Showing posts with label miskin kelantan. Show all posts
Showing posts with label miskin kelantan. Show all posts

Annuar Musa Hebat !!! - Semua Rumah Golongan Miskin Di Parlimen Ketereh Akan Dibaiki Serta Merta

Tahniah buat seluruh rakyat di Parlimen Ketereh kerana telah membuat pilihan yang tepat didalam PRU13 yang lalu, diatas kecerdikkan anda memilih pemimpin, maka sudah pasti manfaatlah yang bakal anda terima.

Kepada semua golongan yang memerlukan di Parlimen Ketereh, sekiranya perlukan bantuan untuk membaiki rumah, anda boleh memohon bantuan berkenaan di pusat khidmat KHADAM sebagaimana yang dinyatakan oleh pemimpin anda seperti dibawah.

Jika sebelum ini rumah anda ditirisi air hujan, selepas ini tidak lagi, betapa beruntungnya warga Ketereh kerana tidak bebal mengundi Bulan, dan kita yakin keberuntungan itu bukanlah semata-mata hanya bantuan membaiki rumah, bahkan banyak lagi faedah lain yang bakal menyusul selepas ini.

Semoga Tan Sri Annuar Musa dapat jadikan Parlimen Ketereh sebagai parlimen contoh bagi rakyat yang cerdik memilih pemimpin, diatas manfaat yang diperolehi oleh rakyat di Ketereh sekurang-kurangnya ia akan menarik minat lebih ramai lagi rakyat di lain-lain parlimen untuk turut sama menyokong pemimpin dari Barisan Nasional pada PRU14 nanti.

Tambah menarik kiranya di Parlimen Ketereh boleh diistiharkan dengan sesuatu keistimewaan lain dari yang lain, contohnya di Parlimen Ketereh boleh diistiharkan 'sifar rumah bocor' atau tidak ada satu pun rumah (golongan miskin) yang atapnya bocor, maka secara tidak langsung kewujudan seseorang pemimpin itu boleh dirasai dan dibandingkan sekaligus ia mengambarkan sikap kepedulian pemimpin terhadap rakyatnya selain dapat mengikis tanggapan masyarakat bahawa siapapun pemimpin atau pemerintah itu sama saja atau tidak merubah kehidupan mereka.

Apapun, pengumuman bantuan membaiki rumah itu sangat bertepatan dengan perkhabaran yang dibawa oleh Adun Kok Lanas yaitu wakil dari salah satu DUN dalam Parlimen Ketereh semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno tahun lalu. Maknanya bantuan tersebut juga merupakan antara kehendak utama rakyat di kawasan berkenaan, syabas buat pemimpin yang mengerti denyut nadi rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

Apakah selepas ini Parlimen Ketereh se-gah TRW ?...

Budak Hilang Dalam DUN Sendiri Pun Nik Aziz Tak Tahu

KOTA BHARU – Akibat kemiskinan hidup, sebuah keluarga terpaksa mempertaruhkan anak lelakinya seusia 12 tahun demi meneruskan kehidupan dengan menjaja kuih, namun agak malang apabila anak lelakinya itu dilaporkan hilang hampir sebulan lalu setelah tidak pulang ke rumah selepas keluar menjaja kuih.

Ibunya, Mazhamizan Mokhtar berkata anak keduanya, Mohd Zafran Fakhrullah Zulkarnaim tidak pulang ke rumah sejak 5 Januari lalu selepas menjalankan kegiatan rutinnya menjual kuih yang dibuatnya menggunakan basikal di sekitar Pengkalan Chepa.

Mazhanizam berkata, biasanya walaupun menjual kuih sehingga lewat malam dia akan pulang ke rumah terlebih dulu sebelum berjumpa dengan rakannya-rakannya mahupun bermalam di rumah kenalannya.

“Dia membantu saya menjaja kuih dengan basikal dan akan pulang seperti biasa jam 10 malam atau 11 malam, namun pada hari kejadian, sehingga jam 1 pagi, Zafran masih tidak pulang ke rumah.

Mazhamizan memberitahu, dia menjadi bertambah bingung kerana anak kedua daripada empat beradik itu mengingati nombor telefonnya dan akan memaklumkan kepadanya jika pulang lewat mahupun sebaliknya.

Malah lebih menyedihkannya apabila anaknya itu tidak sempat menemui bapa kandungnya yang meninggal dunia selepas dua minggu dia menghilangkan diri.

