KELATE - LORI KETUA UMNO CWGN JATUH JAMBATAN RUNTUH, PAS TERUS KUKUH


Lori ini milik Ketua Cawangan Umno Kampung Che Deris, Pengkalan Chepa, di fahamkan jambatan yang runtuh ni sudah terlalu uzur dan beberapa kali permohonan untuk membaikpulihnya sudah dibuat namun ia tidak diendahkan oleh kerajaan negeri mahupun Umno Bahagian menerusi JPP.

Menurut En Fox yang juga pengirim gambar ini kejadian yang berlaku jam 8.00 pagi kelmarin  itu bagaimanapun dibiarkan terus tersadar lebih setengah hari disitu tanpa ada pihak yang tampil bekerjasama untuk membantunya.

Jika melihat keadaan itu mungkin pelbagai komen akan dibuat oleh anda semua, mungkin juga "dah tahu uzur siapa yang suruh lalu". Tapi ianya langsung tidak memberi apa-apa manfaat untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Politik di Malaysia sekarang ini bukan satu politik untuk "lantaklah kau" dan menjadikan seseorang pemimpin itu untuk angkuh seperti sebelum wujudnya pembangkang yang kuat, politik sekarang adalah politik saling menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk dinilai oleh rakyat bukannya politik sombong.
 
Sebelum ini Gk pernah kata Pas kawasan Pengkalan Chepa tidak perlu memasang bendera bagi menghadapi PRU13 untuk memenanginya, ini  kerana suasana yang dilihat jauh memihak kepada Pas. Lantaklahkan peduli apa......aku pun tak peduli......

Kalau orang yang pernah berjasa seperti Setiausaha Bahagian Umno Pengkalan Chepa itu pun diabaikan....Lu pikirlah sendiri, bukannya dia nak projek juta-juta, cuma inginkan kad OKU sahaja, lagipun dia memang layak untuk dapatkannya, pasal apa tunggu sampai 3 bulan pun tak dapat-dapat lagi, tak boleh ke tolong wahai kawan-kawan pemimpin yang masih ada kuasa.

Nanti dah tiada kuasa jadi kain buruklah jugak, jangan masa tu baru nak meroyan macam kadiaq, sekarang ni ada kuasa ramailah kawan dan kampu, suruh jilat pun jilat, dah hilang kuasa tengoklah nanti, kalau rasa nak tengok sekarang, tengoklah sebahagian veteran yang masih ada.
 
Begitu juga dengan maklumat mengenai hal-hal kebajikan, pembangunan dan tangunggjawab setiap kerajaan, macam jambatan diatas tu rakyat masih lagi tak tahu tanggungjawab siapakah untuk bina atau baikinya, keraan negeri atau kerajaan pusat. Penerangan mengenai hal-hal ini pula dibawah tanggungjawab siapa ?

Politik hari ini adalah dengan politik yang melangkaui kebijakan rakyat bukannya politik jumud zaman batu lagi, lihat saja forum diatas, kelantangan Ustaz Afendi sepertinya sudah cukup baik, namun maklumat yang beliau ada belum cukup baik untuk menjawab persoalan dari Prof Agus, peredaran zaman terus mengubah lanskap politik tanahair.

Jika 10 tahun lalu, sukar untuk kita melihat forum-forum bebas seperti hari ini, dan cara politik dulu jauh berbeza dengan cara politik hari ini, tetapi apakah perubahan dahulu dan kini itu selari dengan perubahan pemimpin ? atau pemimpin masih hebat berprojek dan masih kuno dalam arus politik ? tepuk dada tanya selera. Anda Mampu Mengubahnya....

Sedikit info mengenai peranan sesebuah pihak berkuasa tempatan atau PBT tidak hanya terhad kepada pembangunan kawasan bandar sahaja. Umum mengetahui bahawa kadar urbanisasi yang pantas telah menyumbang kepada peningkatan kadar migrasi penduduk daripada desa ke kota.

Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan peningkatan kepada kadar kemiskinan bandar, jenayah, kesesakan lalulintas malah setinggan. Rentetan itu, pihak berkuasa tempatan turut memainkan peranan penting terhadap pembangunan kampung tradisional.

Walaubagaimanapun, tidak semua kampung tradisional adalah merupakan tanggungjawab PBT. Ini kerana hanya kampung tradisional yang berada di dalam kawasan pentadbiran PBT dan diwartakan sebagai kawasan operasi sahaja yang menjadi tanggungjawab PBT. Pembangunan kampung-kampung tradisional yang tidak diwartakan sebagai kawasan operasi PBT akan dipantau oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah merupakan sebuah agensi di peringkat pusat yang berperanan sebagai fasilitator utama kepada seluruh PBT di Malaysia.

Selain bertindak selaku badan penasihat untuk sebarang agenda kemajuan pembangunan di dalam kawasan operasi, jabatan yang ditubuhkan pada 24 Mei 1964 ini juga berperanan sebagai penggubal, penyelaras dan pemantau dasar-dasar serta peraturan-peraturan berkaitan kerajaan tempatan di seluruh negara. Sehingga kini, terdapat sebanyak 149 PBT di Malaysia di bawah pantauan JKT dengan 99 di Semenanjung Malaysia, 24 di Sabah dan 26 di Sarawak.

Daripada jumlah tersebut, 12 terdiri daripada Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya, 39 terdiri daripada Majlis Perbandaran dan 98 terdiri daripada Majlis Daerah.

Melalui Rancangan Malaysia KE-9 (RMKe-9) di bawah program pembangunan fizikal, kerajaan pusat melalui JKT telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM245 juta kepada PBT-PBT untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan infrastruktur seperti projek membina atau menaiktaraf longkang, membina atau menaiktaraf jalan dan projek pencahayaan bagi memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat kampung tradisional dan petempatan tersusun di dalam kawasan PBT adalah konsisten dari semasa ke semasa.

Peruntukan ini juga turut disalurkan untuk pembangunan sosio-ekonomi seperti projek pembinaan atau menaiktaraf gerai, tapak perniagaan dan pasar serta pembangunan kemudahan awam contohnya projek membina atau menaiktaraf dewan serbaguna dan pondok bas.

Bermula dengan pemberian sebanyak RM30 juta pada tahun 2006, tahun 2007 telah menyaksikan peruntukan dinaikkan kepada RM 40 juta manakala tahun 2008 dan 2009 pula masing-masing diperuntukkan sebanyak RM 44 juta dan RM 60 juta. Pada tahun 2010, peruntukan telah dinaikkan kepada RM 71 juta.

Di bawah projek pembangunan infrastruktur pula, Kerajaan melalui JKT telah membiayai sejumlah RM 215 juta bagi membina pelbagai projek di bawah komponen tersebut yang mana di antaranya adalah membina jalan raya sepanjang 858km. Jalan-jalan yang dibina telah berjaya meningkatkan jaringan perhubungan masyarakat petempatan ini dengan kawasan-kawasan bandar.

Selain itu, projek membina dan menaiktaraf longkang juga turut dinikmati oleh masyarakat di petempatan tradisional dan tersusun. Berdasarkan pembangunan selama 5 tahun ini, sepanjang 388 km longkang telah dinaiktaraf/dibina oleh pihak Kerajaan. Usaha bukan sahaja telah menyumbang kepada sistem perparitan yang lebih baik dan efisien di kawasan ini malah turut menyelesaikan pelbagai masalah banjir di samping mengurangkan wabak penyakit bawaan air seperti denggi dan sebagainya.

Antara projek-projek infrastruktur lain yang turut disalurkan oleh Kerajaan adalah 94 buah projek pencahayaan, 21 buah projek pembinaan/naiktaraf jambatan, 31 buah projek membaiki cerun, 1699 buah projek pembinaan jalan, 900 buah projek pembinaan longkang dan 51 buah projek membina / menaiktaraf dewan / balairaya.

