Balak - Senarai Syarikat Kroni Husam ? Dan Penyata Kewangan Kerajaan Kelantan

Sedang pemimpin Pas berceramah mengenai pemimpin Umno yang didakwa telah menjual tanah di negeri Johor kepada cina apa pula kurangnya dengan pemimpn Pas di Negeri Kelantan, jika tewasnya Pas di kawasan Hulu jangan kata sebab rakyat tak dapat informasi tepat mengenai politik, tetapi kekalahan itu disebabkan kezaliman Pas merampas tanah-tanah yang yang sudah sekian lama diterokai oleh rakyat.


 Pembalakkan yag bermaharajalela dengan jelas terbukti ia dengan 'kojek'nya bukit bukau disini, namun kerajaan Pas mengomongkan sentiasa miskin, macam mana boleh miskin dengan kekayaan negeri yang melimpah ruah ini, negeri Kelantan kaya dengan hasil buminya, tetapi semuanya dirompak haram sepertimana yang berlaku keatas perlombongan emas yang dilaporkan media baru-baru ini.

Bagaimanapun pemimpin Pas sibuk dengan tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat, nak usaha sendiri tak reti, lepas tu mula nak mengemis, sebab kata mengemis tu kerana nampak sangat isu tersebut hanya dipolitikkan semata-mata, tapi bagaimana dengan royalti balak ? sudah tuntutkah dengan 'tauke cina' yang sudah membalak itu, kemana royalti tersebut disalurkan ? jangan pula kata Sultan...........

Pemberian tanah serta pembalakan yang berlaku itu tidak dapat Gk nak pastikan samada ia selari atau tidak dengan sumber hasil kerajaan negeri seperti yang dilampirkan dibawah. Serah sahaja ia pada pakar untuk memperjelaskannya, jangan hanya 'lapar' nak jadi calon sahaja, ni ramai sangat yang 'lapar' nak jadi calon tapi sumbangan habuk pun tarak...
  Dibawah pula adalah sebahagian dari senarai projek dan nama syarikat perunding serta pelaksana projek dari tahun 2006 sehingga 2010 yang diambil dari laporan EIA. Jika diselidik satu persatu akan nama-nama syarikat tersebut pasti banyak lagi penemuan-penemuan yang tidak terjangka akan ditemui. - bersambung. Anda Mampu Mengubahnya..... Lagi mengenai tanah di Gua Musang sila ke blog AmboOrangKampung.




2 comments:

  1. layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2 , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

    ReplyDelete
  2. husam musa pun terlibat dgn skandal balak? Alahai husam...tak payah la dok komen kerajaan Kelantan skrng ni sbb dulu kau pun banyak buat hal.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...