"Saya usaha mencari di rumah rakan-rakan tetapi mereka memaklumkan tidak pernah berjumpa dengan Zafran. Jadi kami nekad meletakkan gambar Zafran di kedai-kedai kopi dan merata tempat. Sehingga hari ini tidak ada yang tampil berikan maklumat jadikan saya semakin takut," katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, pada mulanya dia ingatkan anaknya itu ada di rumah saudara-maranya namun selepas 10 hari gagal menemuinya dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

“Saya hanya bermimpi yang anak saya kini dibawa jauh dari sini. Saya mahu melihat dia cemerlang dalam pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini,” katanya.

Murid darjah enam Sekolah Kebangsaan Chempaka itu, mempunyai parut di sebelah kiri pipi, berkulit gelap dan mana-mana individu yang pernah melihatnya diharapkan boleh menghubungi ibunya di talian 0129559671 dan 0129556672 dengan segera.

Tidak terfikirkah rakyat Kelantan yang dambakan syurga daripada Pas akan hakikat sebenar yang berlaku ini, apa maknanya seorang kanak-kanak berusia 12 tahun turut terpaksa membantu keluarga mencari rezeki sehingga jam lewat malam. 

Kes yang berlaku ini adalah didalam DUN yang diwakili sendiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun kita yakin Nik Aziz pasti tidak tahu akan hal ini kerana sibuk mengira untung hasil menggadai tanah dan menjual balak di Ulu Kelantan.

Kemunduran negeri dari aspek pembangunan yang bermanfaat kepada rakyat menjadikan derita seumpama ini akan terus menjadi barah, kelembapan otak pemimpin Pas setakat hari ini tidak menunjukkan tanda-tanda dimana rakyat Kelantan akan menikmati kehidupan yang lebih baik jika masih memberi peluang kepada Pas memerintah. Anda Mampu Mengubahnya.

Lihat Apa Jadi Akibat Memilih Pemimpin Yang Hanya Reti Ceramah

PASIR MAS – Seorang warga emas di Kampung Tal Tujoh terpaksa menumpang teduh di bangsal durian sejak enam tahun lalu.

Meskipun menggunakan lilin dan air perigi jiran, Che Mamat Harun, 65, berusaha untuk mencari rezeki halal dengan membersihkan laman rumah dan kebun penduduk dekat sini.

Che Mamat berkata, bangsal yang dibina di atas tanah milik kakaknya ini kini hampir roboh dan mungkin akan meragut nyawanya.

“Saya pernah dipatuk ular di bahagian dada kerana tidak sedar ia melingkar di bantal dan tilam. Umur saya masih panjang apabila pihak doktor dapat menyelamatkan nyawa saya, namun ia sedikit sebanyak mempengaruhi kerja saya kerana ada ketikanya merasa sakit,” katanya, semalam.

Menurutnya, kemiskinan juga menyebabkan dia terpaksa meminta simpati penduduk setiap kali masuk waktu makan.

Katanya, kelengkapan memasak yang ditinggalkan di luar bangsal sering dicuri menyebabkan dia dapat memasak di rumah.

“Saya tidak mampu untuk mendapatkan pendapatan tetap apatah lagi membina rumah yang lebih selamat,” katanya.

Sebelum ini, dia bekerja di ladang kelapa sawit di Perak dan pernah memohon bantuan kebajikan, namun ditolak atas alasan bukan penduduk tetap negeri terbabit.

Disebabkan itu katanya, dia kembali ke kampung bagi mengurang tekanan hidup namun menghadapi masalah yang sama setelah berpindah ke sini, pada 2006 lalu. - Sinar Harian
 
Padah bila rakyat pilih pemimpin yang hanya reti ceramah maki dan berdoa untuk kemusnahan sesama muslim.....Bersabar itu ada tahapnya...

Video - Mazidul TV3 Dibalun Makcik Pengemis 'Gedebe' Di Kota Bharu

Memberi kepada yang lebih berhak tidak bererti kita menafikan hak pengemis-pengemis jalanan, kerana tanpa diketahui sebahagian besar pengemis jalanan terlibat dengan sindeket yang didalangi oleh individu tertentu bagi mendapatkan wang dengan cara yang mudah, orang yang kita anggap pengemis jauh lebih berpendapatan dari kita sehingga dilaporkan pendapatan mereka mencecah hampir RM 12 ribu sebulan, sedangkan insan yang benar-benar berhak terus menderita dan tidak mampu untuk keluar mengemis sebagaimana sindeket pengemis jalanan ini.

