Isu tarikh pilihanraya sudah menjadi satu isu besar bilamana jangkaan awal ia akan berlaku pada Jun lalu meleset sama sekali apabila YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membuat apa-apa pengumuman mengenainya.
Desakan pembangkang supaya diadakan pilihanraya segera sebahagiannya disambut baik oleh barisan kepimpinan BN sendiri tanpa memikirkan usaha pemantapan jentera dan susun atur yang baik sepertimana yang telah dirombak lakukan didalam kepimpinan pemuda yang ditunjangi oleh ketuanya Khairy Jamaluddin.
Bila sebut persediaan BN untuk menghadapi pilihanraya berada di 'gear 5' sepatutnya ia difahamkan keadaan itu stabil dan boleh meneruskan perjalanan panjang dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah, di gear 5 juga bermaksud ia tak akan 'jem' kerana sudah berada pada tahap yang sesuai, namun ada juga segelintir darinya seakan-akan tidak faham dengan situasi dan keadaan yang sedang dialami.
Pilihanraya mesti diadakan tahun ini ! benar sekali, itu adalah satu strategi yang baik dalam menghadapi pembangkang yang modalnya hanyalah air liur semata-mata, bila mendengar keadaan itu berkemungkinan pihak pembangkang akan menggunakan keringat fitnahnya sebaik mungkin dengan menyangka PRU akan berlaku dalam masa terdekat sekaligus strategi yang disusun mereka akan bercelaru yang akan memberikan kelebihan kepada BN untuk dimanfaatkannya.
Sebenarnya soal bila tarikh pilihanraya tidak perlu difikirkan, apa yang perlu difikirkan ialah mengenai dengan pemantapan jentera bagi memastikan kemenangan bergaya BN pada PRU 13 nanti, jika anda seorang pemimpin yang ikhlas apa anda peduli dengan bila tarikh PRU, kerana tarikh itu WAJIB akan tiba, rutin anda sebagai pemimpin perlu dilaksanakan dan tidak hanya sibuk untuk memikirkan projek yang akan masyuk dan yang sedang masyuk semata-mata.
Sama seperti solat, bila anda nak mati itu tak perlu dipersoalkan, namun tanggungjawab sebagai umat Islam untuk mendirikan solat wajib dilaksanakan, tidak ada erti jemu dalam kewajipan dan didalam sebuah perjuangan, tidak juga hanya melakukan sesuatu perkara itu bersifat sementara dengan tujuan untuk mendapat sesuatu keuntungan diri sendiri, jika berlaku ini satu hal yang tidak betul.
Bagaimanapun jika diamati politik yang berlaku didalam negara pada hari ini, khususnya didalam kepimpinan BN, maka ada baiknya dan tersangatlah WAJAR untuk Najib menTransformasikan barisan kepimpinan BN yaitu sekurang-kurangnya 70peratus, ganti pemimpin yang dah expired dan kembung dengan muka-muka baru yang agresif, masih suci atau dengan kata lain tidak terkait dengan sebarang skandal untuk menyerang balas persepsi yang ditimbulkan oleh pembangkang. Sebagai contoh sepertimana Rafizi didalam Pkr.
Sesuatu isu yang ditimbulkan pembangkang sebagaimana yang pernah ditimbulkan oleh Saifuddin Nasution tahun lalu, yang akhirnya Saifuddin menerima serangan balas dari jentera BN dengan membangkitkan isu 'rumah banglo' yang dimiliki beliau, dan kelihatan serangan Saifuddin tumpul kerana terpaksa fokus dengan dua keadaan namun cepat disedari pembangkang sebelum meletakkan Rafizi sebagai penggempur mereka dan ternyata persepsi yang dicetuskan Rafizi berjaya menurunkan seorang Menteri penuh dari BN.
Walaupun barisan kepimpinan BN tidak diTransformasikan, masalah 'cah keting', kecewa atau berpaling tadah tetap jua berlaku, alang-alang begitu lebih baik ia diTransformasikan supaya imej BN berubah dan mampu meletuskan satu momentum yang luar biasa kepada negara dan persepsi rakyat terhadap BN. Hanya dengan cara itu sahaja dilihat mampu meletakkan BN khususnya UMNO pada tahap terbaik sebagaimana keadaan semasa zaman kegemilangannya dahulu.
Bagi mengatasi masalah pemimpin yang kecewa dan keluar 'meloncat-loncat' kononnya dialah sebaik-baik manusia dan menentang BN samada bersama NGO atau pembangkang, siapkan saja SPRM atau agensi berkaitan untuk menyiasat kebaikkan terkonon yang disalaknya itu. Situasi sama menang sebegini akan lebih menampakkan ketinggian sebenar langit dan kerendahan sebenar bumi. Namun hanya keberanian sahaja yang mampu untuk mengubah segala-galanya sebelum ia diubah.....Anda Mampu Mengubahnya....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.