Subhanallah Sesatnya - Nik Abduh Kata "Allah Mahukan Pas Merampas Kuasa Dan Ke Putrajaya"

Didunia ini tidak ada satu perjuangan yang lebih suci dari perjuangan orang-orang Pas, penyokong dan pejuang Pas menuju Putrajaya, kerana apa ? kerana ini perjuangan suci.

Kenapa kita mahu ke Putrajaya ? Allah mengarahkan kita ke Putrajaya, Allah mahukan kita merampas kuasa itu daripada musuh Allah dan musuh kita, inilah perjuangan yang suci.

Apabila Allah Taala memberikan secalit kuasa kepada manusia didunia ini, maka Allah Taala tidak memberikannya kecuali kepada hamba-hambanya yang beriman, tetapi apa yang berlaku ! yang berlaku ialah syaitan dan orang-orang yang menyembah syaitan telah merampas kuasa ini daripada orang-orang  yang beriman.

Apakah begini kata-kata pejuang Islam dan pemimpin yang beriman ? Ini seperti kata-kata pengikut ajaran sesat yang merancang untuk menggulingkan kerajaan. Kata-kata Nik Abduh pada rakaman klipvideo di perhimpunan hijau Jun lalu jelas menggambarkan kesesatan yang amat sangat didalam pemahamam beliau dengan erti Islam yang sebenarnya.

Lebih membimbangkan kata-kata Nik Abduh yang cuba meracuni pemikiran penyokong Pas supaya taksub dengan membuat beberapa seruan sesat itu perlu dipandang serius sebelum sekali lagi amukan 'Jaya Negara' akan berulang.

Perjuangan Pas adalah perjuangan yang paling suci didunia ! , hilang akal ke Nik Abduh ni ?...Allah mengarahkan kita ke Putrajaya, Allah mana yang dimaksudkan oleh Nik Abduh itu ? Mustahil Kalau Allah yang maha esa mengarahkannya, perkataan Putrajaya pun tak tercatat didalam Al-Quran.

Kata-kata Nik Abduh yang penuh dengan kesesatan itu wajib dibendung dengan segera, perjuangan Parti Pas dibuatnya lebih dari agama Islam, kata-kata sedemikian jika diulang tanam didalam pemikiran umat, nescaya negara kita akan menghadapi kacau bilau sepertimana yang berlaku didunia arab pada hari ini.

Tercetusnya peperangan adalah bermula dengan pemahaman yang eksktrim, lihat saja apa yang berlaku diantara dua kumpulan seperti Fatah dan Hamas, bukankah akhirnya ia merugikan umat Islam itu sendiri, yang MAMPUSNYA adalah rakyat, pemimpin seperti Nik Aziz akan keluar negara naik haji lah kononnya.

Jika seluruh rakyat bersedia untuk berperang sesama Islam, abaikan hasutan-hasutan demikian supaya ia menjadi barah dan dendam, seandainya merasakan keamanan yang dikecapi pada hari ini mustahil untuk berlakunya huru-hara atau peperangan, merasakan demikian menjadi lumrah bagi golongan yang tidak tahu berfikir.

Kerakusan pemimpin atasan meragut kuasa akan menjadikan rakyat yang sengsara, rakyat yang tidak reti bersyukur dan berakal pendek akan mudah terpengaruh dengan kata-kata jahat pemimpin mereka, sebaliknya jika rakyat berfikiran matang seharusnya terlebih dahulu melihat negara-negara yang sedang bergolak dan kesannya selepas pergolakkan, apakah ia lebih baik dari sebelumnya dan adakah negara kita pentadbirannya seburuk  negara mereka.?

Boleh saja untuk rakyat mengubah kerajaan, namun biarlah dengan cara yang sepatutnya dan penggantinya pula tidak dikalangan mereka yang kemaruk. Kerana jika terpedaya dengan kata-kata manusia yang kemaruk buruklah akibatnya. 

"Sematkan dalam hati, setiap kali perjuangan ini menuntut saudara berhimpun, jangan ada diantara kita yang mengundur diri, kerana sesungguhnya pada perhimpunan itu adalah kekuatan iman." - kata-kata Nik Abduh ini cukup dalam terjemahannya namun cukup ringkas untuk difahami....
Anda Mampu Mengubahnya...

23 comments:

  1. Astafirullah... sesat dah ni...

    ReplyDelete
  2. ape lak sesat. ni kan penganut agama pas. bukan islam. ikut agama dorang memang camtu

    ReplyDelete
  3. bukan saja sesat tp dah gila meroyan....

    ReplyDelete
  4. betapa bodohnya puak ni tentang demokrasi dan matematik.

    ReplyDelete
  5. mmg gila sesat puak² PAS ni....

    ReplyDelete
  6. Tak pelik lah jika pengikut pun dah macam beruk mat yeh.....

    Waima pok nik suruh pengikut dia pi terjun kat sungai Kelantan pun ramai yang patuh...

    Musuh PAS hanyalah UMNO...tak kiralah apa cara pun....apa punya bangang la mentaliti...sebab itu PAS boleh bekerjasama dengan DAP...walau pun tahu DAP terang-terang menentang ISLAM DAN MELAYU....
    sebab ada ciri sama bencikan UMNO.