Tanggapan bahawa apabila kita sedekahkan kepada seseorang yang kita anggap fakir dan sebenarnya dia tidak fakir kita sudah terlepas dari tanggungjawab kita, dan kemana wang yang kita sedekahkan itu hendak dibelanjakan tidak lagi menjadi urusan kita adalah sudah tersasar dengan niat dan maksud kita yang ingin membantu orang-orang miskin yang memerlukan. Sikap mulia kita yang bermurah hati telah diambil kesempatan oleh golongan tertentu sekaligus menggalakkan budaya seperti ini berkembang yang boleh memberi persepsi buruk terhadap agama dan negara.

Sebelum ini Majalah 3 pernah mendedahkan dimana pengemis warga asing bukan beragama Islam menyamar dengan memakai pakaian Islam menutup aurat seperti bertudung dsbnya lalu duduk merempat dan mengemis di tepi-tepi jalan bagi menagih simpati umat Islam, perlakuan mereka itu  sedikit sebanyak dilihat Islam itu miskin dan miskin itu Islam yang berpunca dari penggalakkan kita untuk aktiviti seumpama itu.

Justeru itu berkatkanlah sedekah kita itu pada jalan yang benar-benar berhak, terutamanya anak-anak yatim dan mereka yang tidak punyai kudrat untuk mencari rezeki, prihatin dan pemurahnya kita hanya untuk mereka yang benar-benar daif dan bukannya kepada mereka yang menyamar menjadi daif. Anda Mampu Mengubahnya.

Hari ini Sinar Harian turut melaporkan dimana seorang penghuni rumah kebajikan (nama dirahsiakan) yang sering curi keluar untuk mengemis, didapati menyimpan wang tunai lebih kurang RM15,000 di bawah katilnya selain mempunyai tiga akaun bank berasingan dengan nilai simpanan RM60,000.

Ini semua ditemui selepas dia meninggal dunia kira-kira sebulan lalu.

Jadi, cerita pengemis kaya di negara kita bukan hanya kisah dongeng atau cerita mulut ke mulut, sebaliknya suatu realiti yang menuntut kita bersama-sama berfikir, bagaimana ini boleh terjadi?

Bukan kita mahu menghalang orang daripada membuat kebajikan, namun manipulasi dalam kegiatan mengemis ini bukan cerita baru.

Dengan adanya pengemis yang kaya, kita tidak mahu negara bertuah ini dianggap sebagai negara yang kaya dengan pengemis.

Lihat sahaja di mana-mana, pengemis sekarang bukan sahaja berwajah tempatan, malah ada juga yang 'diimport'.

Ini terjadi kerana dalam keadaan kita dihadap dengan pelbagai cerita hal pengemis, masih ramai mahu berbaik sangka dengan alasan "saya ikhlas mahu buat kebajikan. Soal mereka menipu, itu antara mereka dengan ALLAH."

Ya, memang benar namun sama ada kita sedar atau tidak, sikap mudah percaya dan tidak usul periksa juga menggalakkan lagi bilangan pengemis yang sekali gus menimbulkan banyak masalah dalam masyarakat kita.

Kita bukan tidak pernah dengar mengenai sindiket yang mengaut kekayaan dengan cara mudah memperalatkan golongan kurang upaya untuk meminta sedekah bagi pihak mereka.

Apabila kita memberi sumbangan kepada golongan ini, kita bukan membantu mereka tetapi menggalakkan lagi penganiayaan terhadap golongan ini kerana hasilnya bukan kepada mereka tetapi kepada pihak sindiket. Ada laporan bahawa sindiket yang tidak berperikemanusiaan ini malah tergamak mencederakan atau merosakkan anggota tubuh pengemis yang diperalatkan bagi memudahkan lagi mereka mendapat simpati.

Itu belum termasuk kumpulan memperalatkan kanak-kanak, berselindung di sebalik penjualan produk, si celik yang kononnya membantu si buta menjual tisu atau penanda buku, walhal tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk berkongsi hasil.

Tidak kurang juga kehadiran pengemis dalam masyarakat kita ada yang berakhir dengan jenayah seperti ragut atau samun.

Soalnya, kita bukan mahu menghalang orang membuat kebajikan atau membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Namun hakikatnya di negara kita, untuk golongan kurang bernasib baik ini, mereka dilindungi dengan sebaik mungkin oleh kerajaan di bawah undang-undang yang khusus untuk melindungi hak dan kepentingan mereka, Akta Orang Papa 1997 (Akta 183).

Selain itu, terdapat agensi yang khusus untuk membantu mereka seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyediakan bukan sahaja perlindungan malahan kursus kemahiran bagi membantu golongan kurang upaya menjana pendapatan sendiri, rumah perlindungan bagi warga emas untuk mengelak mereka jadi kutu rayau dan sebagainya.

Di negeri-negeri, peruntukan bawah bidang kuasa agensi pungutan zakat juga terbuka luas untuk golongan ini.

