Video - Terkini !!! Air Di Kelantan Hampir Pulih

Januari lalu Gk pernah melaporkan masalah air yang berlaku di Kelantan khasnya di kawasan rumah Gk sendiri yaitu kira-kira 5Km daripada kediaman Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Masalah ketiadaan air yang membelenggu rakyat Kelantan selama ini mungkinkah petandanya hampir selesai setelah hampir seminggu Gk sekeluarga menikmati air yang dibekalkan dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tanpa sebarang masalah seperti sebelumnya,

Keadaan ini sangat mengejutkan, adapun jika sebelum ini hanya tengah malam menjelang subuh sahaja dapat kami nikmati kemudahan air, itupun kadang-kadang sahaja dan kelajuan air pula pada tahap keluarnya air kencing bayi berumur dua tahun setengah kebawah.........

Tidak bermasalahnya bekalan air ini berlaku sudah hampir seminggu, pada mulanya kami ingat ini hanyalah 'cobaan' semata-mata ataupun air sesat tanpa arah tuju lalu singgah di rumah kami, rupanya tidak, keadaan ini rasanya hampir pasti terselesainya masalah, 24 jam tak kira masa asal buka saja paip conform ada air. Macam ni baru betul pengurusan yang baik.

Kita sebagai rakyat kalau benar air tu ada kita cakaplah ada, kalau tiada kita cakap tiada, ini bila kita cakap tiada air, macam-macam dituduhnya, semoga keadaan ini akan berterusan sehingga berakhirnya pemerintahan kerajaan Abu Nawas (pinjam kata-kata dari Adun Kok lanas) di bumi Kelantan ini.

Tapi jika keadaan ini berterusan dan umum mengetahui bahawa masalah utama rakyat Kelantan adalah masalah ketiadaan bekalan air, masihkah rakyat Kelantan akan terus setia untuk memilih kerajaan sediaada ataupun tetap akan mengubah pada kerajaan yang baru, bagi rakyat Kelantan seperti Gk berpandangan akan memilih calon atau pemimpin yang benar-benar layak untuk memimpin dan bukan memilih parti semata-mata.

Hujahnya adalah jika memilih parti yang baik dengan membentuk kerajaan 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' atau 'Membangun bersama Islam' sekalipun ianya tidak bermakna jika wakil pemimpin yang dipilih itu tidak mengamalkan prinsip sepertimana yang menjadi teras kepada parti tersebut, sebagai contohnya ini kerana jika kerajaan menyalurkan apa-apa bantuan ke kawasannya, belum tentu bantuan tersebut akan amanah sampai kepada rakyat, buktinya sudah ada dan sudah jelas tidak perlu diperbuktikannya lagi melainkan Anda Mampu Mengubahnya...

1 comment:

  1. PokYa Chetoq7/25/2012 12:47 AM

    Bro Gk..Air kat rumoh mu ok, tapi kat rumah aku KO lagi, Kalu setakat pecoh pala dulu baru bui air, tu oghe tak kata pemerintah yang baik, maknanya takda perancangan, takda wawasan. Tapi oghe Klate boleh terima. Bnda ni smesek jah. Lembu pun tau nak cari air, burung pun tau nak minum air kat mana, kalu semua menateng tu bengong tak reti kemahiran hidup, mapuh keras semo..jadi taraf rakyat Klate ni PokNik anggap taraf menateng blako lah, bodo bendol blako.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...