Dalam memastikan masyarakat petempatan ini menikmati kemudahan-kemudahan awam seperti di kawasan bandar, JKT juga telah membantu pihak PBT untuk melaksanakan projek pembinaan pondok-pondok bas di lokasi yang strategik bagi meningkatkan tahap pengangkutan dan tahap kebolehcapaian rakyat.

Projek-projek seperti membina tandas awam dan kemudahan-kemudahan rekreasi juga turut diberi perhatian oleh pihak PBT dalam usaha meningkatkan kualiti hidup masyarakat di petempatan ini. Ini terbukti apabila JKT telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 1.3 juta bagi tujuan pembinaan 22 buah projek tandas awam serta RM 3.1 juta bagi tujuan pembinaan atau penaiktarafan 36 buah projek kemudahan rekreasi.

Pembangunan sosio-ekonomi di kawasan petempatan tradisional dan tersusun turut diutamakan di mana sebanyak 116 projek pembinaan atau naiktaraf gerai, pasar awam dan tapak sehari bernilai RM 12.2 juta telah didirikan sepanjang RMKe-9.

Demi memastikan projek-projek yang terhasil benar-benar bermanfaat dan dirasai rakyat, Jabatan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Kampung Tradisional telah mengambil inisiatif dengan melakukan pemantauan fizikal dan kewangan ke atas projek-projek yang telah diluluskan.

Pada tahun 2010, sebanyak 4 kali lawatan pemantauan telah dijalankan ke atas 38 buah PBT. Dalam usaha membantu PBT merangka strategi pembentukan petempatan kampung tradisional yang lebih baik, JKT juga telah menjalankan Kajian Pelan Induk Kampung Tradisional dan Petempatan Tersusun di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada tahun 2009 sehingga tahun 2010.

1 comment:

  1. Kepada Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang hormati sekian,
    Bahawa saya, peguam Yip Jiun Hann, Pemuda MCA Gombak seorang anak Yip Kum Fook ingin bertanya mengapa orang ramai begitu dengki bapa saya beristeri lebih dari tiga? Ini sebuah Negeri demokrasi, dia mahu sepuluh isteri pun hak dia sendiri, sekiranya dia bolih bertanggujawab.

    Demi Islam pun bolih berkahwin lebih daripada empat perempuan. Saya harap orang ramai berfaham dan jangan bodoh.

    Kalau semua mahu cabar demokrasi dan hak asasi, orang ramai bolih bertanya pada YB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak and Pengurusi MCA Malaysia Datuk Dr. Chua Soi Lek, kerana memperbuatan mereka sama dengan bapa saya.

    Yang benar

    Pemuda MCA Gombak
    Sdr. Yip Jiun Hann

    http://margeemar.blogspot.com/2012/06/malaysia-between-les-majeste-treason.html

    REPLY:

    Anon 19:31 @Yip Jiun Hann. saya pekenal saya diri sendiri nama seorang lawyer jugak Marapoo a/l Tanyasapa. Ini orang Malaysia juga ada busybody takdak mau respeck sama demokrasi dak hak-hak kemanusiaan. Saya punya appa juga ada kawin 9 kali estet juga buat. Itu saya punya appa kasi bilang ini Malaysia duduk banyak freedom apa..India, Cina , Malayu juga boleh kasi kawin.Tapi itu Islam kasi kawin Ampat saja Mr.Yip, takda kasi lebih. Tuhan Alah cakap dalam Kitab Kuran kasi kawin satoo,duaa,tigaa, ampaaat. Tapi itu jam kaloo takda bole kontrol mari, angkat satoo jugak Mr Yip. You itu jam angkat Loyer mana ounya tempat?? Univesiti TonSan mana?? Mr.Yip itu main belakang mari pun sini undang2 Malaysia takda kasi macam isteri juga. Itu main banyak2 belakang nanti tabley kira macam you punya bapak loo. Ayoo yoo dey

    http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/07/kebodohan-suara-keadilan-persoal-kenapa.html

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...