Haji....Tiada manusia yang berhak untuk menghalang ibadat seorang hamba kepada tuhannya...

2 comments:

  1. napelah org2 PAS ni BODOH sangat!!? takkan la PM nak buat PRU masa haji...beliau tu dah penah buat ibadah haji... lain la aljuburi tu... yg pasti ulama2 PAS (betui ke ulama???) lebih rela mengikut telunjuk org rosak moral...

    ReplyDelete
  2. plihanraya 1995 (PRU9) dulu pun buat musim haji jugak..25 april 1995 bersamaan 25 zulkaedah 1415 hijrah. ramai yg tak dapat mengundi sbb dah pergi mekah. yg flite lewat skit sempat mengundi. dah ada sejarah pilihanraya musim haji. ramai yg marah, tapi tak sekecoh skrg.

    azmi kb

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...