    ReplyDelete
  7. "Sematkan dalam hati, setiap kali perjuangan ini menuntut saudara menderma, jangan ada diantara kita yang tidak menyumbang, kerana sesungguhnya pada perhimpunan itu adalah kekuatan iman."

    ReplyDelete
  8. AstaghfiruLlahal-'Azim..apa jenis ucapan ini?Belajar mana ini?Tolong jangan katakan belajar di Al-Azhar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DIA BELAJAR KAT " PAKISTAN ". GURUNYA "SYIAH" AGAKNYA,
      ITU PASAL NAK BUNOH SEMUA ORG YG MENENTANGNYA,
      DARI KATA2NYA WALAU DGN "DARAH"......

      Delete
  9. Aku Sayang Tun Mahathir7/18/2012 11:04 AM

    Ni seruan mamat celako selepas dia solat kat padang.(macam lah kat Malaysia ni tak ada Surau dan Masjid yang lebih Suci)

    al-kisahnya masa solat politik tu..sujud mamat celako ni betul2 kat bekas taik korbau yang belalang sembunyikan kerbau curi yang dalam cerita nujum pak belalang....

    Tu yang mamat celako ni meroyan gelo edan!!!!!.. hahahahahahaha..........

    (kalau tak munafik, bukan PAS namanya)

    ReplyDelete
  10. Yealeer...
    Semua yg pas buat tu baik, UMNO tu kafir. Sebab tulah sudah banyak musibah datang pada orang2 pas. Asyik dok sembahyang hajat nak menghancurkan UMNO. Nak berbaik dgn DAP, tak sedar dah jadi keldai DAP. UMNO? Musuh Allah katanya.
    Budak ni nampak sangat tak berilmu orangnya.

    ReplyDelete
  11. Tuhan arahkan PAS merampas Putrajaya ? Bagaimana PAS nak merampas putrajaya kalau bertanding 70 kerusi sahaja dari jumlah 222, kalau begini sampai kiamat pun PAS tak akan dapat merampas putrajaya. Kalau nak merampas putrajaya, bertanding lah paling kurang pun 112, lagi baik di 222 kerusi. Mungkin yang bagi arahan itu syaitan peliharaan Nik Ajis sebab itu lah PAS hanya bertanding 70 kerusi sahaja. 70 kerusi nak rampas putrajaya ? sampai ke tua la lu muahaaaaaaa

    ReplyDelete
  12. Sahlah ini adalah ucapan pemimpin Parti Ajaran Sesat.

    Agaknya sama sesat dgn yg mati kena tembak di JPM.
    Agaknya pemimpin ini suka agar polis tembak mereka - jatuh mati syahid.

    Tapi kenapa yg mati kat JPM tu tak lak digelar syahid ek ?

    ReplyDelete
  13. Gila,, ingat majority dah bersuara dgn memilih BN..jangan sampai Majority turun kejalanraya dan meluahkan apa yang terpendam..ingat!!!! majority masih lagi ada akal!!

    ReplyDelete
  14. Mungkin juga yang bagi arahan itu syaitan peliharaan Nik Ajis, sebab syaitan tu segaja nak bagi kalah PAS. Bertanding 70 kerusi, menang paling banyak pun mungkin 30 kerusi. Kelakar lah Nik Abduh ni 30 kerusi buat apa. Kalau menang 30 kerusi pun mungkin jual kat DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bawak kerusi dari rumahnya nanti kot???

      Delete
  15. kalau dah tau mamat ni sesat, tunggu kepala hotak apa lagi, majlis agama islam negeri ka polis ka apa ka tangkap la atas kesalahan menghasut, membawa ajaran sesat. Tapi kalau suara dalam video ni telah dirubah, maka celako lah tuan punya blog ini. 'Kentut tak busuk, hidung tersorong-sorang.'

    ReplyDelete
  16. Sebenarnya nak namakan anak dia sorang ni nik bodoh huduh. tapi nak sedpkan sikit dia combine kan jadi lah abduh. jangan salahkan dia pasal yang bagi nama pun bodoh cam dia.

    ReplyDelete
  17. dah lama sesat pun

    ReplyDelete
  18. polis ka majlis agama islam ka jangan tangkap kita biarkan dia terus meracau takat mana yg bolih.kita uji setakat mana ilmu didada.setakat mana pengikutnya bolih terus diperdaya.kalau suara dah diubah saman jelah tuan blok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju - biarkan dia meracau dulu.
      Nnti banyaklah WAHYU Allah yg turun padanya.
      Beri dia peluang.
      Manusia SESAT pun ramai pengikutnya.
      Tengok Ayah Pin.

      Delete
  19. dah mencapai taraf hakikat bodoh...bodoh didalam bodoh, isi dan biji segala kebodohan...selama ni sibodoh huduh ni tak tau dia diperbodohkan oleh iblis dan syaitan yg akan menghumbankannya keneraka jahanam.

    ReplyDelete
  20. Astagfirrullah al azim..knp dikaitkn ALLAH pulak..cakap je la PAS nk rampas..kn parti PAS yng nk..Perjuangan/Perjalanan suci aku ailah jalan menuju keredhaan ALLAH,menuju ke Masjid,menuju menunaikn umrah/haji..bukan jalan PUTRAJAYA..aduh!! Ngok tul la...kejar HARTA DUNIA si polan NIK ABDUH ni

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...