Showing posts with label sultan kelantan. Show all posts
Showing posts with label sultan kelantan. Show all posts

Bakar Gambar Sultan Kelantan? Hina Isteri Rasulullah, Inilah Orangnya

Insiden membakar papantanda pada bahagian gambar Tuanku Sultan Kelantan sehingga hari ini masih belum dilaporkan mengenai perkembangannya oleh pihak berkuasa khasnya Polis Diraja Malaysia PDRM. Berkemungkinan besar kes ini turut ditutup dan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.

Menerusi penelitian terperinci terhadap kes bakar gambar Tuanku ini, apa yang didapati orang pertama yang melihat papantanda itu punyai kesan bakar adalah rakan kepada bekas penderhaka terhadap Almarhum Sultan Johor yaitu Khairul Nizam atau lebih dikenali sebagai Aduka Taruna.

Namun terlalu awal untuk kita menuduh sesiapa sekalipun melainkan siasatan selesai dijalankan oleh pihak polis, kes sebegini mungkin terlalu jarang berlaku bahkan tidak pernah berlaku, dan kita yakin ianya dilakukan oleh orang yang beraninya agak luar biasa, dan sering melakukan perkara yang jarang dilakukan oleh orang lain, selain itu suspek juga punyai niat dan agendanya yang cukup besar terhadap umat Islam (ASWJ) berhubung dasar fahaman kumpulan tertentu yang diamalkan.

Sudah pasti keberadaannya bermaharajalela dinegeri Kelantan dilindungi oleh pemimpin tertentu yang berpengaruh dan turut berideologi yang sama, perwatakkan mulia Tuanku Sultan dengan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan bertentangan dengan amalan sonsang yang diamalkan oleh individu tertentu turut mempengaruhi tindakan membakar gambar Tuanku.

Samada dalam sedar atu tidak tindakan melaga-lagakan kumpulan tertentu dengan pihak Tuanku Sultan semakin menjadi-jadi, angkara syiah mesti diperhalusi dan wajib kita umat Islam sentiasa berhati-hati, kerana musuh dalam selimut itu lebih bahaya daripada musuh yang nyata. 

Aksi gambar dibawah dilakukan beberapa hari sebelum kejadian bakar gambar Tuanku dilaporkan. Lihat kesan bakar yang ditinggalkan, agaknya bahan apa yang digunakan untuk membakar gambar Tuanku itu ?

Agenda syiah untuk menghancurkan dan melaga-lagakan umat Islam tidak akan terhenti, berwaspadalah.Tulisan Aduka diatas buatkan saya tidak terungkap, dia bagaikan manusia yang terlalu baik lagi bijak, kerana itu dia sering 'langgar' tanpa pernah di'langgar'. - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.
Cross Finger jadi amalan


Kes yang ditimbulkan oleh geng ini memang terlalu dasyat, jangan ingat ia akan terhenti jika tidak dibendung.

Amalan biasa yang tidak perlu dihairankan

Bakar Gambar Sultan - Inikah Bahan Yang Digunakan Bersama Penderhaka

Kebarangkalian itu besar kemungkinan ada, kerana wujud unsur-unsur yang boleh dikaitkan dengan pembakaran papantanda gambar Tuanku Sultan Muhammad Ke V sebagaimana yang dilaporkan, sebelum itu bayangkan bagaimana papantanda berkenaan dibakar dengan kesan sebagaimana yang terdapat pada paparan gambar dibawah.

Adakah anda setuju papantanda berkenaan dibakar dengan menggunakan bahan yang pernah digunakan oleh penyokong Pas sebagaimana yang diperlihatkan pada gambar diatas ?, kita tidak menuduh sebelum diputuskan bersalah oleh pihak yang berhak, namun kita berpendapat itulah cara yang paling tepat digunakan oleh penjahat untuk membakar gambar Tuanku Sultan yang disayangi rakyat.

Ingatlah Allah Maha Berkuasa diatas segala perkara, kuasa Allah mengatasi segala-galanya, bagaimana hebat pun manusia itu, namun kekuasaan Allah akan memperlihatkan segala-galanya bila ia mengkehendakinya, dan ketika itu sedarlah kita yang mana yang hak dan yang mana pula yang batil. Yang mana selalu suka duk fitnah orang terimalah padahnya.

Daulat Tuanku raja yang berakhlak, biarpun bergelar raja baginda tidak lupa sujud kepada yang Esa, namun derhaka rakyat tiada taranya, membakar gambar raja yang adil petanda malapetaka, bala laknatullah akan menimpa.....

