DALANG SEBENAR DEMONTRASI GANAS TERBONGKAR - KETAKWAAN NIK AZIZ MERAGUKAN

Biarpun agak lewat sedikit untuk disiarkan keadaan yang sebenar mengenai pertembungan Demontrasi ganas oleh dua kumpulan dihadapan SUK baru-baru ini, namun kebenaran itu tetap akan muncul, walaupun lambat tapi ia pasti,

Jika minggu lalu Gk menyiarkan cerita sebelah pihak, hari ini cerita sebelah pihak yang lain pula, kelewatan kumpulan ini untuk menerbitkan gambar-gambar sebenar situasi kekecohan tersebut disebabkan mereka tidak merancang dan langsung tidak menyangka hal demikian boleh berlaku, atas sebab itu pihak mereka tidak sempat merakamkannya diatas kekelamkabutan yang timbul.

Berbeza dengan kumpulan yang dikenali sebagai TEAM "R" yang dilihat sudah merancang dengan mengambil gambar dan video pada angle yang memihak kepada mereka.

Disamping itu lebih malang lagi bagi kumpulan yang menuntut 22 Janji kerana mereka ibarat seperti anak tiri tanpa dipedulikan oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri sendiri. Kerajaan Islam Kelantan mengamalkan keadilan yang tidak pernah diajar oleh Islam dengan hanya merakamkan takziah dan memberi sumbangan kepada NGO yang berpihak kepada mereka sahaja.
 Hal ini tidak wajar berlaku kepada sebuah kerajaan lebih-lebih lagi kerajaan yang dikatakan terpimpin oleh Ulamak, sebagai kerajaan, ia bertanggungjawab  kepada seluruh rakyatnya tanpa mengira fahaman atau ideologi politik. Namun kenapa hanya 5 orang daripada kumpulan yang menuntut royalti sahaja diberi sumbangan sedangkan satu kumpulan lagi diabaikan.

Apakah Nik Aziz tidak mengaku rakyatnya sepertimana satu ketika dulu Nik Aziz tidak akui bahawa orang Asli yang turut berdemontrasi itu benar-benar Asli. Andaikata berlakunya demontrasi sekali lagi dan menyebabkan kecederaan kepada penyokong Pas, dan ketika membawa mereka ke hospital, pihak hospital tidak menerimanya kerana mereka bukan dikalangan yang menyokong kerajaan.

Bukankah hal itu akan riuh seluruh dunia, jangan hanya nampak kesalahan orang lain semata-mata sedangkan kita yang berserban besar pun berjalan tidak betul dan bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Jika begitu siapa lagi yang akan menghormati orang yang dipanggil sebagai Ulamak itu.
Dengan bukti yang ada, adalah dinasihatkan mangsa yang menuntut 22 Janji  itu tampil membuat tuntutan keadilan supaya diberikan HAK sama rata dengan layanan sepertimana yang telah diberikan kepada NGO yang menyokong mereka. Ini kerana kedua-dua kumpulan tersebut adalah rakyat dan tuntutan mereka juga adalah untuk kepetingan rakyat.
Kenapa sanggup Kerajaan Pas Kelantan menafikan HAK rakyatnya sedangkan pada masa sama mereka sering melaungkan HAK itu, apakah HAK itu hanya tunainya diwajibkan keatas kerajaan BN sahaja dan tidak termasuk kepada kerajaan Pas?

Sekiranya Nik Aziz orang yang beriman dan bertakwa, lupakah beliau dengan firman Allah Taala didalam surah Al-Maidah ayat 8 yang menyebut:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa”.

Kesimpulannya jelaslah maksud ayat diatas bahawa sikap adil itu lebih hampir kepada takwa,dan hendaklah Nik Aziz serta kerajaan Pas Kelantan mencontohinya selari dengan apa yang dikatakan telah diperjuangkan oleh mereka. Anda Mampu Mengubahnya.


5 comments:

  1. Itulah umrah kata N.ajis

    ReplyDelete
  2. N.ajis ni dah tua renta.Bawak2lah bertaubat,renti2kanlah berpolitik.Ingat2lah mati.Harta dan pangkat tak boleh bawa masuk kubur.

    ReplyDelete
  3. xde hujah pun artikel ni...haha lucu la penulis ni

    ReplyDelete
  4. woii bangkai,,law xtaw cite jgn duk wt taik la...
    kami rakyat Qlate msih pelukan TGNA....
    dye bkn nk sgt jwtn tu tp rkyat yg desak...
    dye da nk lpskn jwtn dye dr dulu lg...

    ReplyDelete
  5. Hanya ajal aje yg akan lepaskan jawatan Nik Aziz. Pd masa tu, siapa lagi harapan rakyat kelate? Bagai kapal hilang nakhoda. Nik Aziz hanya pemimpin 'on man show'.

    Jika nak dibanding dgn umno, pemimpin bersilih ganti, tiada ap yg berbeza. Yg salah dihukum, yg berjaya dipertahankan. Tiada apa yg kekal. Setia pd pemimpin sedia ada, dihargai pemimpin yg lepas. Simple! Tiada istilah taksubers.

    Sifat manusia, akan jadi riak bila ditatang. Cakap mula merapu tahap Tuhan. Tuhan boleh mencarut, apa salahnya dia?

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...