Tengku Mahkota Kelantan Tahu ! Takkanlah Nik Aziz Tak Tahu ?

Kelantan bukannya Negeri yang miskin, namun sikap pemimpin yang dipilih itu menyebabkan kemiskinan, dan yang pasti pemimpin Pas di Kelantan semuanya kaya raya dengan memiliki apa yang tidak sepatutnya dimiliki selagimana rakyat tidak mendapat kehidupan yang sempurna mengikut kehendak Islam yang sebenarnya.

Sebuah penempatan yang terletak
kurang 12Km dari Pusat Bandar Kota Bharu dan kira-kira 10 Km dari rumah YAB Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat, yaitu dikampung Pulau Gajah Pengkalan Chepa dimana terdapatnya hampir 30 keluarga miskin dan salah satu keluarga yang dijumpai dilaporkan terpaksa tinggal berhimpit-himpit bersama burung, kambing biri-biri, ayam, serta kucing didalam sebuah rumah,

Ibarat merekahnya bumi tiada hujan, gelapnya hati tiada iman, mundurnya negeri tiada pelaburan, hanya retorik menjadi harapan.....Sampai bila ianya harus dibiarkan ?.....

Miskinnya Kelantan  dianak - tirikan, punyai kekayaan digantikan wang ehsan, Miskinnya ilmu agama tiada alasan, kerana pemimpinnya berjubah dan berserban.....Adakah pakaian satu sandaran ?......

Terdahulu Pada 6 Disember 2011 akhbar Sinar Harian melaporkan pada artikel bertajuk " Bagaikan Tinggal Dikandang "
Berita Harian pula dengan artikel bertajuk " Kongsi Rumah Bersama Kambing "
Pada 13 September sekali lagi Sinar Harian melaporkan mengenai keluarga ini " Rumah Dipecah Masuk Pencuri "
Portal Detik Perubahan pula bersama rakaman video pada artikel bertajuk " Penderitaan Ibu Tunggal Di Kampung Pulau Gajah "
dan sekali lagi pada 15 Desember dengan tajuk " Perkampungan Daif Pulau Gajah "
Pada 1 Februari 2012 Portal Detik Perubahan membuat laporan kali ke dua " Kampung Jahiliyah Di Kawasan Tok Guru "
dan ketiga pada  7 Februari 2012 pada artikel " Perkampungan Jahiliyah "

Terbaru pada 2 Julai team Kelantan Cyber Warriors (KCW) menerusi blog Double-Y membuat liputan di perkampungan tersebut dan menyiarkannya pada artikel bertajuk  " Kedaifan Rakyat Kelate Di Bawah Regim Nik Aziz Nik Mat #MBMalas - Siri 1"

Bagaimanpun liputan terakhir yang disiarkan KCW itu tidak tampak sebarang perubahan yang berlaku dipenempatan ini melainkan hanya hukum alam rekahan bumi. Hal duniawi mungkin diluar kemampuan tapi bagaimana pula dengan dakwah islamiah yang diperjalankan oleh kerajaan Islam Pas ? Apakah ianya realiti atau sekadar retorik ? Sejujurnya Gk beranggapan bahawa dakwah Islam tidak pernah sampai dikawasan ini berdalilkan sosio hidup masyarakat setempat.
Untuk makluman, selepas berita kedaifan ini disiarkan oleh Sinar Harian pada 6 Disember tahun lalu, Kepekaan Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra menerusi Setiausaha MAIK, Che Hamat Che Muda, segera menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga tersebut.

Setelah rakyat disini memilih dan mewakilkan pemimpin yang disangkanya bertanggungjawab untuk membela nasib mereka di dunia dan diakhirat, pemimpin tersebut jelas berlaku khianat dengan mengabaikan mereka tanpa merasa sedikitpun berdosa.

Jika merujuk kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kawasan ini didalam Dewan Undangan Negeri Chempaka dibawah Parlimen Pengkalan Chepa. Pemimpin yang diberikan tanggungjawab itu atau juga disebut sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka, ialah Menteri Besar sendiri yaitu YAB  Datuk Seri Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala parlimen pula diwakili oleh  bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Andainya berita daif ini boleh sampai pada pengetahuan Tengku Mahkota Kelantan, masakan tidak kepada Menteri Besar Kelantan. Jika Tengku Mahkota Kelantan boleh menunjukkan tauladan kesultanan yang baik kenapa tidak Nik Aziz menunjukkan kepimpinan Ulamak yang baik ? Setakat ini difahamkan Nik Aziz atau wakilnya belum lagi mengambil apa-apa tindakan selain sibuk dipentas ceramah.

Jalankanlah kewajipanmu wahai pemimpin, jika tidak mampu memberi sepotong roti, alangkah baiknya jika turun berikan mereka sepotong ayat, tidak semua perkara akan selesai dengan wang, adakalanya mereka lebih memerlukan nasihat, dan Nik Aziz adalah orang yang seWAJIBNYA bertanggungjawab kepada mereka diatas amanah yang telah diberikan.............Anda Mampu Mengubahnya. Selanjutnya DiSINI

4 comments:

  1. Ceramah ceramah dan ceramah lebih penting dari kebajikan rakyat. Rakyat Kelantan terus dikorbankan. Macamana keluarga miskin ini nak bantu kerajaan Pas buat lebuhraya. Membangun bersama islam kunun.

    ReplyDelete
  2. nabi N.ajis tau ceramah dan duduk dalam mercedez je. Pergi sampai selatan Johor naik mercedez menghabiskan duit rakyat untuk isi minyak kereta. Sampai selatan Johor, tipu puak mengkarong hijau hidup-hidup. Balik bawak duit derma kononnya untuk bina lebuhraya rakyat, tapi rakyat di DUN sendiri langsung tak jaga.... itulah ular mak penjual agama....

    ReplyDelete
  3. 'yang pasti pemimpin Pas di Kelantan semuanya kaya raya dengan memiliki apa yang tidak sepatutnya dimiliki' - kau nak tipu sapa ni?

    semua org tau pemimpin2 yg pegang hasil kerajaan Malaysia yg baham duit rakyat. nak kaya raya join BN la! buat apa join PAS! Kau ni duduk dlm hutan ke?

    ReplyDelete
  4. Suke suke hati je ckp cmt0o kt ulamak.. Kau ingat smua manusia sempurna ke? Hanya Nabi je tau yg sesempurna makhluk.. Hbs t0o dbwah pmrintahn BN smua rakyt KAYA ke? Kalo smua KAYA aku respect BN.. Taip guna OTAK!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...