Kerana itu, berhadapan dengan golongan pengemis, tidak kira apa modus operandi, mereka harus dicurigai. Jika tidak, memberi sumbangan kepada mereka yang kita anggap sebagai sumbangan kebajikan, sebenarnya ia juga sumbangan untuk meningkatkan lagi masalah sosial dalam masyarakat kita.

Tengku Mahkota Kelantan Tahu ! Takkanlah Nik Aziz Tak Tahu ?

Kelantan bukannya Negeri yang miskin, namun sikap pemimpin yang dipilih itu menyebabkan kemiskinan, dan yang pasti pemimpin Pas di Kelantan semuanya kaya raya dengan memiliki apa yang tidak sepatutnya dimiliki selagimana rakyat tidak mendapat kehidupan yang sempurna mengikut kehendak Islam yang sebenarnya.

Sebuah penempatan yang terletak

TANYA NIK AZIZ MISKIN DUIT KE MISKIN AGAMA NI ?

RANTAU PANJANG – Akibat terdesak seorang lelaki mengambil jalan mudah dengan mencuri getah sekerap yang ditoreh penduduk sekitar Gual Mesa, di sini petang kelmarin.

Seorang lelaki mendakwa dia mencuri getah sekerap penduduk, kerana terdesak untuk membeli dadah yang kerap diambilnya sejak tiga tahun lalu.

Suspek yang hanya mahu dikenali Fendi berkata, dia terpaksa berbuat demikian berikutan perlu mengambil bahan itu pada setiap masa kerana sudah ketagih.

Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berusia sembilan tahun dan dua bulan berkata, terlalu sukar untuk dia berubah . Ketika ditanya wartawan tentang nasib anak-anak dan isterinya setelah dia terlibat dengan dadah, elaki ini memaklumkan kesiankan mereka tetapi tidak mampu berbuat apa -apa kerana dadah membuatkan dia kerap mencuri.

Jual getah di Lemal

FENDI berkata, dia baru ke kampung sekitar Gual Mesa untuk mencuri dan menafikan sudah terlalu lama melakukan kegiatan tidak bertanggungjawab di sekitar Gual Mesa, seperti didakwa penduduk .

Menurutnya, dia menggunakan motosikal berpendaftaran negara jiran kepunyaan adiknya dan menjual getah yang dicuri di Lemal.

“Saya terpaksa mencuri, untuk membeli dadah dan baru sahaja ke sini,” katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin, suspek yang mendakwa berasal dari Tendong, Pasir Mas ini teruk dibelasah penduduk kampung setelah dipercayai mencuri getah di kebun beberapa penduduk sekitar Gual Mesa, sejak beberapa hari lalu.

Penduduk berbuat demikian kerana terlalu marah memandangkan ada dalam kalangan mereka langsung tidak dapat menikmati hasil penat lelah mereka bekerja selama seminggu kerana dicuri.

Suspek dikejar penduduk

SEORANG penduduk berusia 45 tahun dan enggan dikenali berkata, suspek itu dikejar penduduk kampung dengan motosikal dan kereta sejauh kira-kira 5 kilometer, setelah melihatnya keluar dari Simpang Tasek Bakong dan turut menemui getah dicuri bersamanya.

Menurutnya, kes kecurian berleluasa di kampung berkenaan sejak tiga minggu lalu menyebabkan penduduk hilang sabar lalu memukul suspek.

“Sejak akhir-akhir ini penduduk kampung benar-benar kecewa, getah dari kebun masing-masing kerap dicuri sehingga menyebabkan mereka berpenat lelah sahaja sedangkan hasilnya dinikmati orang lain.

“Ada yang bernasib baik cuma dicuri sedikit sahaja, sementara ada yang langsung tidak dapat menikmati hasil torehan selama seminggu,” katanya.

Harap kejadian itu dijadikan pengajaran

PENGHULU Mukim Gual Mesa,Wan Mohd Zain Wan Jaafar berkata, dia berharap penangkapan pencuri getah di kelmarin, diharapkan akan menjadi pengajaran kepada pencuri yang masih aktif di sekitar kawasan ini.

Menurutnya, hampir setiap hari dia menerima aduan daripada penduduk tentang kehilangan getah di kebun masing-masing. “Saya berharap pencuri tidak berani lagi ke sini setelah salah seorang daripadanya ditangkap,” katanya.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Sinar Harian difahamkan, pada petang sama, dua lelaki turut ditahan sekitar Rantau Panjang kerana kes sama.

Wartawan cuba menghubungi Ketua Polis Daerah untuk mendapatkan pengesahan lanjut tetapi gagal - Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...