Nak berpolitik, politiklah...Tapi jangan sampai kurang ajar biadap yang melampau, politikkanlah orang politik tetapi tidak baginda raja, ajaran Pas kepada penyokong mereka inilah hasilnya, sudah agama dirosakkan Sultan pula ingin dijadikan mangsa,...Anda Mampu Mengubahnya.

Apakah bekas penderhaka terlibat dengan penderhakaan ini ???

Allahuakbar !!! Sebesar2 Papantanda, Bahagian Gambar Sultan Juga Yang Dibakarnya @PDRMsia

Politik gila yang melangkaui batas ketamadunan ini sewajibnya dibanteras habis-habisan sehingga ke titisan darah yang terakhir...Sekiranya politik gila ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan KHAS ia akan mencetuskan ketegangan dikalangan masyarakat yang akhirnya hanyalah memberi mudarat kepada masyarakat itu sendiri. 

Sebesar-besar papantanda itu, bahagian pada gambar Tuanku Sultan juga yang nak dibakarnya, apa motif sebenar si pelaku ???

Sentimen kebencian yang ingin dicetuskan ini terlalu melampau, membakar papantanda pada bahagian gambar Tuanku Sultan Muhammad V ini adalah satu perbuatan yang terlalu jahat dan menghina seorang Sultan yang berakhlak mulia seperti Tuanku Sultan Muhammad V.

Pengamal politik melampau mempercayai ia dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan perjuangan menuntut royalti dan mendaratkan gas ke bumi Kelantan. (berunsur politik)

Kesan buruk dari perbuatan dan syak itu terlalu besar kepada mereka yang dituduh tidak senang dengan perjuangan oleh pengamal politik gila, sedangkan apa yang dituntut itu bukan HAK melainkan mencari keuntungan politik semata-mata.

Bertenang seketika dan laraskan pemikiran pada tahap normal selari dengan peredaran zaman yang tidak hanya tertumpu kepada pemikiran yang kolot lagi jumud, jika dipercayai individu yang membakar papantanda itu adalah mereka yang menentang perjuangan menuntut royalti, apa faedah yang akan didapati hasil dari membakar papantanda tersebut ?

Sesuatu yang dilakukan itu pasti punyai agendanya tersendiri, mudah saya nak sebut mereka yang menentang itu adalah dianggap sebahagian mereka ialah orang UMNO, itu hakikatnya, namun apa keuntungan dari perbuatan itu sekiranya ia dilakukan oleh Umno ?

Bagaimanapun saya secara peribadi lebih mempercayai ianya dilakukan oleh orang Pas dan mereka yang terlibat dengan tuntutan royalti tersebut, kerana mereka (Pas) yang akan dapat untung dari perbuatan itu. (membakar papantanda pada bahagian gambar Tuanku)

Sentimen dari perbuatan jahat ini jelas menguntungkan Pas, oleh demikian ia terlalu mustahil orang Umno ingin buat perkara yang boleh menguntungkan Pas. Orang Umno gila mana yang nak buat ?, cara politik Pas ni duk dalam poket jah hok sengoti pun, kalau kata macam tu mereka akan berdalih dengan mengatakan mereka tidak menuduh orang Umno tetapi pada masa sama hanya mempercayai ia dilakukan oleh mereka yang menentang tuntutan royalti.

Mantik jumud yang dipelajari dari Nik Aziz tu sebenarnya sudah tidak relevan lagi, setiap perkara sudah dapat kita membacanya, sebagai contohnya kenyataan Nik Aziz berhubung isu Umno murtad, namun apabila perkara ini dipanjangkan, dengan serta merta Nik Aziz tidak mengaku  dan menyalahkan pihak media. Itulah cara politik gila.

Apapun kita mengharapkan kes ini disiasat dengan segera kerana ia melibatkan keharmonian masyarakat dan penghinaan terhadap Tuanku Sultan, kerah seluruh pasukan polis khasnya Unit Forensik bagi membantu menangkap suspek jahat itu, mungkin hukuman bunuh adalah paling wajar dihukum keatas pelaku, jangan diberi muka, kerana tindakannya itu boleh mengakibatkan salahfaham dikalangan penyokong parti tertentu dan mendorong kepada pertumpahan darah. Atau orang Pas nak kata hukuman bunuh itu tidak wajar ??? Lagumana perut pedal yang tergamak bakar gambar Tuanku ??? Anda Mampu Mengubahnya..

Biarpun kesan bakar itu cuma sedikit dan mungkin kebanyakan orang awam tidak perasan wujudnya kebakaran pada papantanda tersebut, tapi mata puak Pas ni ganas sungguh, napok demo kelih dih...PDRM nok tunggu apa lagi, takkan tak reti-reti lagi !!!

