Pada minggu lalu Krew Kelantan Cyber Warriors (KCW Squad) turun membuat liputan berkaitan isu projek depu yang menjadi tanda tanya seluruh rakyat di Malaysia terutamanya rakyat di Negeri Kelantan Darul Naim. Projek depu yang diilhamkan oleh Exco Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa ini terletak di Gua Musang.
Gk bersama blogger AmboOrang Kampung, taiko Mr Roza serta dibantu dua yang lain bersama meredah belantara tanpa sebarang papan tanda untuk sampai di ladang yang penuh misteri ini. Agak sukar ke ladang ini sepertimana sukarnya untuk mempercayai Husam Musa, jalan menuju ke tapak ini tidak punyai penduduk dan juga tidak punyai rangkaian celular. Bayangkanlah Adun dan Penggawa sendiri pun tidak tahu akan kewujudannya.
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang turun berjuang sampai juga ke projek Husam, setibanya kami turut membuat rakaman ke seluruh kawasan tapak dan menemuramah pekerja PMBK merangkap 'Supervisor' di projek depu ini. Segala maklumat berkaitan projek depu telah kami rekod untuk dipersembahkan kepada seluruh rakyat Kelantan bagi tujuan penilaian terhadap kata-kata pemimpin yang bakal dipilih oleh mereka.
Namun untuk itu kami persembahkan dahulu sebahagian persoalan-persoalan yang ditanya kepada pekerja PMBK ini sebagai intro untuk Husam membuka fail saman kepada kami sekiranya apa yang didedahkan ini tidak benar. Jawapan kepada persoalan itu pula akan kami dedahkan beberapa hari lagi bagi memberi laluan kepada isu-isu yang sedang hangat diperhebohkan sekarang ini.
Jawapan Husam pada Sidang Dun mengenai projek depu boleh dibandingkan dengan gambaran sebenar apa yang berlaku pada rakaman video dibawah, elok juga jika pencacai Husam memaklumkan kepada beliau akan perkara ini supaya beliau tidak akan menjawab "Ambo tak tahu" sepertimana jawapan yang sering digunakan oleh Bosnya......Nantikan pembongkaran seterusnya selepas ini............Anda Mampu Mengubahnya....
TERBAIK LAH VIDEO NI GK !
ReplyDeleteGUA LINK
Thanks GAP,sokongan terbaik.
ReplyDelete