Tiga Beradik Miskin Tunggu Nik Aziz Di Kubu British !

KAMPUNG NIPAH, Bachok – Tiga beradik dekat sini terpaksa merempat dalam sebuah kubu tinggalan Jepun ketika Perang Dunia Kedua akibat kesempitan hidup.

Zaini Kasim, 43, berkata, sejak ibu mereka, Halimah Othman terbunuh dalam kemalangan maut empat tahun lalu, hidup mereka semakin melarat sehingga terpaksa menumpang di pondok tepi tanah perkuburan.

Menurutnya, ketika ibu mereka masih hidup, mereka tinggal menumpang di sebuah rumah di Pulau Belongan, namun terpaksa keluar selepas kematian ibu mereka.

“Kami tiga beradik kini ibarat sebatang kara sejak ibu meninggal dilanggar kereta sewa ketika dalam perjalanan menghantar kuih ke kedai, empat tahun lalu.

“Selepas ibu meninggal dunia, kami menumpang di pondok tepi kubur Bachok kira-kira setahun. Sejak minggu lalu, kami terpaksa pindah mendiami kubu peninggalan Jepun ini sebagai tempat perlindungan baru,” katanya kelmarin.

Beliau berkata, kini hanya dia seorang sahaja yang bekerja sebagai awak-awak bot nelayan sekali sekala untuk menyara dua adiknya yang sakit.

Merempat dalam kubu Jepun
Menurutnya, dua adiknya, Zami, 42, menghidap batuk kering dan Zafni, 41, pula mengalami penyakit mental.

Bagaimanapun, adik bongsu mereka, Rosmiza Kasim telah berumah tangga dan menetap di Kemaman.

“Kami tidak mampu menyewa rumah sendiri kerana pendapatan saya tidak menentu dan cukup untuk kami makan ala kadar sahaja," katanya.

Saudara mereka, Che Rahim Mohamad, 53, berkata, dia bersimpati terhadap tiga beradik itu dan berharap ada pihak sudi membantu.

“Saya yang bawa mereka tinggal di sini buat sementara waktu selepas tidak mempunyai tempat tinggal lain untuk berteduh. Tetapi kubu ini tidak selamat kerana apabila air pasang, air melimpah ke dalam kubu. Apabila musim tengkujuh juga ribut dan ombak besar melanda.

“Sebelum ini ketika mereka tinggal di tepi kubur, saya sering membantu dari makan minum mereka. Malangnya mereka buta huruf dan tidak sihat menyebabkan sukar mereka mendapat pekerjaan.

"Mereka yang ingin membantu boleh hubungi saya di 014 5158654,” katanya. - Sinar Harian

6 comments:

  1. Kenapa la berita ini di hangatkan,tempat anak beranak ini tinggal, tepi rumah YB HJ Omar DUN Perupok pegi la duduk rumoh dio,Negara Berkebajikan kan.....jgn dok pandai main telefon jah...
    Buat malu ore Bachok jah...

    ClorocBleach

    ReplyDelete
  2. ni semua salah umno.20 tahun tak cukup untuk basmi saki baki kemiskinan tinggalan umno beserta royalti yg dnafikan.

    ReplyDelete
  3. sekor bongok pas ngomel mcm org giler babi! srmua salah umno..woi bahlol pas! 20 tahun perintah ape nik ajis buat? mane tabung derma? kata negara kebajikan..kes mcm ni pun tak blh selesai?

    ReplyDelete
  4. Nik Aziz tunggulah nanti di pintu 'neraka';
    Ko nak kena hisab dulu;
    1. Apasal air keruh tak jadi bersih 20 tahun rakyat menunggu!!!
    2. Hasil balak habis kemana???
    3. Hasil emas halal dan haram, habis kemana???
    4. Ubat HIV mana???
    5. Mana kondom, apa tak beri pada pelanggan2 pelacur???
    6. Peruntukan Persekutuan mu belanja kemana???

    ReplyDelete
  5. o'aloh!!

    menjaga kebajikan rakyat bwh negeri adalah tanggungjawab MB, takkan nak salahkan PM nun jauh di Putrajaya? apa pok nik buat selama 20 tahun ni? mrk ni dah lebih 40 tahun umur. maknanya bukan baru mrk hidup susah dgn ibu mrk, dgn adik2 yg sakit2... takkan dia nak kata 'tak tahu' jugok?

    pegawai2 kerajaan negeri keliling MB dok buat gapo? saja2 makan gaji & nak pakat2 jatuhkan tok guru? malang kalu n.azis mempunyai pegawai2 yg makan gaji buto lagu tuh!! malang lagi rakyat kelantan yg susah hidup di bawah MB yg suka salahkan pihak lain selain diri sendiri yg GAGAL menjaga kebajikan rakyatnya. yg dia tahu mintak derma lagi..derma, derma, derma...gi mana derma2 tu semua kalu begini nasib anak negeri?

    mcm mana nak mengaku memerintah ikut Sunnah Nabi sedangkan nak ikut bijak mcm para sahabah pun GAGAL? khalifah umar yg berjalan keluar malam2 melihat kebajikan rakyatnya pun nik azis tak terbuat???

    sedap sungguh duduk di kerusi MB!!! bila ada kes lagu ni, salah ka kerajaan pusat. senang sungguh pencacai mrk dididik!!

    ReplyDelete
  6. Sikit2 salahkan UMNO sebab tak dapat royalty, macam mana pula kat negeri lain yang tak ada royalty pun boleh membangun? Kalau nak maju minda subsidi tu kena buang jauh2, minda suka salahkan orang lain bila kita bermasalah kena buang jauh2, Negeri serambi Makkah ni tentunya banyak di huni oleh orang2 yang beriman yaitu orang yang membesarkan Allah tetapi kalau asyik dok bergantung harap dengan makhluk.. isle mu apo ceghito wae..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...