Lagi Ahli Pas Masuk Umno - BN Pasir Puteh Makin Mantap BN Bachok Bagaimana ?

Jika tahun lalu Ketua Muslimat Pas menyertai Umno, kini Ketua Pemuda Pas bersama 30 orang penyokong tegar Pas cawangan Ketereh Tugal, Cherang Ruku disini mengisytiharkan mereka keluar parti itu secara beramai-ramai untuk menyertai Umno kerana kecewa perjuangan Pas telah menyimpang dari landasan sebenar.

Mereka diketuai oleh bekas Ketua Pemuda Pas cawangan itu, Ramli Ismail, 42, menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

"Kami merasa kecewa perjuangan Pas selama ini terlalu taksub kepada fatwa (membuta tuli) yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti", katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang berkenaan disini siang tadi.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pasir Puteh, Karimah Mohd Noor.

Ramli berkata keputusan menyertai Umno adalah ikhlas selepas membuat pertimbangan yang teliti terhadap perjuangan Pas yang tiada prinsip, hanya tidak lebih sebagai pusaka keluarga yang perlu diwarisi.

Kemantapan BN di Pasir Puteh memang tidak dapat dinafikan, kerana angin yang bertiup itu semakin kencang dengan membawa khabar kemenangan BN adalah positif disana, ternyata rakyat Kelantan tidak pernah menolak BN sekiranya kena pada tempatnya atau pembawaan pemimpin itu sendiri.

Bagaimanapun apa yang sudah terjadi di Bachok ? perkhabaran disini tiupannya agak berbeza, entah apa yang tidak kena tidak dapat dipastikan, cuma ada beberapa kepastian didalam kesamaran yang tak berapa sesuai pada masanya untuk diterjemahkan, tambahan pula serangan Pas disini cukup padu dan apakah  mungkin sekali lagi Pas akan memenangi parlimen ini ?

Dilaporkan esok ada majlis pengistiharan keluar Umno beramai-ramai di Jelawat Bachok yang diadakan berhampiran rumah pemimpin Umno kawasan terbabit, namun tidak dapat dipastikan samada benarkah melibatkan hampir 1000 ahli Umno ataupun hanya sekadar gimik sahaja, pasti atau tidak! jawapannya adalah besok. Kalau hitam kita kata hitam kalau putih kita kata putih, tak der masalah.

Sebelum ini sudah bertiup, namun terhenti seketika akibat melesetnya jangkaan tarikh pilihanraya, kini bertiup lagi dengan Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar YB Senator Datuk Dr Awang Adek dapat memberikan penjelasan kepada rakyat berkaitan dengan sejumlah wang yang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Dalam satu kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia yang dibacakan oleh saudara Khairul Faizi di dalam sidang media hari ini menyatakan bahawa sebanyak RM 80 ribu telah didepositkan ke dalam akaun beliau.

"Pada waktu itu beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera dan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Kemasukkan RM 80 ribu adalah satu perkara yang meragukan bahkan cek tersebut juga adalah dari sebuah syarikat yang berkepentingan", ujar beliau.

Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar Datuk Awang Adek ini memberi penjelasan mengenai untuk apa duit tersebut dan adakah terdapat elemen rasuah semasa transaksi RM 80 ribu berlaku. Dewan Pemuda PAS Malaysia memperingatkan sekiranya beliau mahu dinobatkan oleh UMNO dan Barisan Nasional sebagai Menteri Besar Kelantan maka beliau perlu bersih daripada skandal-skandal seperti rasuah yang menjatuhkan integriti dan kredibiliti beliau sebagai pimpinan nanti.

"Kalau tidak bertentangan dengan undang-undang atau etika maka beliau perlu tampil dan berikan penjelasan. Kami ada bukti dan buat masa sekarang kami tidak mahu dedahkan lagi nama syarikat tersebut. Kami tunggu respon daripada beliau", tambahnya lagi.

"Kami juga dapat maklumat ada 2 orang guru turut menjadi mangsa kerana tidak memuaskan hati UMNO dan akhirnya mereka dipindahkan ke sekolah lain", ulas beliau.

Adakah tuduhan diatas hanyalah fitnah semata-mata ? Jawapannya ada kepada Datuk Dr Awang Adek sendiri, persepsi ataupun realiti ia tetap menjadi penyumbang kepada keputusan PRU13 nanti, kerana orang Kelantan ni "mudoh baso sene kiro", mereka bukan tak ingin berubah, tapi mereka ingin berubah kepada yang lebih baik, dan Parlimen Bachok juga pernah dimenangi oleh Datuk Awang pada 2004 sebelum tewas pada 2008.

Jangan biarkan isu tersebut menjadi satu misteri !!! Jelaskanlah kepada rakyat bahawa puak-puak Pas itu FITNAH dan buktikan kebenarannya bersama. Anda Mampu Mengubahnya....

" Ore Kelate nih bare steady, bare ok baru beli ! "

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...