Kenyataan diatas diambil dari Facebook milik Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan seorang pemimpin Umno bertaraf Timbalan Menteri mengenai isu royalti minyak kepada Kelantan.
Walaupun kenyataan tersebut tidak bertanda "Admin" dan ia disifatkan sebagai kenyataan dari Nik Aziz sendiri, Gk yakin kenyataan tersebut dibuat oleh "Admin" FB Nik Aziz dan bukannya ditulis oleh Nik Aziz sendiri.
Seandainya ditulis oleh Nik Aziz sendiripun Gk merasa sangsi dengan kenyataan tersebut dan sangat kecewa bila ia melibatkan Sultan yang disayangi sekelian rakyat dan Sultan yang turut Gk kenali secara dekat satu ketika masa dahulu.
Sebagai rakyat negeri Kelantan, isu royalti ini mesti sama-sama diperjuangkan, jika benar ia milik kita wajib kita pertahankan jangan ada diantara pemimpin dan rakyat yang sudah kenyang berlaku khianat dan jahat untuk cuba menafikannya, ini kerana bukti royalti itu milik Kelantan adalah jelas setelah ianya diperjelaskan oleh pengasas kepada Petronas sendiri iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah, melainkan Ku Li menafikannya dengan sekali lagi membuat penjelasan.
Namun apa yang hendak dibangkitkan adalah yang dimaksudkan dengan "Titah" Tuanku Sultan berhubung isu royalti, difahamkan Tuanku Sultan pernah bertitah semasa pembukaan sidang DUN Negeri Kelantan berkaitan isu ini supaya kerajaan pusat menyelesaikannya.
Bagamainapun Tuanku Sultan juga turut bertitah mengenai isu air dengan meminta kerajaan negeri Kelantan memberi perhatian terhadap usaha membangunkan strategi jangka panjang bagi pengurusan sumber air di negeri itu untuk memastikan bekalan air yang terjamin kepada seluruh rakyat.
Titah baginda, pelaksanaan projek oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd kini membabitkan kerja menaik taraf 11 loji rawatan air dan pemasangan paip utama sepanjang 500 kilometer yang dijangka siap pada akhir tahun ini.
Mengenai Tahun Melawat Kelantan pada tahun ini, baginda berharap Pusat Penerangan Pelancongan Negeri meneruskan promosi pelancongan sama ada di dalam dan luar negara.
“Komitmen pelbagai agensi kerajaan terutamanya pihak berkuasa tempatan amat diperlukan bagi mencapai sasaran kejayaan program pelancongan ini.
“Antara peranan penting yang boleh dimainkan pihak berkuasa tempatan itu ialah mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah,” titah baginda.
Adapun demikian titah Tuanku Sultan ada baiknya semua pihak tidak mengambil kesempatan dalam mempolitikkannya sehingga menampakkan seakan-akan titah tersebut tidak berguna setelah pihak yang dititahkan oleh Tuanku Sultan gagal dalam melaksanakan perkara-perkara yang telah dititahkan.
Jangan biarkan budaya politik yang memperlekehkan titah Tuanku ini terus dicanang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, berpolitiklah tanpa melibatkan Sultan yang boleh menjejaskan institusi kesultanan, atau Pas beranggapan politik juga tidak boleh disukukan dengan sultan ? Anda Mampu Mengubahnya...Selanjutnya klik DISINI
Ini berpunca dari nilai diri nik Aziz yg tak sekolah tinggi..kalau dia sekolah....dan berpengentahuan..sudah tentu tidak timbul pasal Sabah dan Serawak..sebab ini ada perjanjian sabelum menyertai Malaysia..dan telah ada telaga minyak...begitu juga Berunai..yg tak jadi....
ReplyDeleteNik Aziz memang jahil dan bercakap perkara yg ditak tahu...main pakai hentam keromo bak syaitan yg nak huru harakan manusia...
Hperancis
Ini Yang Dikatakan Zuhud??
ReplyDeleteSuka Ungkit Harta.........
Dia Siap Gunakan Nama Sultan Lagi Tu.....
Memang Betul Sultan Yang Titahkan Tapi Siapa Yang Memandai2 Hasut Sultan Tu???????
Zuhud La Konon........
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSebagai rakyat Malaysia, saya tahu yang Sultan Kelantan sendiri pun memang tak setuju dengan UMNO. Alhamdulillah, Sultan Kelantan adalah Sultan Islam yang terbaik di Malaysia. Tiada bantahan dari rakyat Kelantan sendiri. Sampaikan polis tidak dibenarkan bertugas dan disuruh bersolat Jumaat seperti orang biasa. Bagus sangat ke negeri lain? Tengok anak muda Islam sekarang di Jalan Sultan Ismail, KL. Tengok club di The Zon, JB. Tengok kadar rasuah negeri lain. Bukan niat untuk kutuk negeri lain tapi sekurang-kurangnya, dengan izin Allah rakyat Kelantan tahu siapa yang benar dan siapa sokong Genting Highland.Wallahualam.
setiap kemyataan mesti bertanggungjawab
ReplyDeleterakyat m'sia x phm nape org qlate nok hak royalti ni.. royalti ni main finance bg pembangunan+perancangan tuk negeri secara langsung tuk rakyat,, BN xnok & xkan bg royalti sbb diorg dh blh tahu bila krjaan PAS yg selama ini xde kewangan pn dapat btahan+membgun dgn baik walhal xde sumber kukuh,, Dan apabila dpt royalti nnt phm2 sdri lah, diorg kan halang smpi mati confirm xkan.. BN yg zalim mmg akn ttp zalim smpi bila2..tp meraka LUPA yg rezki+zat2 di dunia ni milik ALLAH SWT bukan milik mutlak BN... INGAT, MILIK ALLAH BUKAN BARISAN NASIONAL !!!!!!!! satu hr nanti Islam(PAS+rakyat kelantan) akan dapat hak drp Allah bkn dpt BN.. amin
ReplyDelete