SCORPENE - SUARAM DICABAR DEDAHKAN DOKUMEN - JMM

KUALA LUMPUR – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini meminta Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mendedahkan dokumen yang mengatakan wujudnya transaksi berunsur rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene.

Menurut Presiden JMM, Azwan Din Hamzah pendedahan dokumen itu cukup penting supaya kebenaran dapat ditegakkan dan rakyat tidak ditipu dengan putar belit SUARAM.

“Kalau ada dokumen kenapa tak didedahkan. Ramai yang bertanya mana dokumen itu? Dalam bentuk apa dokumennya. Kenapa SUARAM tak hantar dokumen itu ke pihak SPRM atau Polis untuk disiasat.

“Kita minta SUARAM dedahkan dalam masa tiga hari. Jika tidak, rakyat boleh katakan dan anggap SUARAM menipu,” kata Azwan ketika dihubungi oleh Mynewshub.my di sini hari ini.

Azwan berkata, hakikatnya, tidak perlu diberikan masa kepada SUARAM untuk mendedahkan dokumen penting tersebut.

Sekiranya SUARAM berkata benar, pihak mereka perlu tampil dan membuat laporan berhubung isu rasuah dalam urusan pembelian tersebut, kata beliau.

“SUARAM bercakap tentang isu ini dah lama, tapi kenapa sekarang nak dibisingkan? Kalau betul, tak perlu diberikan tempoh sampai tiga hari, esok juga mereka harus kemukakan bukti itu. Apa sebenarnya mainan politik mereka? Kenapa perlu menunggu satu tempoh yang tak pasti untuk dedahkannya?

Bagi Azwan, rakyat semakin meluat dengan kerenah dan pendirian SUARAM yang suka membuat cerita tanpa memberikan bukti yang kukuh dan sahih.

“SUARAM bukan sahaja suka buat cerita, tapi semakin lama ramai orang yang meluat dengan SUARAM. Mereka tidak pernah bercakap benar dari dahulu lagi.

“Rakyat perlu tahu, bermula dari tahun dahulu lagi, SUARAM suka memulakan cerita dengan menimbulkan perkara-perkara negatif tanpa bukti yang sahih dan kukuk,” katanya.

Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009.

SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.

Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan.

SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. – Mynewshub.my.
 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...