HUSAM JUMPA LOMBONG BIJIH BESI BUAT LEBUHRAYA


 
Hebat bukan ? penemuan bijih besi ini seolah-olah ianya baru dijumpai semalam, tindakan sebelum ini seperti memboikot pengusaha stesyen minyak Petronas, perhimpunan ganas dan sebagainya itu mungkin ketika lombong bijih besi ini belum dijumpai.

Percaturan politik dengan perancangan yang disangkanya bijak bagi menampakkan kerajaan negeri bersusah payah diatas mencari keburukan kerajaan pusat dilihat tidak berbaloi dari apa yang akan dibina itu berbanding dengan keperluan asas rakyat seperti air.

Pembinaan lebuhraya rakyat KB-KK yang sudah dipacakkan batu asas itu dianggarkan menelan belanja sebanyak RM 1.8 Billion, dan pembinaan projek tersebut sebagai tindakan yang tidak cekap kerajaan negeri dalam merangka tadbir urus yang baik, dengan kewangan yang masih di awang-awangan itu masih bernafsu besar untuk mencipta gimik pilihanraya yang berada diluar kemampuan mereka.

Sedangkan keperluan bekalan air bersih yang menjadi sumber utama rakyat tidak pula diutamakan, apakah ini kerana peruntukkan yang diberikan olen kerajaan pusat sebelum ini tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh kerajaan Pas Kelantan, malah dilaporkan berlakunya penyelewengan didalam syarikat yang bertanggungjawab untuk membekalkan sumber air tersebut.

Kenyataan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa mengenai hasil bumi Kelantan yang ditemui itu , membuktikan Negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang kaya tetapi kerajaan yang mentadbirnya gagal dalam mengurus kekayaan itu walaupun sudah lebih 22 tahun memerintah.

Kenyataan berpolitik itu juga bagi mewuujdkan pemahaman jumud kepada rakyat Kelantan bahawa kekayaan hasil bumi yang ada itulah yang menyebabkan kerajaan BN beria-ia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri Kelantan, dan jika diambil alih oleh kerajaan BN maka segala hasil kekayaan itu akan kering kontang dibaham oleh pemimpin BN.

Bagaimanapun apakah rakyat Kelantan akan berfikir secetek itu, tidak terlintaskah difikiran kita rakyat Kelantan mengenai hasil kekayaan negeri Kelantan ini mengalir kepada siapa ?, benarkah rakyat yang mendapat manfaat dari sumber kekayaan itu. Kalau kerajaan negeri pula sememangnya tidak mendapat manfaat yang sepadan kerana sentiasa miskin .

Mungkinkah hasil kekayaan itu dikongsikan oleh kroni dan parti Pas ? Perkongsian dalam kaedah-kaedah tertentu yang jelas merugikan rakyat Kelantan sendiri.? Yang kaya adalah kroni seperti Interbumi Mining Sdn Bhd dan pemimpin Pas sahaja, Anda Mampu Mengubahnya...

3 comments:

  1. Bos mohon share .... Mohon link acuuthink.wordpress.com dlm blog bos

    ReplyDelete
  2. Patut la,berderet-deret treler lalu ikut jln Gunong ke Tok Bali,Jln rosak tak usah kiro la,buke semalam bijih dijumpai tak sejak dari tahun lepas lg,kejo angkut 7 hari seminggu 24jam sehari PTG kelantan make gaji buto ke ?Nok buat kilang dKelate takut rakyat boleh kejo...Memang taik sungguh puak pas ni..rakyat jd kuli batak di negeri lain...wakil rakyat koho kayo ....!Ptuih...

    ReplyDelete
  3. Pakcu Rantau Panjang7/22/2012 7:33 PM

    Hasil Bumi ini sepatutnya dikongsi bersama dengan rakyat jelata bukannya hak milik YB atau Exco yang berniaga...sayang cakap tak serupa bikin. Alih-alih bijih dibawa pergi Cina untung besar Melayu untung sepuluh sen. Ini berniaga ala Mat Jenin ...panjang angan-angan tapi tak pandai merancang masa depan. Masa memerintah inilah nak tunjuk bukti bukan kaut untung selagi ada kerusi.....

    Rakyat tepi jalan makan kebut lori...nyaris-nyaris dilanggar lori tokey Cina apa nak jadi....Maaflah kalau terkena..harap-dapat perhatian yang empunya bodi...walahualam

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...