Sultan Muhammad V Sukacita Kerajaan Pusat Tak Pinggir Kelantan

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana tidak meminggirkan negeri itu daripada arus pembangunan.

Baginda bertitah Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia sebahagian daripada Malaysia, dan berharap projek yang dilaksanakan dapat merangsang lagi pertumbuhan ekonomi di negeri itu.

"Beta merasa sukacita dengan perkembangan projek 'Central Spine Road'. Beta difahamkan projek tersebut sedang giat dilaksanakan di sempadan negeri Pahang dan Kelantan dan akan dilaksanakan di jajahan Gua Musang termasuk pembinaan persimpangan bertingkat di kawasan bandar baru Gua Musang," titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-43 di Istana Balai Besar di Kota Bharu hari
ini.

Pada istiadat tersebut, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) membawa gelaran Datuk, mengetuai 238 penerima darjah kebesaran dan Jaksa Pendamai (JP), manakala 397 penerima bintang, pingat dan surat kepujian akan menerima anugerah masing-masing pada istiadat yang akan ditetapkan kemudian.

Sambil berharap projek lebuh raya baru itu menjadi kenyataan, baginda menggesa supaya projek itu dapat dipanjangkan hingga ke Kota Baharu.

"Selain itu, harapan beta agar satu rangkaian jalan raya yang bertaraf lebuh raya dapat dibina di negeri ini sebagaimana di negeri pantai barat atau pantai timur yang lain, bagi merangsang lagi pertumbuhan ekonomi di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya," titahnya.

Baginda juga menggesa pihak yang terlibat dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini melalui kaedah pengambilalihan aset air negeri oleh Pengurusan Air Berhad, menyelesaikannya secepat mungkin, bagi memastikan rakyat dapat menikmati sumber bekalan air yang berkualiti dan terjamin bersih.

Baginda juga berharap Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa di sini, dinaik taraf sebagai hab penerbangan serantau ke Malaysia dan negara Asean di samping penerbangan terus untuk jemaah haji ke Arab Saudi.

Baginda gembira dengan bilangan pelancong yang melawat negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, iaitu berjumlah 3.4 juta orang bagi tempoh Januari hingga Ogos lepas.

"Pelaksanaan perkhidmatan penerbangan empat kali seminggu Kota Baharu-Singapura yang bermula pada Ogos lalu merupakan satu usaha dalam memacu perkembangan sektor pelancongan di negeri Kelantan dan meningkatkan aktiviti perdagangan," titahnya.

Baginda juga berharap kerajaan negeri dan persekutuan memberi tumpuan kepada usaha memulihara alam sekitar dan menjadikannya sebagai satu elemen penting pembangunan, di samping menggalakkan lebih banyak penyertaan masyarakat dalam usaha tersebut.

Bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang bermutu dan terbaik, baginda menyarankan jentera pentadbiran kerajaan negeri sentiasa proaktif dan progresif dalam usaha memperbaiki dan tingkatkan sistem pentadbiran sedia ada.

Baginda juga mahu kerajaan negeri memberi perhatian terhadap usaha mengurangkan kadar kemiskinan terutama golongan miskin tegar, dengan melaksanakan program yang lebih bermakna.

Baginda turut mengingatkan dalam merealisasikan dasar pertanian negeri, sektor pertanian perlu dilihat bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan dan menjana ekonomi tetapi adalah sebahagian ibadah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Mengenai pembangunan Tok Bali di Pasir Puteh sebagai kawasan industri dan bandar baru, baginda mahu pihak berkaitan meningkat usaha menaik taraf insfrasruktur asas terutama jalan raya dari Kota Bharu-Pasir Puteh-Tok Bali.

"Beta mengalu-alukan para pelabur agar memilih Kelantan, khususnya Tok Bali sebagai destinasi pelaburan dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan berkaitan minyak dan gas," titah baginda.

- Bernama

Tengku Mahkota Kelantan Tahu ! Takkanlah Nik Aziz Tak Tahu ?

Kelantan bukannya Negeri yang miskin, namun sikap pemimpin yang dipilih itu menyebabkan kemiskinan, dan yang pasti pemimpin Pas di Kelantan semuanya kaya raya dengan memiliki apa yang tidak sepatutnya dimiliki selagimana rakyat tidak mendapat kehidupan yang sempurna mengikut kehendak Islam yang sebenarnya.

Sebuah penempatan yang terletak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...